Khairol Fiberglass Bot

Khairol Fiberglass Bot PAKAR FIBERGLASS NO 1 ANDA
MEMBEKAL BARANG-BARANG FIBERGLASS BOT & PERALATAN MARINE
(5)

09/08/2026

Habis pokok2 atas bot

Dulu Selalu Tumpang Bot Orang… Hari Ini Impian Jadi Kenyataan. 🚤❤️Ada satu kisah yang cukup memberi semangat kepada kami...
09/08/2026

Dulu Selalu Tumpang Bot Orang… Hari Ini Impian Jadi Kenyataan. 🚤❤️

Ada satu kisah yang cukup memberi semangat kepada kami di Khairol Fiber Group.

Pemilik bot ini datang dari Muar, Johor. Minat memancing memang sudah lama, malah suami isteri sama-sama berkongsi hobi yang sama. Tetapi selama ini, mereka tidak pernah memiliki bot sendiri.

Setiap kali hendak turun memancing, kena tumpang bot orang. Kadang-kadang bot penuh, ruang sempit, dan terpaksa ikut jadual orang lain. Nak belajar bawa bot pun belum pernah ada peluang.

Sehinggalah pada suatu hari...

Beliau ternampak Live TikTok dan beberapa video daripada team Khairol Fiber. Dari situ, beliau mula mengikuti setiap perkongsian kami tentang pembuatan bot, spesifikasi dan pengalaman pelanggan.😄

Akhir tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk datang sendiri ke kilang kami di Dungun, Terengganu. Katanya, "Saya nak tengok sendiri macam mana bot ni dibuat." 🥺

Selepas berbincang dan melihat proses pembinaan, akhirnya beliau membuat keputusan menempah bot idaman mengikut spesifikasi yang diinginkan.😍

✅ Bot Fiberglass 26.6 kaki
✅ Enjin Yamaha 150HP
✅ Bumbung penuh untuk keselesaan
✅ Tandas di dalam bot
✅ Auto Winch
✅ Lengkap dan sedia untuk turun ke laut

Selepas bot siap dibina, team Khairol Fiber Group sendiri turun ke Muar, Johor untuk membuat penghantaran.

Yang lebih bermakna, kami bukan sekadar hantar bot. Kami turut memberikan penerangan, servis asas dan mengajar beliau cara mengendalikan bot dengan lebih yakin supaya impian memiliki bot sendiri benar-benar menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Melihat senyuman beliau ketika bot pertama kali mencecah air, kami tahu...☺️

Setiap penat lelah team yang bertungkus-lumus menyiapkan bot ini benar-benar berbaloi. 😍

Terima kasih kerana mempercayai Khairol Fiber Group.🥰

Semoga bot ini menjadi teman kepada banyak lagi trip memancing bersama keluarga, membawa rezeki, pengalaman dan kenangan yang tidak ternilai.

Khairol Fiber Group
Your Marine Partner⚓💙

08/08/2026

Mungkin suatu hari nanti dapat memiliki sebuah bot idaman

07/08/2026

Sekmung pernah makan dok kupang ? Barang freshh woo . Sedap rupanye isi die manis2 gitu

07/08/2026

Alhamdulillah, satu lagi bot selamat diserahkan kepada pelanggan. 🚤

Bila tengok pelanggan senyum puas hati, segala penat lelah team kami yang bertungkus-lumus menyiapkan setiap inci bot terasa sangat berbaloi.

Setiap bot yang keluar dari kilang bukan sekadar hasil kerja, tetapi amanah dan kepercayaan yang kami jaga sebaik mungkin.

Terima kasih kerana memilih Khairol Fiber Group sebagai rakan anda di laut. Semoga bot ini membawa rezeki yang melimpah, perjalanan yang selamat, dan kenangan yang indah.

Senyuman pelanggan adalah kepuasan terbesar kami. 💙

07/08/2026

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran dan juga test drive .. sedikit penerangan langsung dan detail dari team dan bigboss

06/08/2026

Alhamdulillah . Selesai test drive di Sg Balang johor .. bot 26.6FT

Allahuakbar , kejadian harini .. kemalangan di Trafik light depan pejabat Khairol fiber .. Semiga dipermudahkan Segala U...
06/08/2026

Allahuakbar , kejadian harini .. kemalangan di Trafik light depan pejabat Khairol fiber ..

Semiga dipermudahkan Segala Urusan ..

06/08/2026

Tumpang kupanggg , hasil dalam 59kg

06/08/2026

Yeahhh dapat memenuhi hajat seorang pelanggan nak ada bot sendiri dan paling penting dari khairol fiber katanye

Address

Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairol Fiberglass Bot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khairol Fiberglass Bot:

Shortcuts

Share