KDLC

KDLC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KDLC, .

DUSUNIC LANGUAGE AND CULTURAL RESEARCH & PUBLICATION CENTRE Email: [email protected] HP: 011-10520123 Bt 1.5 Jln Tuaran Lama KOTA KINABALU

03/12/2023

Selamat Berhari Minggu Kepada Semua. Jomm! Kita baca nukilan dari YB DSP Wilfred Madius Tangau tentang elektrik. Info sangat2 berguna untuk kita semua.
Dgn info ini sy sendiripun baru faham sebab musebab bekalan lektrik tidak stabil.
Mari kita share ramai2 ya Everyone
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Sejak dilantik sebagai Pengerusi SESB pada 16 Jun yang lalu, antara perkara yang menjadi keutamaan saya adalah untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik di Sabah.

Ini bermaksud, saya harus mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik. Ia kerana selama ini saya sendiri selaku pengguna elektrik merasa begitu gerigitan setiap berlaku catuan dan gangguan bekalan. Di sanalah kita sedang lapar mau makan, tapi nasi di rice cooker tidak cukup kambang. Di sanalah ada keluarga yang kesusahan dan meninggal dunia, tapi masa itu jugalah tiba-tiba tiada karan. Kepanasan dan bergelap semua orang.

Saya boleh bayangkan kalau saya seorang pelabur, rugi besar saya sebab semua operasi kilang tidak bergerak. Kalau saya pengusaha restoran, lari semua pelanggan sebab kepanasan, kipas dan aircond tidak dapat on. Lain lagi bahan - bahan makanan basah dalam aisbook. Belum campur lagi kalau ada alat-alat elektrik yang rosak.

Ya begitulah kawan-kawan. Jadi perkara pertama yang saya buat selepas dilantik ialah mengadakan pertemuan dengan pelbagai lapisan kakitangan SESB untuk mencari tahu punca gangguan ini berlaku. Saya juga turun padang untuk meninjau dan melawat sendiri zon-zon dan cawangan-cawangan SESB di sekitar Sabah.

Selain sekitar Kota Kinabalu, saya telah melawat stesen-stesen jana kuasa SESB di Tenom, Keningau, Ranau, Kota Marudu, Pitas, Kudat, Tuaran dan beberapa lagi yang lain. Semuanya bertujuan untuk mengenal pasti dan melihat sendiri punca dan masalah mengapa gangguan ini berlaku. Kerana saya faham perasaan pengguna, kerana saya pun macam kamurang semua. Juga pengguna harian tenaga elektrik.

Apa yang saya telah dapati ialah, masalah gangguan bekalan elektrik dan catuan adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya disebabkan Reserve Margin atau pun stok karan yang rendah iaitu hanya pada kadar sekitar 12%. Jadi semasa waktu puncak, seluruh Sabah akan menghadapi masalah. Waktu puncak ini ialah masa di mana penggunaan karan begitu tinggi. Biasanya pada musim-musim kemarau, atau pada masa tengahari. Dimana semua orang akan on aircond di rumah dan di pejabat.

Pada waktu ini juga kebanyakan kilang-kilang di kawasan perindustrian sedang beroperasi secara maksimum. Oleh itu keperluan penggunaan elektrik cukup tinggi. Maka, pada masa inilah juga stok karan amat diperlukan untuk memastikan semua kawasan terus menerima bekalan elektrik yang stabil. Tapi kalau stok setakat 12% mana cukup kan. Itulah sebab catuan terpaksa kena buat. Contohnya, kawasan sini 3 jam, kemudian on balik karan, lepas tu kawasan sebelah lagi kena tutup karan, lepas tu di kawasan seterusnya secara bergilir-gilir.

Bila petang sikit cuaca tidak berapa panas, maka ramai lah yang tutup air cond. Selepas jam lima, tutup office sudah jadi penggunaan karan semakin menurun, dan akhirnya kapasiti tenaga elektrik yang ada kembali kepada penggunaan basic. Masa inilah sepatutnya keadaan akan kembali pulih seperti biasa, bekalan kembali stabil. Tapi persoalannya sampai bila harus begini?

Untuk makluman, kita perlu stok karan sekurang-kurangnya 30% kalau betul-betul mau selesaikan ini catuan. Supaya apabila ada keperluan karan yang naik mendadak pada waktu puncak, tidak akan ada lagi catuan sebab stok karan kita cukup.

Saya bersama pengurusan SESB sedaya upaya mencari jalan penyelesaian efektif, yang boleh dilaksanakan secepat mungkin bagi menangani masalah ini. Saya mendapati penyelesaian yang cukup praktikal, pantas dan bersih adalah menggunakan Battery Energy System Storage (BESS). Fungsi BESS ini satu biji sama macam Powerbank handphone kita. Kalau habis atau sikit sudah bateri handphone, kita cucuk powerbank cas balik tu handphone. Begitu juga nanti. Bila mau habis sudah stok karan yang digunakan akibat permintaan tinggi pada waktu puncak, ini BESS lah yang akan jadi power bank supaya stok karan dapat menampung semua penggunaan tenaga elektrik masa tu. Jadi tidak lah sudah perlu buat catuan.

Sebab ada power bank bikin backup supaya karan cukup. Dan langkah ini sangat proven. Saya telah melihat di depan mata sendiri semasa menghadiri Conference of the Electric Power Supply Industry di China baru-baru. Saya bersetuju bahawa teknologi ini suatu langkah yang tepat bagi penyelesaian jangka pendek dalam masa yang singkat bagi catuan bekalan elektrik di Sabah.

Walau bagaimanapun, boleh saya katakan, usaha ini agak mencabar juga untuk kita realisasikan. Sehingga saya terpaksa membawakan perkara ini di parlimen untuk memberi kefahaman. Ada juga cakap cakap di luar yang tidak begitu yakin. Saya tidak menyalahkan siapa siapa, tapi untuk kali ini saya mohon berikan SESB ruang. Jangan lagi terjadi seperti pelan pembinaan Coal Power Plant di Lahad Datu dan Liwagu Dam yang akhirnya merugikan kita semua hari ini. Bagi saya itu antara punca utama kenapa stok karan kita masih berada hanya di paras sekitat 12%. Untuk makluman, projek ini adalah antara perancangan-perancangan SESB yang telah dinafikan sebelum ini. Tapi biarlah itu kita tinggalkan sebagai sejarah lampau dan diambil sebagai pengajaran agar tidak berulang kembali.

Berbalik kepada BESS tadi, syukurlah kerana atas komitmen semua pihak khususnya dalam kalangan warga SESB, akhirnya projek ini bakal direalisasikan tidak lama lagi. Seperti yang telah diumumkan oleh CEO SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar kelmarin, kerja-kerja pemasangan BESS dijangka akan dimulakan pada bulan Februari 2024 di Lahad Datu. Ia akan mampu membekalkan tenaga elektrik sehingga 100MW dan akan disiapkan dalam tempoh 6 hingga 10 bulan. Doakan semoga tiada lagi yang kacau-kacau dan semuanya dipermudahkan. Trust the process.

Sebagai tambahan, dua lagi Loji Solar Skala Besar (LSS) hampir siap dibina di Labuan iaitu loji solar berkapasiti 10MWac dan 5MWac. Selain itu set generator gas berkapasiti 100MW turut dipasang sebagai langkah interim.








From
Madius Tangau

Amazing Sabah Borneo-Malaysia ( only in Sabah)
22/11/2015

Amazing Sabah Borneo-Malaysia ( only in Sabah)

Antara scene2 semasa shooting Magasak ~ sebuah dokumentari oleh RTM dan ditayangkan menerusi saluran TVi 180 Astro...
18/02/2014

Antara scene2 semasa shooting Magasak ~ sebuah dokumentari oleh RTM dan ditayangkan menerusi saluran TVi 180 Astro...

b*k cara mmartabatkn bahasa ibunda kan..
15/02/2014

b*k cara mmartabatkn bahasa ibunda kan..

We asked one simple question: How do you say, "I Love You", in your Indigenous language? This is a crowd-sourced project organized by The 1491s. All footage ...

Art Therapy
14/02/2014

Art Therapy

Wheaton native Melissa Hedlund uses art therapy to help people facing difficult life transiitions. In 2010 she founded The Light of The Heart: A Community Art Therapy Project and her work continues to help those in need.

Paper..paper..!!
13/02/2014

Paper..paper..!!

Meta Description

Good job!
12/02/2014

Good job!

"Bouncing Bear Films is proud to announce our first documentary film. This film is the first in a series of three films discussing various aspects of shamani...

Cintai Alam Kita!!
10/02/2014

Cintai Alam Kita!!

A linguist has concluded that a new language, with unique grammatical rules, has come into existence, created by children in a remote area of Australia.

Language society
10/02/2014

Language society

Lyle Campbell (University of Hawai'i), "Contributions from Endangered Language Documentation to Outstanding Issues in Historical Linguistics." July 16, 2013 ...

How to keep dying languages?
09/02/2014

How to keep dying languages?

Daryl Baldwin learned about the Smithsonian's National Anthropological Archives when he was trying to find out more about his Native American heritage and the language of his tribe, the Miami of O

Masih relevan!!
09/02/2014

Masih relevan!!

The Academic Language Development Network (http://aldnetwork.org) is a collaborative project, co-housed at the University of California Davis and Stanford University. The Network focuses on research-based teaching and assessment practices for developing the complex academic language, literacy, and t...

Address


88400KOTAKINABALUSUNNYGARDEN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KDLC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KDLC:

  • Want your business to be the top-listed Engineering Company?

Share