04/08/2026
📢 LAWATAN PEMANTAUAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE PROJEK RTS LINK 🚆
JOHOR BAHRU, 3 Ogos – YBhg. Dato' Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen, dengan diiringi oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Encik Mohd Fardhi bin Ahmad, Ketua Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISE Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta delegasi JIM telah mengadakan lawatan pemantauan ke Projek RTS Link.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ir. Zulkifli Mohamed, Pengarah Projek RTS Link, dan Encik Azlan Mahmud, Pengarah Operasi Aset dan Penyelenggaraan.
Sesi lawatan ini merangkumi tinjauan teknikal ke lokasi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (ICQ) Bukit Chagar serta Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Woodlands North, Singapura.
Para delegasi telah diberi taklimat mengenai perkembangan kemajuan fizikal semasa serta aliran kerja operasi (operational workflows) di kedua-dua lokasi utama berkenaan. Lawatan disusuli dengan sesi perbincangan yang memfokuskan kepada perancangan strategik dan komitmen bersama bagi memastikan projek mega ini berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan.
Semoga kerjasama erat antara pihak MRTS dan JIM dapat memastikan pengoperasian RTS Link berjalan lancar demi kemudahan serta keselesaan pergerakan merentas sempadan rakyat kedua-dua negara.🤝