31/08/2026
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini lahir daripada pengorbanan, keberanian dan air mata generasi terdahulu. Tugas kita bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi memastikan tanah air ini terus menjadi tempat yang aman, adil dan penuh harapan untuk anak-anak serta generasi yang akan datang.
Walau berbeza bangsa, agama dan latar belakang, kita tetap berkongsi satu tanah air dan satu masa depan. Semoga semangat merdeka terus menyatukan hati kita, menguatkan rasa saling menghormati dan mengingatkan bahawa Malaysia ini adalah rumah kita bersama , rumah yang mesti kita jaga, cintai dan pertahankan dengan sebaiknya.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69 daripada seluruh warga SMZ kontraktor kepada semua rakyat Malaysia