Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd.

Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) (No.

Pendaftaran : 202001022358 (1378678-D)) merupakan Pusat Sehenti bagi aktiviti perlombongan dan pengkuarian di Negeri Pahang.

《SALAM MAULIDUR RASUL 2026》 Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rahmat buat seluruh alam. Mari kita hayati...
24/08/2026

《SALAM MAULIDUR RASUL 2026》

Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rahmat buat seluruh alam. Mari kita hayati sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan serta Seluruh Warga Kerja PMC

JAWATAN KOSONG DI PAHANG MINING CORPORATIONAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemakluman iklan jawatan kosong sepert...
21/08/2026

JAWATAN KOSONG DI PAHANG MINING CORPORATION

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemakluman iklan jawatan kosong seperti berikut :
- Penolong Pegawai Operasi (Kontrak)

CARA MEMOHON :-
Sila kemukakan permohonan melalui pautan kod QR beserta salinan kad pengenalan, sijil akademik dan dokumen berkaitan.

TARIKH TUTUP :-
28 Ogos 2026 (Jumaat)

JAWATAN KOSONG DI PAHANG MINING CORPORATIONAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemakluman iklan jawatan kosong sepert...
20/08/2026

JAWATAN KOSONG DI PAHANG MINING CORPORATION

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pemakluman iklan jawatan kosong seperti berikut :
- Eksekutif Pemulihan (Alam Sekitar) - Kontrak

CARA MEMOHON :-
Sila kemukakan permohonan melalui pautan kod QR beserta salinan kad pengenalan, sijil akademik dan dokumen berkaitan.

TARIKH TUTUP :-
28 Ogos 2026 (Jumaat)

03 0gos 2026 hingga 12 Ogos 2026 - Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah melaksanakan Focus Group User Accepta...
14/08/2026

03 0gos 2026 hingga 12 Ogos 2026 - Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah melaksanakan Focus Group User Acceptance Test (UAT) Sistem Geospatial GeoMine360 yang bertempat di Makmal ICT, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Bengkel ini menghimpunkan semua kakitangan PMC bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas pengguna terhadap sistem yang dibangunkan. Turut diucapkan ribuan terima kasih kepada Koridor Utiliti Pahang (KUP), Ir Ts Mohd Sably Bin Mohd Latiff, Ketua Pegawai Operasi KUP, Encik Arifin bin Othman, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan, Encik Nazif Bin Nukabba, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan serta Puan Norazilawati Binti Ibrahim, Pengarah Asia Debut Sdn. Bhd. (ADSB) yang telah memberi tunjuk ajar kepada kakitangan PMC mengenai sistem yang dibangunkan.

6 Ogos 2026 hingga 7 Ogos 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah melaksanakan Bengkel Pelan Strategik Or...
14/08/2026

6 Ogos 2026 hingga 7 Ogos 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah melaksanakan Bengkel Pelan Strategik Organisasi (PSO) 2026-2030, semakan setengah tahun Key Performance Indicators (KPI) 2026 dan Belanjawan PMC yang bertempat di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan.

Bengkel ini dilaksanakan sebagai platform strategik bagi memperkukuh perancangan organisasi, menyelaras hala tuju serta memastikan pencapaian KPI dan perancangan belanjawan PMC bagi tempoh setengah tahun adalah selaras dengan objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Diharapkan segala perancangan dan inisiatif yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan secara berkesan dan sistematik bagi menyokong objektif strategik PMC.

27 Julai 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. turut serta menjayakan Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri ...
14/08/2026

27 Julai 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. turut serta menjayakan Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) Negeri Pahang Peringkat Daerah Raub. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi menyantuni rakyat melalui pemberian bantuan dan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Pemberian sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif,
YH Dato’ Haji Ahmad Rizal Bin Ali @ Jaafar.

23 Julai 2026 – Sebagai tanda penghargaan, Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah menyampaikan cenderamata kepa...
14/08/2026

23 Julai 2026 – Sebagai tanda penghargaan, Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah menyampaikan cenderamata kepada pelajar praktikal yang telah berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya iaitu saudari Puteri Nur Aina Alessya Binti Khairul Nizam. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang tempoh latihan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam perjalanan kerjaya mereka pada masa hadapan.

17 Julai 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembanguna...
14/08/2026

17 Julai 2026 – Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diwakili oleh Tuan Omar Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Gaya Hidup dan Sains Hayat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tuan Syed Sahibulbahri Bin Syed Abdul Hamid, Pesuruhjaya Perdagangan (Trade Commissioner) MATRADE Mexico dan Tenaga serta pegawai yang terlibat. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan baik antara pihak MATRADE dan PMC dalam pelbagai urusan terutama perkongsian maklumat.

Semoga sesi kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala serta memacu sinergi yang lebih kukuh antara PMC dan MATRADE.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdul...
30/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sempena Memuliakan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Dirgahayu Tuanku.

Sembah Takzim Daripada :
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan serta Seluruh Warga Kerja Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. (PMC)

27 Jun 2026 - Warga kerja Pahang Mining Corporation (PMC) telah menerima jemputan daripada Jabatan Perhutanan Pahang  ba...
06/07/2026

27 Jun 2026 - Warga kerja Pahang Mining Corporation (PMC) telah menerima jemputan daripada Jabatan Perhutanan Pahang bagi program Denai Pelindung Trail Run 2.0 yang bertempat di Dataran Denai Terutum, Teluk Cempedak .Program ini bertujuan mendekatkan peserta dengan keindahan serta kepelbagaian ekosistem hutan di Bukit Pelindung dan Teluk Cempedak, Kuantan, selain mempromosikan (eko-pelancongan) di negeri Pahang . Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang diatas kesudian menjemput pihak PMC untuk menyertai program tersebut.

Address

B8004, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek
Kuantan
25250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095316169

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share

Category