Mohd Shukri Mohd Yusoff II

Mohd Shukri Mohd Yusoff II Marine Engineer
Senior Specialist Lecturer
Seafarer activist

Di mata kasar, kapal besar kelihatan tenang membelah laut… tapi hakikatnya, setiap saat struktur kapal sebenarnya sedang...
22/03/2026

Di mata kasar, kapal besar kelihatan tenang membelah laut… tapi hakikatnya, setiap saat struktur kapal sebenarnya sedang “berperang” dengan ombak, tekanan dan beban yang boleh mematahkan badannya.

Sebenarnya Kapal mengalami enam jenis tegasan utama pada struktur badan (hull):

1. Sagging (Lendutan ke bawah)
Badan kapal melendut ke bawah di bahagian tengah (haluan dan buritan naik) akibat beban berat tertumpu di tengah atau apabila kapal berada di lembah ombak. Dek mengalami tegangan, manakala keel mengalami mampatan — biasa berlaku pada kapal yang sarat muatan.

2. Hogging (Lendutan ke atas)
Badan kapal melentur ke atas di bahagian tengah (haluan dan buritan turun) akibat beban berat di hujung kapal atau apabila kapal berada di puncak ombak. Dek mengalami mampatan, manakala keel mengalami tegangan.

3. Racking (Herotan sisi)
Perubahan bentuk melintang akibat pergerakan olengan (rolling); struktur kapal boleh berubah bentuk seperti parallelogram pada bahagian sisi.

4. Pounding / Slamming (Hentakan ombak)
Bahagian haluan terangkat dan menghentam permukaan air dengan kuat ketika menghadapi ombak dari hadapan (head seas), menghasilkan daya hentakan tinggi di bahagian hadapan kapal.

5. Torsion (Puntiran)
Putaran atau kilasan sepanjang badan kapal akibat ombak tidak sekata atau susunan muatan yang tidak seimbang.

6. Panting (Kembang-kempis plat haluan)
Plat badan kapal di bahagian hadapan mengembang dan mengecut seperti “bellows” akibat perubahan tekanan ombak yang berulang.

Oleh: Chief Engineer Ts. Mohd Shukri



⭕️ Salah satu kapal tangki terbesar di Bumi ialah Hellespont_Alhambra  ⭕️ Ia mampu membawa 441,893 tan minyak mentah, ya...
20/01/2025

⭕️ Salah satu kapal tangki terbesar di Bumi ialah Hellespont_Alhambra

⭕️ Ia mampu membawa 441,893 tan minyak mentah, yang setara dengan pengeluaran beberapa negara. Anak kapalnya hanya terdiri daripada 37 orang.....

⭕️ Jumlah berat mati kapal ialah 441,893 tan,

⭕️ Jumlah panjangnya ialah 380 meter,

⭕️ Lebarnya ialah 68 meter.

⭕️ Drafnya ialah 24.5 meter, dan ia boleh membawa sehingga 3.2 juta tong minyak mentah.

⭕️ Kapal ini dikuasakan oleh enjin HSD-Sulzer 9RTA84T-D, yang menghasilkan 36,900 kW pada 76 rpm, membolehkan ia mencapai kelajuan servis 16.5 knot apabila dimuatkan dan 17.5 knot dalam balast. Dikelaskan oleh Lloyd's Register (LR) dan American Bureau of Shipping (ABS), Hellespont Alhambra menampilkan badan berganda untuk keselamatan yang dipertingkatkan. Tangki balast dikosongkan untuk mengurangkan kakisan, dan sistem cat putih unik di atas garis air membantu memantulkan cahaya matahari, mengekalkan kargo lebih sejuk dan mengurangkan pelepasan hidrokarbon.
---------------------------------

04/11/2024

Langkah Pertama ke Arah Pensijilan: Inspirasi untuk Pelaut Malaysia Berpengalaman Tanpa Sijil Akademik

Ramai pelaut di Malaysia terutama kelasi, memiliki pengalaman luas dan kepakaran yang tinggi dalam industri maritim, namun mereka sering berhadapan dengan cabaran apabila berusaha untuk mendapatkan pensijilan rasmi. Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik formal, pengalaman yang luas boleh menjadi asas yang kukuh untuk mendapatkan pensijilan kemahiran. Penulisan ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada anda yang ingin memperkukuhkan laluan kerjaya melalui pensijilan rasmi.

Kenapa Pensijilan Penting?

Pensijilan bukan sekadar sekeping kertas; ia adalah pengiktirafan rasmi terhadap kemahiran dan pengalaman yang telah anda bina selama bertahun-tahun di laut. Dengan pensijilan, anda bukan sahaja boleh meningkatkan daya saing dalam industri tetapi juga membuka peluang kerjaya baharu yang mungkin tidak dapat dicapai tanpa pengiktirafan ini.

Langkah Pertama: Mengenali Pilihan yang Tersedia

Langkah pertama untuk mendapatkan pensijilan ialah dengan memahami jenis-jenis pensijilan yang sesuai dengan pengalaman anda. Di Malaysia, terdapat beberapa institusi dan badan pensijilan yang menawarkan pensijilan berdasarkan pengalaman kerja, terutamanya bagi pelaut yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Antaranya adalah melalui kaedah Penilai Pencapaian Terdahulu yang telah diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Jangan Berputus Asa dengan Proses Permohonan

Proses permohonan mungkin memerlukan masa dan komitmen, tetapi jangan berputus asa. Saya sendiri telah melihat bagaimana pengalaman bertahun-tahun di laut menjadi asas kukuh untuk pensijilan, walaupun tanpa kelayakan akademik formal. Walaupun proses ini mencabar, ingatlah bahawa setiap langkah yang diambil adalah satu pelaburan masa depan untuk kerjaya anda.

Kesimpulan: Masa untuk Bertindak!

Pengalaman anda bernilai dan patut diberi pengiktirafan. Jangan biarkan ketiadaan sijil akademik menjadi halangan untuk anda terus maju. Mulakan dengan langkah pertama hari ini. Ingatlah, anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini—ramai pelaut lain juga berada dalam situasi yang sama dan sedang mengambil langkah pertama mereka ke arah pensijilan.

-Ts. Mohd Shukri Bin Mohd Yusoff P.Tech (MI)

Difference between Net tonnage, Gross Tonnage , deadweight Tonnage :1. Gross Tonnage (GT): This measures the total inter...
08/09/2024

Difference between Net tonnage, Gross Tonnage , deadweight Tonnage :

1. Gross Tonnage (GT): This measures the total internal volume of a ship, including all enclosed spaces such as cargo holds, crew quarters, and machinery areas. It reflects the overall size of the ship but doesn’t account for its actual weight or cargo capacity.

2. Net Tonnage (NT): This represents the volume of cargo space available on the ship. It’s calculated by subtracting the space used for the ship’s machinery, crew quarters, and other non-cargo areas from the Gross Tonnage. Net Tonnage indicates how much cargo the ship can carry, excluding areas not used for cargo.

3. Deadweight Tonnage (DWT): This measures the maximum weight a ship can carry, including cargo, fuel, crew, and provisions. It’s the difference between the ship’s weight when fully loaded (its summer load line) and its weight when empty (lightweight). Deadweight Tonnage indicates the total load capacity of the ship.

In summary:
- Gross Tonnage: reflects the overall internal volume.
- Net Tonnage: indicates the volume available for cargo.
- Deadweight Tonnage: measures the total weight the ship can carry.

11/07/2024

Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia.

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari.

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain.

Kredit: datoensem.

09/07/2024

Rezeki datang dengan 3 cara; datang sebab kita mencari, datang sebab Allah nak bagi dan datang sebab kita pernah memberi.

09/07/2024
Pada tahun 1950-an, seorang lelaki mempunyai idea yang akan merevolusikan pengangkutan, perdagangan antarabangsa dan dun...
03/06/2024

Pada tahun 1950-an, seorang lelaki mempunyai idea yang akan merevolusikan pengangkutan, perdagangan antarabangsa dan dunia selama-lamanya: Malcom McLean, pencipta kontena perkapalan.

McLean dilahirkan di Amerika Syarikat pada tahun 1913. Dia mula bekerja di stesen minyak sehingga dia menyimpan cukup untuk membeli sebuah trak terpakai lama pada tahun 1934 di mana dia mula melakukan perkhidmatan pengangkutan.

Sedikit demi sedikit perniagaan itu berkembang sehingga pada tahun 1955 ia menjadi syarikat kedua terbesar dalam sektor di Amerika Syarikat, dengan armada lebih daripada 1,700 trak, 32 cawangan dan disenaraikan di Wall Street.

McLean menyedari betapa tidak cekapnya penghantaran. Barangan diangkut secara longgar menggunakan kapal pengangkut, menjadikan proses pemunggahan dan pemunggahan trak di pelabuhan menjadi manual dan kerja yang sangat perlahan.

Kadangkala ia boleh mengambil masa beberapa minggu untuk memuatkan atau memunggah, yang menyumbang kepada peningkatan kos penghantaran.

Pada suatu hari, ketika McLean melihat proses yang tidak cekap di pelabuhan New Jersey, dia berfikir, "Bagaimana jika trak saya boleh memuatkan semua kargonya ke atas kapal sekaligus?"

Idea ini akan mengubah sejarah selama-lamanya: membongkar kotak trak dan memuatkan bahagian itu ke kapal.Jadi dia mempunyai kotak logam yang dibina dengan dimensi yang sama seperti treler. Bekas itu kemudiannya dibuatj.

Tetapi tiada siapa yang mahu mengangkut kotak besar itu. Syarikat perkapalan menganggapnya gila. Jadi, untuk mempraktikkan ideanya, dia membeli syarikat perkapalan "Syarikat Kapal Steam Pan-Atlantik" dan menamakannya sebagai "SeaLand".

Penghantaran pertama yang dibuatnya berlaku pada April 1956, 58 kontena dari Newark ke Houston di atas kapal tangki minyak Perang Dunia II lama yang mana dia memasang dek pengangkutan.

McLean bukan sahaja dapat memendekkan masa, tetapi pengangkutan barang pergi dari "pelabuhan ke pelabuhan" kepada "pintu ke pintu", mengurangkan krew, penginapan pelabuhan dan kos.

Pada tahun 1967, beliau memenangi kontrak untuk mengangkut bahan ketenteraan ke Vietnam dan berfikir bahawa, daripada membawa kontena kosong, mereka boleh berhenti di Jepun untuk membawa produk ke AS, yang membuka laluan perdagangan baharu dengan Asia.

Walaupun ciptaannya mengubah dunia, kelebihan McLean tidak pernah diiktiraf sepenuhnya.Beliau meninggal dunia pada tahun 2001 dan sehingga hari ini masih tidak diketahui oleh masyarakat umum.

Pada Disember 1999, Maersk membeli perniagaan kontena antarabangsa. Pada tahun 2000, Maersk Line menukar nama dagangannya di seluruh dunia kepada Maersk

📝Marn Ali

Bagi adik2 yang lepas SPM yang masih samar nak join bidang apa. Boleh cuba ambil sijil profesional macam sijil STCW/Pela...
28/05/2024

Bagi adik2 yang lepas SPM yang masih samar nak join bidang apa. Boleh cuba ambil sijil profesional macam sijil STCW/Pelaut. Ni syarat wajib kalau nak mohon mana2 kerja atas syarikat pengangkutan air macam kapal. Ibu bapa atau kenalan fb cik faz boleh share post ni ya untuk war2 kan pada kenalan yang lain ya✨

Boleh ambil di akademi META yang berada di SERI Manjung, sebulan sahaja tempoh berkursus.

Sekarang ni META tengah ada offer 𝐑𝐌𝟑𝟓𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝟔 𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥(𝐒𝐀,𝐃𝐒𝐃,𝐁𝐓,𝐁𝐓𝐃𝐄𝐇,𝐁𝐓𝐎𝐂𝐓,𝐁𝐓𝐋𝐆𝐓).




STCW stand for Standards of Training , Certification and Watchkeeping for seafarers (STCW).

Di bawah STCW, ada beberapa kursus yang dijalankan di META seperti:
⚓Security Awareness (SA)
⚓Designated Securities Duties (DSD)
⚓Basic Training Deck/Engine Handling (BTDEH)
⚓Basic Training ( BT)
⚓Basic training Oil and Chemical tanker (BTOCT)
⚓Basic Training Liquefied Gas Tanker (BTLGT)

Dan banyak lagi sebenarnya sijil STCW , tapi Cik Faz sebut 6 kursus ni je ,sebab dekat META, ada 6 kursus ni dah lepas syarat nak mohon beberapa syarikat perkapalan.

Hostel percuma sepanjang kursus.
Sijil stcw ni memang di bawah JABATAN LAUT MALAYSIA dan diiktiraf oleh International Maritime Organisation (IMO) dengan erti kata lain sijil ni boleh digunakan worldwide.

Meta ni memang dikenali sebagai akademi yang bagi harga kursus berpatutan ya tapi META tak bagi penempatan kerja hanya kursus sahaja. Kalau student under cik faz sahaja ada guide basic sahaja. Ni cik faz straight cakap tak de belok2, sebab ramai berharap untuk dapat sekali kerja dengan harga offer sebegitu😅

Bagi cik faz, offer yang ditawarkan agak memadai bagi mereka yang nak mencuba ke bidang perkapalan.

Berminat nak booking kursus, serendah RM100 sahaja,balance Fullpayment buat masa hari pertama kursus di META, boleh chat cik faz di
0 19-591 9953

07/04/2024

Address

Baling

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Shukri Mohd Yusoff II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share