30/10/2026
𝐋𝐏𝐓𝟐 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟏.𝟒 𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐃𝐀𝐌
Alhamdulillah, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), anak syarikat PLUS Malaysia Berhad, telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad merangkap Pengarah Eksekutif LPT2, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu, dalam majlis yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, serta wakil pengurusan PLUS, Ketua Pegawai Komersial, Encik Mohd Fauzi bin Puniran dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Puan Shazalina binti Ahmad.
Penunaian zakat ini mencerminkan komitmen berterusan LPT2 sebagai sebahagian daripada Kump**an PLUS dalam memenuhi tanggungjawab korporat serta menyokong usaha MAIDAM memperkasa kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Terengganu, khususnya golongan asnaf yang memerlukan.