30/09/2021
Bercadang untuk bercuti di Langkawi? Kena buat covid test dulu tau!
Macamana?
1. Buat test di klinik sebelum penerbangan, bawa slip dan tunjuk ke pegawai KKM di KAUNTER Y di KLIA 2 (klia 1 tak pasti)
2. ATAU buat saliva test di airport (saliva kit boleh beli sendiri dan bawa ke airport atau beli di airport).
3. Lepas dah settle di kaunter KKM (kaunter Y), kena pergi ke kaunter penerbangan untuk staff penerbangan verify your ticket dan result covid
4. Lepas tu baru proceed untuk masuk ke gate penerbangan. Kalau tak buat para 3 di atas, tak boleh masuk gate.
5. Datang awal untuk semua proses² di atas.
I HIGHLY RECOMMEND everyone untuk buat je test di klinik. Memang lagi mahal dari saliva test, tapi lebih accurate n mudah. In our case, my sister in law buat saliva kit dekat airport n result tunjuk dia positive. Disebabkan dia positive, dia tidak dibenarkan untuk naik pesawat, 1 keluarga dipakaikan gelang untuk kuarantin selama 10 hari. Bila balik ke rumah, dia buat multiple test dan PCR test, didapati dia NEGATIVE. Dia bawa slip PCR ke KKM di airport, dorang terus potong gelang esoknya dan terus dibenarkan untuk fly ke Langkawi. So it shows how inaccurate the saliva test is. Disebabkan itu, my SIL kena keluar duit untuk RTK test, PCR test, more on saliva test to confirm, burn flight ticket (boleh refund tapi lambat), plan lari, kos ulang alik ke airport dan sbgainya.
My advise is, buat je dekat klinik supaya bila tau lebih awal, x perlu pergi airport dah, boleh arrange refund trip and of course lebih accurate. I personally think option buat saliva test dekat airport tu tak patut ada n KKM kena wajibkan semua buat di klinik je. Sistem slow, flight banyak, orang ramai tapi doc/pegawai KKM sikit. Agak kucar kacir dan pelik nak meludah dekat public dengan potensi org sebelah kau might be positive. N of course, the accuracy of the saliva test itself is in question. Jadi untuk elakkan semua kekacauan minda, fizikal dan emosi, sila buat test di klinik. Save the hassel.