Msba Engineering Services

Msba Engineering Services Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Msba Engineering Services, lot 1712 kg pasir kasar sering, kota bharu Kelantan.

30/08/2022

Salam semua... Ni page baru saya. Jika ada masa boleh la tolong like ye. Terima kasih.

https://www.facebook.com/Msba-Berkat-Enterprise-103705155792672/

Msba Berkat Enterprise telah didaftarkan secara rasmi di ssm Kota Bharu pada 23 ogos 2022 dan berdaftar sebagai Kontraktor CIDB G1 pada 10 Julai 2023. Perhidmatan utama kami ialah Baikpulih Telefon Bimbit, Komputer dan Peralatan Elektrik Domestik.

Rakan2 seluruh malaysia yg ada masalah berkaitan elektrik, nak dapat khidmat nasihat, nak tahu sebut harga atau tak tahu...
08/12/2018

Rakan2 seluruh malaysia yg ada masalah berkaitan elektrik, nak dapat khidmat nasihat, nak tahu sebut harga atau tak tahu nak cari kat mana kontraktor elektrik boleh hubungi kami. Kami kontraktor elektrik bergabung seluruh malaysia. Jika ada rakan2 dari kuala lumpur ada masalah elektrik saya boleh bagi no contact kontraktor elektrik yg ada dikawasan anda. Begitu juga dgn kawasan2 lain.

Sistem pendawaian elektrik yg sudah lama biasanya jenis pendawaian permukaan perlu ditukar demi keselamatan pengguna. Ji...
08/12/2018

Sistem pendawaian elektrik yg sudah lama biasanya jenis pendawaian permukaan perlu ditukar demi keselamatan pengguna. Jika rumah kita atau rumah mak ayah kita yg kat kg yg dah berusia lebih 30 tahun elok lah ditukarkan wayaring dirumah tersebut. Kerana sistem pendawaian yg lama kurang ciri2 keselamatan dan boleh membahayakan kepada pengguna.

CARA PERIKSA PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH DALAM KEADAAN BAIK UNTUK ELAK LITAR PINTAS KEBAKARANBagi mengelakkan kejadian lit...
08/12/2018

CARA PERIKSA PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH DALAM KEADAAN BAIK UNTUK ELAK LITAR PINTAS KEBAKARAN

Bagi mengelakkan kejadian litar pintas, automatik dlm rumah (yg bila kilat kuat dia jatuh, pastu kita tolak naik semula keatas tu), benda tu adalah sangat penting untuk ahli dalam rumah periksa sebulan sekali..

Cara untuk periksa ialah dengan menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut.. jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna automatik anda dlm keadaan baik..

TAPI kalau tekan 'push to trip' dan butang tidak jatuh.. maka cepat-cepatlah hubungi wireman untuk tukar yang baru.. rumah anda dalam keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku..

Satu lagi bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out sebab bekalan diputuskan, jangan bimbang just tolak semula je keatas dan bekalan akan ada semula.

Sumber : TNB

29/11/2018

Nak tahu sebut harga pendawaian tekan je " dapatkan sebut harga" dlm page ni. Percuma jah.....

Apa perlu buat jika rumah anda tiba2 tiada elektrik.....1. Pastikan hanya rumah anda seorang sahaja tiada elektrik.2. Ji...
28/11/2018

Apa perlu buat jika rumah anda tiba2 tiada elektrik.....

1. Pastikan hanya rumah anda seorang sahaja tiada elektrik.

2. Jika dah pasti, ambik lampu suluh dan tengok keadaan db rumah anda. Apa yg ada perlu tgk ialah elcb. Dlm keadaan normal suiz elcb berada keatas dan bila trip ianya turun kebawah.

3. Jika didapati suiz elcb turun kebawah ini bermakna elcb rumah anda trip.

4. Anda boleh angkat kembali elcb rumah anda tu ke atas dan tgk adakah elektrik rumah anda sudah ada. Jika kipas dan lampu semuanya menyala. Ok la. Anda boleh stop setakat itu.

5. Tetapi jika anda angkat suiz elcb tu tak boleh... Maksudnya suiz tu naik dan jatuh balik ini bermakna sistem elektrik rumah anda ada masalah.

6. He he..... Relak dulu jangan panic. Sebelum anda panggil wireman untuk datang check anda ikut langkah2 ini dulu....

* Anda tutup semua suiz lampu dan kipas rumah anda.

* Cabut semua songket peralatan elektrik yg ada dirumah anda.

* Selepas itu pergi balik dekat db board tadi dan cuba angkat kembali elcb tadi. Jika boleh angkat ke atas. Langkah seterusnya.... Anda buka satu2 suiz lampu dan kipas rumah anda. Maksudnya buka dan tunggu dlm seminit dua selepas itu buka yang lain plak.

* Anda kata semasa anda buka suiz lampu atau kipas rumah anda tiba2 elektrik rumah anda tiada. Ini bermakna lampu atau kipas tersebut yg ada masalah.

* Tetapi jika semua suiz lampu dan kipas dibuka elektrik rumah anda masih menyala ok la.

*Langkah berikutnya pasang kembali peralatan elektrik yg anda guna dirumah anda. Pasang satu persatu ye.. dan ' on 'kn.

* Jika semasa anda pasang peralatan elektrik rumah anda dan 'on' tiba2 elektrik rumah anda tiada.... Ini bermakna peralatan elektrik tersebut yg rosak. Dan anda cabut kembali songket peralatan tersebut dan hantar repair dikedai.

Jika anda ikut langkah2 ini anda dapat berjimat duit anda jika terus call wireman datang check.

# !!! Jika semua langkah tersebut anda dah buat tetapi elektrik rumah anda masih tak ada, terus call mereka yg pakar dalam bidang ni ye. Jangan pandai2 buat sendiri. Boleh membahayakan diri anda.

Sekian untuk hari ini

Tip ikhlas dari
Msba Engineering Services

3 PERKARA PENTING YANG PERLU OWNER RUMAH TAHU UNTUK PASTIKAN KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK DI RUMAH SELAMAT DIGUNAKAN. ...
25/11/2018

3 PERKARA PENTING YANG PERLU OWNER RUMAH TAHU UNTUK PASTIKAN KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK DI RUMAH SELAMAT DIGUNAKAN.

Ramai kat sini mungkin tak tahu nak buat wiring atau nak check pendawaian rumah sendiri kan?

Ni tips paling mudah, bak kata kalau beginner pun boleh buat.
Pernah tak tengok benda dlm gambar No.1 dibawah? Namanya Distribution Board (DB) atau bahasa melayunya "Kotak Fius Agihan".

Kalau perasan biasanya kotak ni ada kat bawah tangga, dalam stor atau disebelah pintu masuk rumah korang dalam kotak berwarna putih.

Ada tak? Kalau tak ada benda ni maknanya rumah korang mmg technician tak bertauliah lah yg buat wiring tu. Haha. Nak jimat sangatkan sampai DB pun xde..

Okay kat sini saya fokuskan pada gambar No.2 yang tulisan kaler merah tu..

Benda ni nama pendeknya "ELCB".
Nama panjangnya EARTH LEAKAGE CIRCUIT BREAKER.

Ada banyak peranti tapi tak nak cerita yg lain2 tu kang korang yg pening.

Faham ke faham? Bagus.
Kenapa dengan benda ni?

Fungsi ELCB dlm bahasa mudah hadam ialah untuk memastikan mana2 peralatan atau pendawaian rumah korang yg kabelnya terluka kena gigit tikus (terkoyak)

atau

Alatan elektrik rumah yg pernah terbakar dan tersentuh mana2 bahagian pengalir, inilah alat yg akan pastikan umur korang panjang agar tak terkena renjatan elektrik dan boleh menjadi PUNCA UTAMA litar pintas berlaku.

Tujuan ELCB ni untuk padamkan semua elektrik dirumah anda dengan sepantas kilat.

Sekarang dah tahu belum? Simple kan?

Pernah kena renjatan elektrik kt rumah sendiri? Bersyukurlah kalau tak pernah kena. Hehe..
Ok kita sambung balik. Nampak tak gambar No.3 yg ada bulatan merah tu?

Yang ada tulis huruf "T". Kat bawah p**a ada tulis "Test Monthly". Tahu tak kenapa tulisan tu diukir? Ingat saje2 ke..

Ha.. mesti korang tak pernah tahukan. Tahu pakai je ye ...

Benda ni perlu test setiap bulan utk pastikan alat ni sentiasa berfungsi dgn baik. Kat situ pun dah tulis:

"PRESS BUTTON TO TRIP TEST MONTHLY"

Setiap bulan korang try la tekan..

Paling tidak pun 3 bulan sekali, lepas tu tengok apa jadi. Ada dua kemungkinan je akan berlaku:

Pertama:
Bila tekan je button "T" tu, suis kat peranti ELCB tu akan turun (OFF).

Kalau elektrik rumah korang satu rumah tetiba gelap, maknanya benda ni berfungsi dgn baik (Tidak rosak).

Kedua:
Jeng jeng jeng.. Haa ini bahaya nie.

Kalau dah tekan button "T" tapi tak jadi apa2, cepat2lah mengucap.
Haha, gurau je!

Tu tandanya ELCB tu dah rosaklah maknanya oii...

NAK KE RUMAH TERBAKAR?
Sbb tu kne test tiap2 bulan.. dah dia suruh tekan korang tekan je..

Tekan hanya utk test je jgn pi buka pegang kebel apa bagai memang terbakarlah korang jawapnya nnt.

Kalau situasi yg kedua ni terjadi, dah tak yah pandai2 nak buat uji kaji lain dah. Panggil wireman dtg check.
Wireman lagi tahu apa puncanya sama ada rosak atau wiring problem.

PERHATIAN: Saya ajar test trip je ye. Benda selain dari tu saya tak ajar. Tu bab lain nanti.

LAST STEP lepas dah tekan test trip tu dan dah tahu kondisi ELCB tu korang jangan lupa naikkan balik suis (ON) di ELCB tu kang mak korang bising p**ak apesal bergelap p**ak rumah ni..
Nasihat saya kalau dah tahu benda ni rosak pastikan korang tukar brand yg baik.

Antara salah satu punca litar pintas berlaku dan membawa kepada kebakaran rumah berpunca adalah dari pendawaian yg tidak sihat.

Sebab tu peranti ELCB ini diperlukan di setiap rumah agar rumah anda sentiasa selamat.
So dah faham?

Dapat belajar sesuatu hari ini.

Info ikhlas dari
Msba Engineering Services.

[ SEBAB BERLAKU RENJATAN SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK ]Assalamualaikum. Hai semua hari ini saya ingin kongsikan...
24/11/2018

[ SEBAB BERLAKU RENJATAN SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK ]

Assalamualaikum.

Hai semua hari ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya atau mungkin anda sendiri pernah alami dan lalui.

Anda mungkin pernah terkena RENJATAN ELEKTRIK ketika menggunakan peralatan elektrik seperti televisyen, Mesin basuh, peti sejuk dan banyak lagi.

Tahukah Mengapa ia BERLAKU?

PUNCA UTAMA adalah SISTEM PEMBUMIAN dirumah kita ada masalah.

Samada ia terputus atau tidak ada pembumian langsung.

Kadangkala hanya ada kotak sahaja.

Cadangkan saya Tuan dan Puan periksa sistem pembumian rumah anda. Demi keselamatan anda dan keluarga.

Sekian Info Lektrik untuk hari ini.
Semoga memberi manfaat bersama

Ada apa2 masalah boleh tekan link whasap dibawah.

http://www.wasap.my/60137847723

Info iklas dari .....
Msba Engineering Services.

18/04/2018

NAK JIMATKAN BIL ELEKTRIK? INI 14 TIPS JIMAT ELEKTRIK DARI TNB

1 # Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit & kerap. Cuba gunakan ruang dalam mesin basuh semaksima yang mungkin.

2 # Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen. Idea ini sangat membantu untuk jimatkan bil elektrik anda.

3 # Tutup semua pintu dan tingkap semasa pendingin udara dihidupkan. Ini untuk elakan pembaziran tenaga.Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lagi rendah bil elektrik anda.

4 # Guna mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sedikit. Langkah bijak untuk kurangkan bil bulanan anda.

5 # Cuba amalkan menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak. Sebagai contoh, seminggu sekali ke.

6 # Penuhkan cerek air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda ingin panaskan air.

7 # Pilih peralatan elektrik yang ada rating 5 bintang

8 # Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm. Ini membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Tips lain – jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada cahaya matahari. Ini kerana keadaan sekeliling yang panas, memaksa peti menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu sejuk.

9 # Tutup PC, laptop atau monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan sesekali biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.

10 # Anda boleh gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu sahaja. Contoh – lampu spotlight di luar rumah. Ini juga cara jimat elektrik yang praktikal untuk kediaman mahupun bangunan komersial seperti premis kedai dsb.

11 # Anda disaran untuk menggunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik. Lampu T5 ini sangat efisyen dalam memberikan pencahayaan yang terang & jimat tenaga.

12 # Cara jimat elektrik guna aircond – Suhu penghawa dingin yang paling efisyen ialah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda. Cuba laraskan dalam julat tersebut untuk lebih penjimatan.

13 # Cara susunan barang dalam peti sejuk juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik. Cuba disiplinkan diri untuk susun barang dalam peti sejuk supaya lebih kemas & tersusun. Tips jimat elektrik ini untuk memastikan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen & menjimatkan elektrik.

14 # Tips jimat elektrik guna mesin basuh – Gunakan mod ‘cold wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Ini untuk mengelakkan mesin basuh anda menggunakan lebih tenaga untuk memanaskan air.

Sumber : TNB

Hari ni sy kongsikan punca2 kerosakan elektrik yg boleh menyebabkan kebakaran atau renjatan elektrik. moga info ni bergu...
18/04/2018

Hari ni sy kongsikan punca2 kerosakan elektrik yg boleh menyebabkan kebakaran atau renjatan elektrik. moga info ni berguna utk semua. Jika rumah anda atau rumah saudara mara anda ada masalah seperti ini segera hubungi wireman untuk memperbaiki sistem pendawaian rumah anda.

http://www.wasap.my/60111068055

19/02/2018

Perkhidmatan WIRING :-

Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan (2018):

1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.
-Harga pendawaian lampu = RM60
- Harga pendawaian kipas = RM60
- Harga pendawaian soket plug =RM 80
- Harga pendawaian aircond =RM120-RM150
- Harga pendawaian water heater =RM 120-RM 150

2. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):

- Pendawaian lampu = RM80.00
- Pendawaian kipas = RM80.00
- Pendawaian soket plug 13A = RM100.00
- Pendawaian aircond = RM 140.00-RM 170.00
- Pendawaian Water Heater = RM140.00-RM 170

3. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
= RM400-RM800 (Ikut Panjang Armoured Cable)

Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit = RM 180

4. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 140

5. Wiring point aircond = RM120-RM170

6. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM100/lot-Rm150/lot

7. Pemasangan DB (Switch Board):-
*8way complete set (barang serta pemasangan) = RM350

8. Alih @ Pindah Meter KWj TNB
=Dari RM250-RM450 (Bergantung kepada jarak)

UPAH PASANG SAHAJA

- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10- RM15
- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 15-RM 20
- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight = RM 15- RM 20
- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 20-RM 30
- Pasang Semua Jenis Kipas= RM 20-Rm 30

PERKHIDMATAN DI KELANTAN
HARGA BOLEH DIRUNDING DAN DIBINCANG.

Untuk pertanyaan dan sebut harga hubungi...

MSBA Engineering Services
Tel atau whatsapp : 018-9143059

04/02/2017

Perkhidmatan WIRING :-

Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan (2017):

1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.
-Harga pendawaian lampu = RM60
- Harga pendawaian kipas = RM60
- Harga pendawaian soket plug =RM 80
- Harga pendawaian aircond =RM120-RM150
- Harga pendawaian water heater =RM 120-RM 150

2. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):

- Pendawaian lampu = RM80.00
- Pendawaian kipas = RM80.00
- Pendawaian soket plug 13A = RM100.00
- Pendawaian aircond = RM 140.00-RM 170.00
- Pendawaian Water Heater = RM140.00-RM 170

3. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)
= RM400-RM800 (Ikut Panjang Armoured Cable)

Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit = RM 180

4. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 140

5. Wiring point aircond = RM120-RM170

6. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod = RM100/lot-Rm150/lot

7. Pemasangan DB (Switch Board):-
*8way complete set (barang serta pemasangan) = RM350

8. Alih @ Pindah Meter KWj TNB
=Dari RM250-RM450 (Bergantung kepada jarak)

UPAH PASANG SAHAJA

- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10- RM15
- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 15-RM 20
- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight = RM 15- RM 20
- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 20-RM 30
- Pasang Semua Jenis Kipas= RM 20-Rm 30

PERKHIDMATAN DI KELANTAN
HARGA BOLEH DIRUNDING DAN DIBINCANG.

Untuk pertanyaan dan sebut harga hubungi...

MSBA Engineering Services
Tel atau whatsapp : 018-9143059

Address

Lot 1712 Kg Pasir Kasar Sering
Kota Bharu Kelantan
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Msba Engineering Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share