Rajin Sebendang

Rajin Sebendang Rajin Sebendang adalah baja foliar dengan kepekatan silika dan potassium tertinggi di pasaran.

Salam Tahun Baru Hijrah 1448H.Semoga tahun baru ini bukan sekadar bertukar angka, tetapi menjadi titik kita memperbaiki ...
17/06/2026

Salam Tahun Baru Hijrah 1448H.

Semoga tahun baru ini bukan sekadar bertukar angka, tetapi menjadi titik kita memperbaiki hati, memperbetul niat, dan melangkah dengan lebih jujur dalam hidup.

Yang lalu kita ambil sebagai pengajaran.
Yang silap kita mohon keampunan.
Yang baik kita teruskan dengan lebih istiqamah.

Moga Allah jadikan tahun ini tahun yang lebih berkat, lebih tenang, lebih kuat iman, lebih luas rezeki, dan lebih banyak manfaat untuk orang sekeliling.

Salam Maal Hijrah 1448H.

Daripada kami,
Team Rajin Sebendang. ๐ŸŒพ

SALAM AIDILADHA 2026.Di sebalik lembu dan kambing yang dikorbankan, ada makna besar tentang keikhlasan, kesabaran dan re...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 2026.

Di sebalik lembu dan kambing yang dikorbankan, ada makna besar tentang keikhlasan, kesabaran dan rezeki yang dikongsi.

Begitu juga dunia pertanian.

Setiap musim padi mengajar kita untuk bersabar. Dari anak benih yang kecil, dijaga airnya, dibaja tanahnya, dipantau cuacanya, hinggalah padi tunduk berisi menunggu hari dituai.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan kepada semua pesawah, petani dan keluarga yang terus berusaha menyuburkan tanah, menyara kehidupan dan memberi makan kepada ramai orang.

Daripada batas bendang yang bersih, padi yang bernas, dan rezeki yang tumbuh sedikit demi sedikit, mudah-mudahan Allah limpahkan hasil yang lebih baik, hati yang lebih tenang, dan kehidupan yang lebih diberkati.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga setiap pengorbanan hari ini menjadi benih kepada rezeki yang lebih luas esok hari.

Rajin Sebendang,
Pokok lebih kuat, hasil lebih berat ๐ŸŒพ

BATAS BENDANG BERSIH, KARAH PUN KURANG.Perasan tak?Baik di Thailand,baik di Malaysia,hatta di manaยฒ ceruk dunia sekalipu...
24/05/2026

BATAS BENDANG BERSIH, KARAH PUN KURANG.

Perasan tak?

Baik di Thailand,
baik di Malaysia,
hatta di manaยฒ ceruk dunia sekalipun,

pesawah yang konsisten dapat hasil tinggi biasanya ada satu tabiat yang nampak kecil, tapi besar kesannya :

batas bendang dia bersih. โœ…

Samada bersih dengan meracun, mahupun mesin rumput, janji tiada rumput lalang tumbuh sama tinggi dengan pokok padi yang sedang membesar.

Rumput lalang di batas bendang adalah perumah kepada penyakit bawaan kulat seperti Karah dan Hawar Seludang.

Kerana daun yang melentok dan ada kelembapan di bawah pelipat daun adalah habitat A++ untuk kulat mula membiak.

Sebab itu penyakit karah biasanya bermula dari tepi batas, dan merebak ke tengah.

Kalau kita dapat jaga batas bendang daripada naik rumput panjang, InsyaAllah kos kawalan penyakit bawaan kulat pun mampu dikurangkan.

Kalau rasa s**ar untuk jaga kebersihan batas bendang sepanjang masa, boleh dapatkan Rajin Sebendang untuk bantu lambatkan perebakan penyakit bawaan kulat.

Kerana Rajin Sebendang diformulasikan dengan unsur silika yang menebalkan sel daun dan batang, seterusnya melambatkan serangan kulat menembusi ke dalam sel pokok padi.

Pesawah akan ada masa untuk membuat kawalan segera dengan ikhtiar ini.

Klik sekarang untuk ikhtiar bersawah musim ini ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://linktr.ee/rajinsebendang

๐ŸŒพ ๐Ÿ”

Vitamin padi terlaris di pasaran dengan nutrien Potassium (52%) & Silika (48%).

โ€œAdoi, tebal p**a batang padi musim ni. Nak hisap pun payah.โ€ ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ๐ŸŒพKalau bena perang boleh bercakap, mungkin itulah keluh...
20/05/2026

โ€œAdoi, tebal p**a batang padi musim ni. Nak hisap pun payah.โ€ ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ๐ŸŒพ

Kalau bena perang boleh bercakap, mungkin itulah keluhan mereka.

Bila padi cukup silika, sebahagiannya terkumpul pada tisu luar daun dan batang.

Kajian saintifik oleh Yang et al. dalam Scientific Reports mendapati aplikasi silika pada pokok padi boleh mengganggu aktiviti makan bena perang, mengurangkan kadar pertumbuhan pop**asi, dan memanjangkan masa pop**asi berganda.

Kajian Tenguri et al. juga melaporkan pengeluaran โ€˜honeydewโ€™ bena perang berkurang pada padi yang disembur silika. Honeydew ini adalah tanda berapa banyak aktiviti menghisap sap dalam batang padi. Bila berkurang, maksudnya aktiviti serangan bena perang turut menurun.

Tapi ingat, silika bukan racun.

Jadi bukan jaminan sawah akan bebas serangan.

Ia lebih kepada benteng tambahan supaya pokok padi jadi lebih kuat, supaya serangan tidak terlalu cepat merebak, dan pesawah ada masa untuk buat kawalan pantas.

Kita tahu kalau nampak ada bena perang dalam bendang, call orang untuk sembur racun, belum tentu boleh datang segera.

Tapi kalau dibiar lama tanpa ada benteng tambahan, dibiarkan sehari semalam silap-silap habis satu sawah diserang.

Rajin Sebendang mudah pakai.

Cuma campur dalam rutin semburan racun berjadual tanpa kos semburan tambahan.

Pokok lagi kuat, hasil InsyaAllah berat.

Dapatkan sekarang!

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://linktr.ee/rajinsebendang

๐ŸŒพ๐Ÿ”

Vitamin padi terlaris di pasaran dengan nutrien Potassium (52%) & Silika (48%).

BAJA SUBSIDI ITU WAJIB, TAPI LAGI CUN KALAUโ€ฆ ๐ŸŒพRamai orang s**a tengok bendang masa padi dah tunduk menguning.Nampak cant...
19/05/2026

BAJA SUBSIDI ITU WAJIB, TAPI LAGI CUN KALAUโ€ฆ ๐ŸŒพ

Ramai orang s**a tengok bendang masa padi dah tunduk menguning.

Nampak cantik.
Nampak macam mudah je tanam, ye.

Tapi kalau tanya pesawah, semua tahu satu benda:

Hasil padi bukan muncul macam tu saja.

Sebelum sampai hari nak mengerat, pokok padi dah lalu macam-macam cerita.

โ˜€๏ธ Cuaca panas dan kemarau
๐ŸŒง๏ธ Ribut petir tak menentu
๐Ÿ› Serangan penyakit
๐Ÿƒ Daun cepat layu
๐ŸŒพ Risiko padi rebah
๐Ÿ’ธ Kos input p**a makin hari makin kena kira satu-satu

Musim sekarang bukan musim untuk sekadar โ€œharap-harap menjadi.โ€

Baja subsidi memang penting.
Itu asas.
Memang wajib guna, ikut timing yang betul.

Tapi dalam keadaan cuaca dan kos yang semakin mencabar, pokok padi juga perlukan sokongan tambahan yang lebih terancang.

Sebab itu ramai pesawah dah mula guna Rajin Sebendang sebagai input tambahan untuk bantu jaga prestasi pokok dari awal.

Rajin Sebendang mengandungi:

โœ… Silika
Membantu kekuatan struktur pokok padi supaya lebih bersedia menghadapi tekanan di sawah.

โœ… Potassium / K
Nutrien penting yang membantu fungsi fisiologi pokok dan menyokong proses pembentukan hasil.

Tapi ini bukan cerita sembur hari ini, esok terus pukoi tan. ๐Ÿ˜„

Ini cerita pengurusan.
Ini cerita disiplin.
Ini cerita bantu pokok padi supaya lebih bersedia dari peringkat awal sampai ke fasa pengisian.

Sebab dalam bendang, tambahan yang kecil pun boleh beri kesan besar bila kena cara dan kena masanya.

๐ŸŒฑ Daun lebih keras dan lebih bersedia hadapi panas ekstrem
๐ŸŒพ Batang lebih tebal dan kurang risiko rebah
๐Ÿ“Œ Pengurusan nutrien lebih kemas
๐Ÿ›ก๏ธ Kawalan penyakit dan serangga lebih efisien bila pokok lebih kuat dan tidak mudah stres

Bila semburan racun dapat dibuat ikut jadual, tanpa perlu balas sampai kali kedua atau ketiga, barulah kos boleh dijaga.

Tak perlu keluar duit tambahan tanpa sebab.
Tak perlu panik setiap kali pokok nampak lain macam.

Soal harga padi, kita tak boleh kawal semua.
Kita hanya boleh bersuara dan mendesak.
Kalau dapat, bonus. Tak dapat, kena jalan terus.

Cuaca p**a hadir menguji keimanan.

Tapi usaha dalam bendang, itu masih dalam tangan kita. ๐Ÿคฒ๐ŸŒพ

โธป

Nak kira dos ikut keluasan bendang?

Komen di bawah.
Bagi tahu berapa relong, ekar atau hektar.
Kita kira sama-sama.

๐Ÿ”— https://linktr.ee/rajinsebendang

Rajin Sebendang,
Tambahan kecil, kesan besar.

๐ŸŒพ๐Ÿ”

๐ŸŒ™ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN: WAKTU EMAS YANG RAMAI ORANG TERLEPAS PANDANGRamadan ni ibarat perjalanan jauh.20 hari perta...
10/03/2026

๐ŸŒ™ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN: WAKTU EMAS YANG RAMAI ORANG TERLEPAS PANDANG

Ramadan ni ibarat perjalanan jauh.
20 hari pertama kita berjalanโ€ฆ
tapi 10 malam terakhir inilah pecutan terakhir. ๐Ÿ

Dalam 10 malam inilah tersembunyi satu malam yang sangat luar biasa:

โœจ Lailatul Qadar
Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Kalau kira secara kasar:
1000 bulan โ‰ˆ 83 tahun ibadah.

Maknanya kalau seseorang beribadah pada malam itu dengan ikhlasโ€ฆ
pahalanya seolah-olah dia beribadah seumur hidup.

Bayangkanโ€ฆ
1 malam saja.
Allah bagi ganjaran macam ibadah puluhan tahun.

Sebab itu Nabi ๏ทบ bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir.
Bahkan baginda:

โ€ข Menghidupkan malam dengan ibadah
โ€ข Mengejutkan ahli keluarga
โ€ข Mengurangkan tidur
โ€ข Memperbanyak doa dan zikir

Hadis Nabi ๏ทบ:

โ€œCarilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.โ€
(Riwayat Bukhari)

๐ŸŒพ Petua mudah supaya tak terlepas malam itu

Tak perlu tunggu malam tertentu.
Anggap setiap malam adalah Lailatul Qadar.

Buat amalan ringkas tapi konsisten:

โœ” Solat Isyak & Tarawih
โœ” Solat tahajud walau 2 rakaat
โœ” Baca Al-Quran
โœ” Banyak istighfar
โœ” Sedekah walau sedikit
โœ” Doa yang Nabi ajar:

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุนููˆ ุชุญุจ ุงู„ุนููˆ ูุงุนู ุนู†ูŠ
Allahumma innaka โ€˜afuwwun tuhibbul โ€˜afwa faโ€™fu โ€˜anni
(Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan s**a mengampunkan, maka ampunkanlah aku)

Kadang-kadang kita fikir:
โ€œAlahโ€ฆ malam lain ada lagi.โ€

Tapi hakikatnya kita tak tahu:
Ramadan tahun ini mungkin yang terakhir untuk kita.

Jadi jangan lepaskan peluang ini.

๐ŸŒ™ 10 malam terakhir bukan sekadar penghujung Ramadan.
Ia mungkin peluang terbesar dalam hidup kita.

SUMBER PAHALA SUNAT PALING BANYAK DI BULAN RAMADAN ADALAH AL-QURAN.Berpuasa Ramadan adalah wajib, do as He command, no q...
07/03/2026

SUMBER PAHALA SUNAT PALING BANYAK DI BULAN RAMADAN ADALAH AL-QURAN.

Berpuasa Ramadan adalah wajib, do as He command, no question asked.

Tanpa sedar amalan sunat lain yang paling maksimum boleh diambil pahala dalam Ramadan adalah membaca Al-Quran.

Solat tarawih hanya waktu malam (Qiyam Ramadan), ada tempoh.

Habis Ramadan, selesailah fadilat tarawih.

Cuma kita membesarkan terawih kerana โ€˜limited offerโ€™, tanpa kita sedar Al-Quran ada tersedia memberi khidmat sepanjang hayat.

Bersedekah ada had juga, mengikut kemampuan semasa.

Solat sunat selain tarawih pun ada waktu tahrim (waktu haram solat).

Membaca Al-Quran?

Takde waktu, takde had, percuma (apps Quran pun banyak), di manaยฒ tempat selain tempat maksiat dan tandas.

Berpuasa dan membaca Al-Quran adalah pemberi syafaat kepada kita di Masyhar kelak.

Apabila membaca Al-Quran (fahami isi maksud, recommended), kita sebenarnya sedang mengamalkan mukjizat terbesar Nabi.

Mana ada mukjizat lain yang kekal hingga kiamat melainkan ayatยฒ Al-Quran.

30 hari memaksa diri membacanya di bulan Ramadan pasti akan menjadikan ia satu rutin dan tabiat selepas berlalunya Ramadan.

Membaca al-Quran bukanlah soal tidak pandai membaca.

Cuma samada mahu membaca,

atau malas nak membuka.

SALAM NUZUL QURAN.

Sejak awal 1950-an, Jepun boleh dikatakan antara negara yang โ€œmengkaji silika sampai jadi budaya sawahโ€. Bukan sebab tre...
26/02/2026

Sejak awal 1950-an, Jepun boleh dikatakan antara negara yang โ€œmengkaji silika sampai jadi budaya sawahโ€. Bukan sebab trend, tapi sebab data ladang: bila sawah tertentu kekurangan silika tersedia, pokok padi jadi macam bina rumah tanpa besi, masih berdiri, tapi mudah โ€œlemauโ€ bila diuji angin, penyakit, dan tekanan persekitaran.

๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜‚๐˜€ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ (๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿฌ-๐—ฎ๐—ป)

Di Jepun, eksperimen penggunaan silicate slag (bahan berasaskan silikat dari industri logam) untuk membekalkan silikon kepada padi telah dijalankan secara meluas sejak 1952. ๏ฟผ
Kemudian, selepas siri kajian lapangan dan stesen penyelidikan pertanian, silicate slag diiktiraf sebagai โ€œsilicate fertilizerโ€ pada tahun 1955, termasuk penetapan standard rasmi. ๏ฟผ

Malah, dokumen JIRCAS tersebut merekodkan penggunaan/edaran silicate fertilizer yang besar pada era selepas itu (contohnya data penghantaran 1957โ€“1967), menunjukkan ia bukan kajian makmal semata-mata, tapi sudah jadi input agronomi yang diurus secara sistem. ๏ฟผ

โธป

โ€œ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ?โ€ (๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ-๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ)

Ini bahagian paling penting, sebab inilah logik biologi yang membuatkan Jepun konsisten dengan silika:

๐Ÿ) ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ค๐ž๐›๐š๐ฅ: ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ ๐š โ€œ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ฌโ€

Silika membantu padi jadi lebih tahan terhadap penyakit dan kerosakan serangga, dan juga membantu mengurangkan risiko rebah. Itu disebut jelas dalam penerangan JARQ oleh penyelidik Jepun. ๏ฟผ
Kajian moden juga menyokong mekanisme ini: pemendapan silika pada tisu daun dan dinding sel jadi penghalang fizikal, dan silika terlarut boleh menguatkan ketahanan fisiologi/induced resistance terhadap jangkitan kulat. ๏ฟผ
๐™Ž๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ โ€œ๐™ช๐™—๐™–๐™ฉโ€, ๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ž๐™– ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ช๐™ฃ ๐™ฅ๐™–๐™™๐™ž ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™ข๐™–๐™˜๐™–๐™ข ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ž ๐™Ÿ๐™–๐™ ๐™š๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ž๐™จ๐™–๐™ž ๐™๐™–๐™ก๐™ช๐™จ. ๐™‹๐™–๐™ฉ๐™ค๐™œ๐™š๐™ฃ ๐™˜๐™–๐™ง๐™ž ๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ช, ๐™จ๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ช ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™™๐™ž๐™ฃ๐™™๐™ž๐™ฃ๐™œ.

๐Ÿ) ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ซ๐ž๐›๐š๐ก (๐ฅ๐จ๐๐ ๐ข๐ง๐ ) โ†’ ๐Ÿ๐จ๐ญ๐จ๐ฌ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ฌ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฌ๐ญ๐š๐›๐ข๐ฅ โ†’ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐›๐ข๐ฃ๐ข ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐œ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค

Bila padi lebih tegak dan kurang rebah, kanopi daun lebih teratur, cahaya lebih efektif, dan tenaga pergi ke pengisian biji, bukan โ€œsurvive modeโ€. Literatur Jepun menekankan silika sebagai faktor yang menyokong pertumbuhan sihat melalui pengurangan lodging dan pengawalan transpirasi. ๏ฟผ
Kajian terkini tentang penggunaan silicate fertilizer di sawah Asia Timur juga mengaitkan silika dengan erectness dan peningkatan aktiviti fotosintesis. ๏ฟผ

๐™Ž๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™ฅ๐™–๐™™๐™ž โ€œ๐™—๐™š๐™ง๐™™๐™ž๐™ง๐™ž ๐™ ๐™š๐™ข๐™–๐™จโ€. ๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™ฅ๐™ค๐™ ๐™ค๐™  ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™ง๐™š๐™—๐™–๐™, ๐™๐™–๐™จ๐™ž๐™ก ๐™ฅ๐™ช๐™ฃ ๐™ฉ๐™–๐™  โ€˜๐™ง๐™š๐™—๐™–๐™โ€™.

๐Ÿ‘) ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐จ๐ง๐ž๐ง ๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ฆ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ: ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง, ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ž๐ญ, ๐ค๐š๐๐š๐ง๐ -๐ค๐š๐๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ-๐ ๐ซ๐š๐ข๐ง ๐ฐ๐ž๐ข๐ ๐ก๐ญ ๐ง๐š๐ข๐ค

Dalam ringkasan kajian Jepun (JIRCAS), kesan silicate fertilizer sering dilihat pada komponen hasil seperti bilangan anakan (tillers) dan bilangan spikelets yang meningkat dalam banyak kes, serta perubahan pada komponen lain bergantung kepada tanah dan pengurusan. ๏ฟผ

๐˜ฝ๐™ž๐™ก๐™– ๐™จ๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ, ๐™ฅ๐™–๐™™๐™ž ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™–๐™Ÿ๐™– โ€œ๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅโ€, ๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ข๐™ช๐™ก๐™– ๐™—๐™š๐™ ๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–: ๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ, ๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ž, ๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™—๐™ž๐™Ÿ๐™ž.

๐Ÿ’) ๐’๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐š ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข โ€œ๐ง๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข๐ž๐ง ๐ก๐š๐โ€ ๐๐ข ๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ฎ: ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ค๐ข๐ง ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐๐ข๐š, ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฉ๐จ๐ง๐ฌ ๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ

Penyelidikan Jepun membincangkan idea menilai keperluan silika berdasarkan silika tersedia dalam tanah (contohnya pendekatan ekstraksi/penilaian silikat tersedia), sebab tak semua sawah akan respons sama. ๏ฟผ
Dalam amalan moden Asia Timur, silicate fertilizer sudah digunakan lama sebagai pembaikan produktiviti sawah, termasuk disebut telah digunakan >50 tahun di sawah padi Asia Timur. ๏ฟผ

๐™Ž๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™ž๐™ฉ๐™ช ๐™ข๐™–๐™˜๐™–๐™ข โ€œ๐™ž๐™ฃ๐™จ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™จ ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™–๐™โ€. ๐˜ฟ๐™ž ๐™จ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™จ๐™ช๐™จ๐™ช๐™ฉ, ๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™จ๐™ž๐™ก๐™ž๐™ ๐™– ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™—๐™š๐™ฏ๐™– ๐™–๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ-๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ ๐™ข๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ฉ๐™ช๐™ก-๐™—๐™š๐™ฉ๐™ช๐™ก ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž.

โธป

Sumber kajian Jepun untuk rujukan (pilihan yang paling relevan)

1. KONO, Michiyoshi. โ€œEffectiveness of Silicate Fertilizer to Japonica Varietiesโ€ (JIRCAS/TARS). Ada maklumat: eksperimen meluas sejak 1952, pengiktirafan 1955, dan penerangan kesan pada hasil/komponen hasil serta isu tanah.
๏ฟผ
2. NONAKA, Kunihiko & TAKAHASHI, Kazuo. โ€œA Method of Measuring Available Silicates in Paddy Soilsโ€ (JARQ/JIRCAS). Terangkan peranan silikat pada padi: ketahanan penyakit/serangga, lodging, transpirasi, dan isu penilaian silika tersedia.
๏ฟผ
3. Rujukan konteks amalan jangka panjang Asia Timur (termasuk Jepun): kajian Frontiers menyebut silicate fertilizer digunakan >50 tahun, disubsidi/diurus, dan mengaitkan silika dengan stress resistance dan erectness.

โธปโธป

Vitamin padi Rajin Sebendang punyai kandungan silika tertinggi di pasaran.

Dapatkannya sekarang melalui link di bawah:

https://linktr.ee/rajinsebendang

Ayuh, jangan lepaskan peluang bersama ribuan pesawah lain yang sudah menggunakan Rajin Sebendang.

๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga tani dan keluarga tercinta.Semoga ...
21/02/2026

๐ŸŒ™ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga tani dan keluarga tercinta.

Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita membina sabar, memperkukuh iman dan memperindah akhlak.

Moga setiap usaha, doa dan pengorbanan kita diganjari keberkatan dan kecemerlangan dunia serta akhirat.

โœจ Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih jiwa menjadi lebih kuat dan bermakna.

Address

Kuala
02000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rajin Sebendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rajin Sebendang:

Shortcuts

Share