01/08/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan sukacitanya menjemput para penyelidik, ahli akademik, pemain industri, jurutera, pelabur serta pihak berkepentingan dalam sektor mineral untuk menyertai Simposium Mineral ke-11 (SIMPOMIN 2025).
SIMPOMIN merupakan acara dwitahunan yang menyediakan platform untuk pembentangan dan perbincangan mengenai hasil penyelidikan, perkongsian pengalaman serta kepakaran dalam bidang teknologi, inovasi dan pengkomersialan berkaitan industri mineral. Simposium ini turut membuka ruang kepada pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan peserta dari peringkat nasional dan antarabangsa.
Antara bidang tumpuan yang akan diketengahkan dalam SIMPOMIN 2025 termasuklah:
1. Mineralogi, Pemprosesan Mineral dan Metalurgi
2. Teknologi Perlombongan, Pengkuarian dan Pemulihan
3. Mineral Industri
4. Unsur Nadir Bumi (Rare Earth Elements - REE)
5. Kitar Semula Sisa Mineral dan Logam
6. Bahan Termaju
7. Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi
BERITA BAIK UNTUK SEMUA!!
SIMPOMIN 2025 kini telah menerima pengiktirafan daripada HRD Corp. Peserta yang layak boleh membuat tuntutan balik yuran penyertaan melalui Skim Bantuan Latihan (SBL-Khas), tertakluk kepada kelulusan HRD Corp.
Di samping itu, program ini turut diperakui oleh Board of Geologists Malaysia (BoG) dan melayakkan peserta berdaftar untuk menuntut tiga (3) Mata Kredit CPD.
📌 CARA PENDAFTARAN :
Untuk mendaftar, sila klik pautan berikut :
https://forms.gle/hn2Yz1tDFpNGqQk38
atau
Sila imbas Kod QR pada poster.
📞 MAKLUMAT LANJUT
Sekretariat SIMPOMIN 2025
📧 Emel: [email protected]
📞 Tel: 05-5477051 / 52 / 53
🌐 Laman Web Rasmi : https://www.jmg.gov.my/simpomin2025
📘 Facebook: Simpomin 2025
Penyertaan anda amat dialu-alukan. Bersama-sama kita meneroka potensi industri mineral ke arah pembangunan mampan dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.