06/08/2026
Alhamdulillah. Hari ini pun ada rezeki yang bergerak.
Ada yang kata bisnes Madu kami dah jatuh.
Saya cuma senyum.
Hakikatnya, ramai yang terlupa membandingkan dua zaman yang sangat berbeza.
Tahun 2020–2021 ialah zaman luar biasa. Ketika Covid, permintaan terhadap madu melonjak kerana orang ramai panik dan mencari alternatif untuk menjaga kesihatan. Permintaan ketika itu memang tidak normal.
Apabila Covid berakhir, kehidupan kembali seperti biasa. Permintaan juga kembali mengikut hukum supply and demand.
Jadi, kalau dibandingkan dengan zaman Covid, memang nampak berbeza.
Tetapi kalau dibandingkan dengan tahun 2017, 2018 dan 2019, inilah sebenarnya rentak perniagaan yang lebih realistik.
Mereka yang masuk bisnes Madu Tualang sebab hype masa covid, biasa nya akan mundur. Tapi mereka yang masuk mmg dia buka pasaran sendiri, biasanya akan bertahan.
Alhamdulillah, setiap hari tetap ada pesanan masuk. Ada hari banyak, ada hari sederhana. Itu perkara biasa dalam dunia perniagaan.
Yang penting, kami terus memperkemaskan operasi, menyusun semula organisasi, mengawal kos dan meningkatkan kecekapan.
Kami tidak mengejar angka semata-mata.
Fokus kami tetap sama sejak dulu adalah memastikan madu Tualang asli yang dituai terus dari pokok dapat sampai ke tangan masyarakat dengan kualiti yang terbaik.
Selagi masih ada pelanggan yang percaya, selagi itu kami akan terus berusaha.
Rezeki bukan dinilai pada viralnya sesuatu bisnes, tetapi pada keberkatan yang Allah letakkan dalam setiap urusan.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua pelanggan, ejen dan rakan niaga yang terus bersama Quadmeds sejak dulu hingga hari ini. 🤲