26/11/2022
Petang ni admin nk share pasal bata.
Jom baca. Moga bermanfaat.
Bata merupakan bahan asas dalam setiap struktur rumah yanghendak dibina. la berfungsi memberikan kesan astetik untuk
menyerlahkan lagi pandangan senibina bangunan dengan kesantekstur-tekstur yang menarik, indah dan cantik.Tetapi tahukah and apakah perbezaan dan kelebihan-kelebihan bata?
Antara bata yang sering menjadi rebutan di negara kita adalah Bata merah dan Bata simen. Jadi, jom kita lihat apakah perbezaan mengenai kedua-dua jenis bata ini.
BATA SIMEN (BATA PUTIH)
• Terdiri daripada campuran pasir, simen dan air.
• Kos lebih murah dan berpatutan. Harga purata di Terengganu adalah antara 18 sen hingga 22 sen per bata.
• Bentuknya yang sekata memudahkan kerja susunan dan saiznya juga adalah lebih besar. In dapat menjimatkan penggunaan simen lepaan atau simen plaster dan menjimatkan
masa.
• Berbanding bata merah, rumah akan menjadi lebih panas sedikit. Namun in dapat dikurangkan dengan adanya sistem pengudaraan rumah yang baik dan dilengkapi dengan aircond.
• Dining akan menjadi lebih kuat kerana bata simen menggunakan bahan yang sama dengan simen plaster. Ini menghasilkan paduan yang lebih kuat.
BATA MERAH (TANAH LIAT)
• Terdiri daripada campuran tanah liat dan pasir yang dibakar.
• Kos lebih mahal berbanding bata simen. Harga purata di Terengganu adalah antara 40 sen hingga 45 sen per bata
• Proses penyejukan selepas pembakaran menjadikan saiz bata tidak sekata. In menyebabkan lebih banyak penggunaan simen
lepaan atau simen plaster dan mengambil masa yang lama.
• Rumah lebih sejuk berbanding bata simen.
• Bersifat "fire resistant" dan juga memberikan kesan visual yang damai dan menarik.
Pilihan bergantung kepada Citarasa dan Bajet Anda... Moga Bermanfaat. 🏡
KEMBANGAN INTERNATIONAL SDN BHD
"Inspirasi Anda, Kami Realisasikan"