Centre for Offshore Renewable Energy

Website Contact the business

Centre for Offshore Renewable Energy Centre for Offshore Renewable Energy - Research Institute, Universiti Malaysia Terengganu

Website - https://cefore.umt.edu.my/ Hybrid Offshore Renewable Energy

27 Oktober 2026 | Lawatan dari Integrax Berhad. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan strategik bagi mener...
30/10/2026

27 Oktober 2026 | Lawatan dari Integrax Berhad. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan strategik bagi meneroka potensi kerjasama antara UMT dengan Integrax Berhad dalam bidang yang berkaitan.

Salam takziah.
24/10/2026

Salam takziah.

Al-Fatihah

Ucapan takziah diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja atas kemangkatan Yang Amat Mulia Dato’ Seri Dr. Tengku Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pada pagi ini, Sabtu, 24 Oktober 2026.

Semoga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Allahyarham Dan Menempatkan Bersama Hambanya Yang Beriman Dan Beramal Soleh

ikhlas daripada
Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Universiti Malaysia Terengganu

21 Oktober 2026 | Lawatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).
23/10/2026

21 Oktober 2026 | Lawatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

19 Oktober 2026 | Lawatan dari TVETMARA dan Pahang Skills Development Centre bersama UMT Holdings.
23/10/2026

19 Oktober 2026 | Lawatan dari TVETMARA dan Pahang Skills Development Centre bersama UMT Holdings.

15 Oktober 2026 | Lawatan dari pelajar tahun 1 Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui (SMTTBD), UMT. Lawatan y...
18/10/2026

15 Oktober 2026 | Lawatan dari pelajar tahun 1 Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui (SMTTBD), UMT. Lawatan yang disertai 59 orang pelajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan penyelidikan, penggunaan teknologi serta aktiviti yang dilaksanakan di CEFORE, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui. Melalui lawatan ini, pelajar diharap dapat memperluas pengetahuan, meningkatkan pemahaman serta memupuk minat terhadap aplikasi teknologi dan penyelidikan dalam bidang tersebut.




Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), terus memperkukuh keterliba...
15/10/2026

Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), terus memperkukuh keterlibatan penyelidikan di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam 11th International Conference on Ships and Offshore Structures (ICSOS 2026) yang berlangsung pada 4 hingga 7 Oktober 2026 di Yıldız Technical University, Istanbul, Türkiye.

CEFORE diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Mohd Asamudin A. Rahman, dan Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Mohd Hairil Mohd, yang turut membentangkan hasil penyelidikan dalam persidangan tersebut kepada komuniti akademik dan profesional antarabangsa.

Penyertaan ini menjadi platform penting untuk berkongsi pengetahuan, bertukar pandangan serta memperluas jaringan kerjasama dalam bidang struktur luar pesisir, teknologi marin dan tenaga boleh diperbaharui luar pesisir.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen berterusan CEFORE dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan, memperkukuh kerjasama antarabangsa dan menyumbang kepada pembangunan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui luar pesisir yang mampan.




Salam takziah.
07/10/2026

Salam takziah.

Seluruh warga Universiti Malaysia Terengganu turut berdukacita atas perkhabaran ini.

Takziah buat keluarga mendiang Profesor Madya Ts. Dr. Jagan Jeevan. Salah seorang pensyarah senior di UMT, cekal memberi ilmu buat barisan mahasiswa terutamanya di Fakulti Pengajian Maritim (FPM).

Semoga keluarga mendiang diberi ketabahan dalam saat-saat sukar ini.

“Deepest condolences to the families and friends of Profesor Madya Ts. Dr. Jagan Jeevan. May peace and strength be with their loved ones”.

Sesungguhnya jasa beliau akan kekal terpahat selamanya di bumi UMT.

- Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Universiti Malaysia Terengganu.

6 Oktober 2026 | Lawatan dari Hospital Dungun.
07/10/2026

6 Oktober 2026 | Lawatan dari Hospital Dungun.




30 September 2026 | Lawatan dari Politeknik Kuala Terengganu.
01/10/2026

30 September 2026 | Lawatan dari Politeknik Kuala Terengganu.




TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan atas pelantikan sebagai Pr...
01/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zuha Rosufila binti Abu Hasan atas pelantikan sebagai Pro Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berkuat kuasa pada 28 September 2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas menjadi wadah dalam memperkukuh kecemerlangan UMT serta memacu universiti ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan amanah dan selamat menerajui UMT.
Semoga terus dipermudah dalam setiap langkah serta dikurniakan kejayaan dalam memimpin UMT dengan penuh komitmen, integriti dan dedikasi.

Ikhlas daripada,
Pusat Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE)




Address

PT105771, CENTRE FOR OFFSHORE RENEWABLE ENERGY (CEFORE) PANTAI TOK JEMBAL
Kuala Nerus
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Offshore Renewable Energy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Centre for Offshore Renewable Energy:

Shortcuts

Share