Rizone Construction

Rizone Construction Construction, Design and Build Company

Ketika contractor meletakkan satu penanda aras dalam harga semasa...ini bermakna mereka telahpun bersedia dengan apa jug...
07/05/2024

Ketika contractor meletakkan satu penanda aras dalam harga semasa...ini bermakna mereka telahpun bersedia dengan apa juga risiko dan kebarangkalian yang mungkin akan berlaku ditapak projek pada masa akan datang yang mencakupi segenap aspek pembuatan sehingga siap sesuatu projek.

Jadi jangan terkejut atau merasa harga yang ditawarkan mungkin kelihatan lebih tinggi pada awalnya...tapi sebenarnya ia sangat membantu pelanggan dari sudut masa dan kos yang pada akhirnya bakal menguntung kan sesama kita.

Maka jika ada yang mengatakan tukang itu buatannya begitu dan begini, kosnya sekian p**a begitu dan begini, maka silakan...ianya 100% hak anda sepenuhnya.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ~ QS. Al-Baqarah: 216.

** Markah minimum lulus ujian kena tinggi, bukan macam exam sekolah dapat 40 markah (D) pun dh lepas...ko mana tau!!??


RIZONE CONSTRUCTION kembali lagi....Setelah agak lama tidak bersiaran, kami memutuskan untuk kembali meneruskan kecemerl...
11/12/2023

RIZONE CONSTRUCTION kembali lagi....

Setelah agak lama tidak bersiaran, kami memutuskan untuk kembali meneruskan kecemerlangan kami dalam bidang pembinaan dan rekabentuk dalaman dengan pelbagai lagi hasil kerja yang tersimpan sejak PKP beberapa tahun lepas.

Bungalow 1 setengah tingkat bertempat di Puncak Bukit Hulu Langat di Bt 14, atau lebih dikenali dengan nama Laman Kesuma merupakan dalah satu lot Bungalow yang berdiri megah setelah beberapa tahun disiapkan. Dengan 5 bilik tidur,4 bilik air serta ruang Dining Living dan Balcony khas pemandangan Gunung Ganang yang memukau menjadikan Bungalow ini sangat sesuai didiami elit eksekutif baik yang muda mahupun pasangan yang dalam perancangan persaraan awal.

Konsep rekaan dan binaan sepenuhnya dari RIZONE CONSTRUCTION yang menampilkan ciri² modern kontemporari dan diselitkan dengan unsur Classic modern cetusan idea dari Pelanggan kami dalam penataan sudut serta ruang dalaman yang diminati mereka menjadikan Bunglow ini seakan sebuah villa puncak bukit yang tiada tandingannya.

Terima kasih semua Team RIZONE CONSTRUCTUON yang bertungkus lumus menyiapkan hasil rekabentuk ini dengam begitu jitu dan komited yang tidak berbelah bagi.


29/12/2021

Kami mengalu alukan sebarang bentuk komen dan cadangan bagi memantapkan lagi hasilnkerja dan kualiti kami....Terima Kasih.

Bismillah sekali lagi...Barusan selesai selama 2 hari kerja pemasangan Kiosk buat client di Wangsa Walk Wangsa Maju sela...
12/05/2021

Bismillah sekali lagi...

Barusan selesai selama 2 hari kerja pemasangan Kiosk buat client di Wangsa Walk Wangsa Maju selama 2 malam rentetan kerja boleh dimulakan hanya selepas jam 10 malam. Anak bangsa kita cuba berniaga barangan elektronik, kita support each other.

Terima kasih buat semua Team RIZONE CONSTRUCTION, mengerah tenaga dan keringat hingga sahur pun hanya meneguk air Vending Machine sahaja. Anda semua memang hebat.

Mujur ada kakak terdekat bantu saya debgan persiapan raya yg tak seberapa, isteri belum habis berpantang menjaga anak² dirumah sendirian. Raya mana adanya saja. Terima kasih support Babah demi mencari sesuap Kenny Rodgers buat kamu semua.


Kembali bersiaran setelah sekian lama tak keudara. Rentetan job under construction yang lepas2....telahpun selamat diras...
05/02/2021

Kembali bersiaran setelah sekian lama tak keudara. Rentetan job under construction yang lepas2....telahpun selamat dirasmikan unofficially, masih berbaki 1-2 perkara yg masih dalam mood KIV.... Jangkanya beberapa item V.O bakal menyusul sebelum acara kemuncak.

Penat juga sebenarnya....banyak yg perlu difikirkan, tempat kerja,rumah,keluarga,semua kita perlu jaga,tapi inilah cabarannya, yg baik dtgnya dari Allah,yg lemah datangnya hanyalah dari kita sebagai manusia. Bagi yang terkesan akibat pandemik,bertabahlah. Saya doakan semoga kehidupan anda semua kuat...kerana dari setiap satu kesusahan akan ada kesenangan selepasnya. Itu janji Tuhan....2x Allah sebut.

Buat semua team RIZONE CONSTRUCTION....u all memang awsome!! Keep moving foward!!


Ramai beranggapan kami fokus kepada job GLC dan Government sahaja, ini adalah tidak tepat. Kerana awalnya kami bermula d...
11/07/2020

Ramai beranggapan kami fokus kepada job GLC dan Government sahaja, ini adalah tidak tepat. Kerana awalnya kami bermula dengan rumah rumah private dan sehingga ke hari ini...kami masih lagi berada pada landasan yang sama.

Terima kasih kepada pelanggan kami yang menggunakan perkhidnatan RIZONE CONSTRUCTION untuk kali ini. Kemasan Batu Alam dan Kitchen Cabinet 4G serta half glass roofing yang dipadankan dengan kemasan Roof Tiles dan wall featurea yang lain, benar benar memberi impak yang berbeza dari kediaman yang sebelumnya.

Jutaan penghargaan buat Our Partners Team Members Raja Azhim Shah serta semua crew RIZONE CONSTRUCTION dalam penghasilan kemasan akhir buat kediaman pelanggan. # sehingga ia selamat didiami dan digunakan.

Terima kasih.


Bismillah....Kami berada di Kolej Komuniti Bentong Pahang, walaupun namanya Bentong tp sebetulnya hampir sampai ke sempa...
04/07/2020

Bismillah....

Kami berada di Kolej Komuniti Bentong Pahang, walaupun namanya Bentong tp sebetulnya hampir sampai ke sempadan Temerloh melewati Jalan Karak ke Simpang Pelangai.

Meneruskan tugas dan tanggungjawab demi merialisasikan impian para pelanggan kami dalam subjek dan kemahiran yang kami kuasai.

Thanks to our beloved partner in crime ANSAR TECHNOLOGIES SDN BHD and also Kolej Komuniti Bentong. See u soon.

Special thanks to our beloved workers also...dah pandai makan patin tempoyak.


Bismillahirrahmanirahim... Kami di Masjid Tanah Melaka, demi mencari sesuap rezeki. Thanks to ANSAR TECHNOLOGIES by givi...
23/06/2020

Bismillahirrahmanirahim...

Kami di Masjid Tanah Melaka, demi mencari sesuap rezeki. Thanks to ANSAR TECHNOLOGIES by giving us such a good opportunity to involved with. Bentong soon...


Masih disini. RIZONE CONSTRUCTION.Memberikan yang terbaik dalam kelas yang tersendiri. Kerja kerja pengubahsuaian pejaba...
29/01/2020

Masih disini. RIZONE CONSTRUCTION.

Memberikan yang terbaik dalam kelas yang tersendiri. Kerja kerja pengubahsuaian pejabat dan ruang lobi Bangunan dari RIZONE CONSTRUCTION untuk tetuan International Youth Centre Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pengubahsuaian sepenuhnya ruangan Pejabat, Gerai, Pejabat Pegawai, Pejabat Kakitangan Eksekutif, Lot Kedai, Gym, Pusat Rekreasi, Ruang Santai Screen Panel, Pengubahsuaian Pendawaian Elektrik, Penghawa Dingin Pejabat, Lobi Utama, Pembekalan Alatan Pejabat, Perabot, Kerja kemasan Ceiling serta Teknik Penataan Cahaya dan Glass Partition Panel Display, kemasan Lantai Vinyl, Kemasan Cat dan Floor Tiles.

Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus menjayakan projek ini dan tidak lupa juga rakan usaha sama dari Ansar Technologies Sdn Bhd Seri Kembangan Selangor Rashid Bin Rahmat dan Pihak IYC khususnya dalam memberikan kepercayaan kepada kami merialisasikan renovasi di premis anda.

Buat para staff yang terlibat...keep it up guys!!



Masih disini. Alhamdulillah selesai sudah kerja kerja menaik taraf Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi pembinaan baru Bilik...
30/12/2019

Masih disini.

Alhamdulillah selesai sudah kerja kerja menaik taraf Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi pembinaan baru Bilik Server Moden, kerja kerja membaik pulih keretakan struktur permukaan dinding luar Bangunan Utama, kerja kerja pemasangan Penghawa Dingin Bilik Server dan Bilik IT Bangunan Baru dan Lama, kerja kerja kemasan cat Epoxy dalaman Bilik Server, Pemasangan baru dan penukaran Tiles bilik server, Pemasangan Pintu Kalis Api ISO 9001:2008 dan kerja kerja kerangka aluminium dan metal bagi ruangan tertentu Bilik Server.

Steady Warga kerja RIZONE CONSTRUCTION serta semua krew yang terlibat. Syabas dan tahniah diucapkan. Kerja keras pasti membuahkan hasil.



RIZONE CONSTRUCTION  bersama DCDESIGNANDBUILD sekali lagi menyempurnakan kerja pengubahsuaian dalaman bertempat di Polit...
21/11/2019

RIZONE CONSTRUCTION bersama DCDESIGNANDBUILD sekali lagi menyempurnakan kerja pengubahsuaian dalaman bertempat di Politeknik MetrO Kuala Lumpur bagi ruangan tertentu di bahagian Hall Utama dan Pintu masuk Utama beserta Kerja Kerja membaik pulih lantai dan kemasan Jubin terkini.

Syabas kepada semua warga kerja. Teruskan usaha dan kekal bermotovasi.


Address

Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00

Telephone

+60193876481

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rizone Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rizone Construction:

Share