19/01/2026
✨ LAWATAN RASMI & PENCAPAIAN LUAR BIASA DI SPK GEDONG ✨
📍 15 Januari 2026 | SPK Gedong
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak, telah mengadakan lawatan rasmi ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Gedong, menyaksikan sendiri kejayaan pelaksanaan teknologi pembinaan moden di tapak projek.
Dalam majlis bersejarah ini, CIDB Malaysia telah memberikan Pengiktirafan IBS atas pencapaian luar biasa LCDA CTR Technology Sdn Bhd yang berjaya menyiapkan 5 unit rumah banglo dua tingkat dalam tempoh hanya 27 hari, dengan Skor IBS 92.96% — skor IBS tertinggi di Sarawak setakat ini 🚀🏡
Pencapaian ini membuktikan bahawa teknologi IBS mampu merevolusikan pembinaan perumahan—lebih pantas, berkualiti tinggi dan mampan, selari dengan aspirasi pembangunan Sarawak dan negara.