TNB Janamanjung Sdn. Bhd.

Call Website Contact the business

TNB Janamanjung Sdn. Bhd. Be happy. Let's be happy!

PERLAWANAN PERSAHABATAN PING PONG TNBR VS TNBJ16 Oktober 2026 | Jumaat - Satu perlawanan persahabatan ping pong antara T...
17/10/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN PING PONG TNBR VS TNBJ

16 Oktober 2026 | Jumaat - Satu perlawanan persahabatan ping pong antara TNBR dan TNB Janamanjung (TNBJ) telah berlangsung di ETAC TNBR sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kesukanan antara kedua-dua pihak.

Perlawanan ini turut menjadi medium untuk memupuk semangat kerjasama, membina hubungan yang lebih erat serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja.

Semoga penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan bagi menyemarakkan budaya sukan dan mengukuhkan hubungan antara warga TNBR dan TNBJ.

Bersukan Memperkukuh Silaturahim, Bersama Membina Kecemerlangan!

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman





BENGKEL KAJIAN SEMULA PRESTASI DEMURRAGE TNBJ 202615 Oktober 2026 | Khamis - Sokongan Teknikal Stesen Janakuasa Sultan A...
16/10/2026

BENGKEL KAJIAN SEMULA PRESTASI DEMURRAGE TNBJ 2026

15 Oktober 2026 | Khamis - Sokongan Teknikal Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Manjung telah menganjurkan Bengkel Kajian Semula Prestasi Demurrage TNB Janamanjung (TNBJ) 2026 bagi menilai dan menganalisis prestasi demurrage stesen sepanjang tahun 2026.

Bengkel ini turut menjadi platform perbincangan dan perkongsian idea antara pihak berkepentingan dalam mengenal pasti inisiatif serta pendekatan baharu bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses penghantaran arang batu pada masa hadapan.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan TNB Janamanjung, Ir. Ts. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, bersama wakil daripada TNB Genco, Lumut Port dan Intergrax Sdn. Bhd.

Pelbagai cadangan, idea dan inisiatif baharu telah dibincangkan secara konstruktif bagi memperkukuh kerjasama strategik serta menambah baik pengurusan penghantaran arang batu dan prestasi demurrage TNBJ.

Diharapkan bengkel ini dapat menghasilkan langkah penambahbaikan yang berkesan ke arah pengurusan arang batu yang lebih cekap, sistematik dan berdaya saing, sekali gus menyokong kecemerlangan operasi stesen secara berterusan.

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman




Safe Tools Operating Program (STOP) pada minggu ni diteruskan lagi. Taklimat STOP pada hari ini diteruskan lagi dengan p...
14/10/2026

Safe Tools Operating Program (STOP) pada minggu ni diteruskan lagi. Taklimat STOP pada hari ini diteruskan lagi dengan perkongsian daripada Facility Management (FM). Perkongsian pada harini ini adalah berkaitan cara selamat melakukan elektrofusion pada HDPE pipe. Cara selamat pengoperasian mesin tersebut turut dikongsikan serta PPE berkaitan yang perlu digunakan semasa kerja-kerja tersebut dilakukan.

Turu sama hadir pada STOP pada kali ini adalah Ketua (TSS) En. Azhiimi dan Puan Nor Khir Azua serta Pengurus Kanan OSH. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada sesi pada kali ini. Sehingga bertemu lagi pada sesi STOP akan datang.


LAWATAN TEKNIKAL AHLI LEMBAGA PENGARAH TNB GENCO KE SJSAS, RGT3 DAN LBT12 Oktober 2026 | Isnin – Ahli Lembaga Pengarah T...
13/10/2026

LAWATAN TEKNIKAL AHLI LEMBAGA PENGARAH TNB GENCO KE SJSAS, RGT3 DAN LBT

12 Oktober 2026 | Isnin – Ahli Lembaga Pengarah TNB Genco telah mengadakan lawatan teknikal ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), tapak RGT3 dan Lekir Bulk Terminal (LBT) bagi meninjau operasi serta mendapatkan pemahaman menyeluruh mengenai prestasi aset, kecekapan operasi dan perancangan strategik bagi menyokong keperluan tenaga pada masa hadapan. Lawatan di SJSAS dimulakan dengan Taklimat Keselamatan TNB Janamanjung, diikuti ucapan aluan oleh Pengarah Urusan SJSAS, Ir. Ts. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar.

Delegasi turut mengikuti SJSAS Performance Sharing Session, yang memfokuskan perkongsian prestasi loji dan unit penjanaan M1, M2, M3, M4 dan M5, merangkumi aspek operasi, keselamatan, sumber manusia, demurrage dan kewangan. Sesi ini menyediakan platform untuk menilai pencapaian semasa, membincangkan cabaran operasi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan secara berterusan.

Lawatan teknikal diteruskan ke Bilik Kawalan Pusat (CCR) Unit M5, kemudahan Floating Solar dan kawasan loji bagi memberikan gambaran lebih dekat mengenai pengurusan operasi, penggunaan teknologi serta inisiatif berkaitan penjanaan tenaga di SJSAS.

Sementara itu, lawatan ke tapak RGT3 dan LBT di sesi pagi memberi peluang kepada delegasi untuk meninjau perkembangan serta potensi pembangunan infrastruktur gas, khususnya dalam menyokong keselamatan bekalan bahan api dan keperluan penjanaan elektrik pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan TNB Genco dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kebolehpercayaan aset dan mengoptimumkan prestasi operasi. Pertukaran pandangan serta maklum balas yang diperoleh turut menjadi input penting dalam merangka langkah penambahbaikan dan memperkukuh kerjasama strategik antara TNB Genco, SJSAS dan Integrax.

Usaha ini selari dengan aspirasi untuk memacu kecemerlangan operasi, memperkukuh daya tahan organisasi dan menyokong pembangunan sektor tenaga yang mampan.

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman




PROGRAM RIDE 2 CARE 2026 EDISI KE-2 (MOTOSIKAL): MENYANTUNI ASNAF, MENYEMAI KEPRIHATINAN10 Oktober 2026 | Sabtu – Progra...
11/10/2026

PROGRAM RIDE 2 CARE 2026 EDISI KE-2 (MOTOSIKAL): MENYANTUNI ASNAF, MENYEMAI KEPRIHATINAN

10 Oktober 2026 | Sabtu – Program Ride 2 Care 2026 Edisi Ke-2 (Motosikal) bakal meneruskan usaha menyemai nilai keprihatinan dan kebersamaan menerusi aktiviti konvoi motosikal sambil menyantuni golongan asnaf di sekitar Perak.

Mengangkat tema “Bersama Menyantuni, Melangkah Lebih Jauh”, program ini melibatkan penyerahan kotak makanan kepada golongan asnaf di dua lokasi, iaitu PBJ Teluk Batik dan PBJ Selama, Pekan Selama.

Konvoi bermula dari PBJ Teluk Batik sebelum bergerak menuju ke Pekan Selama bagi meneruskan misi kebajikan. Selain penyerahan sumbangan, program turut menyediakan sesi bergambar sebagai kenangan bersama para peserta.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen dalam memupuk semangat kesukarelawanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyebarkan nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Program ini dianjurkan bersama Kelab Kilat Janamanjung, PKPI Janamanjung dan Pelitawanis TNB Janamanjung, dengan kerjasama KEM, selaras dengan semangat bahawa “Sedikit Bakti, Besar Maknanya.”

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman



BENGKEL MUMTAZ UPKK 202610 OKTOBER 2026 | Sabtu - Pelitawanis TNB Janamanjung dan PKPI Janamanjung telah menganjurkan Be...
10/10/2026

BENGKEL MUMTAZ UPKK 2026

10 OKTOBER 2026 | Sabtu - Pelitawanis TNB Janamanjung dan PKPI Janamanjung telah menganjurkan Bengkel Mumtaz UPKK 2026 bertemakan “Ilmu, Amal, Cemerlang” bagi membantu meningkatkan persediaan calon menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2026.

Program yang berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang di Dewan TNBJ1 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Ir. Ts. Hj. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, yang turut berkesempatan meluangkan masa bagi menyokong pelaksanaan program berteraskan pendidikan dan pembangunan generasi muda ini.

Bengkel ini terbuka kepada anak-anak berumur 11 tahun yang bakal menduduki peperiksaan UPKK 2026. Program menampilkan dua penceramah berpengalaman, iaitu Muhammad Hidayat bin Hashim, Jurulatih Utama Jawi Negeri Perak, dan Norwani binti Arif, Jurulatih Utama Adab Negeri Perak.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memperkukuh penguasaan ilmu, meningkatkan keyakinan serta membentuk sahsiah dan adab dalam kalangan peserta, sekali gus membantu mereka membuat persediaan yang lebih mantap bagi menghadapi peperiksaan UPKK 2026.

Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat kepada para peserta serta menyumbang kepada pembentukan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman

PKPI JANAMANJUNG ANJUR KELAS TAHSIN DAN TAFSIR AL-QURAN9 Oktober 2026 | Jumaat | 8.30 – 9.30 pagiPKPI Janamanjung mengan...
09/10/2026

PKPI JANAMANJUNG ANJUR KELAS TAHSIN DAN TAFSIR AL-QURAN

9 Oktober 2026 | Jumaat | 8.30 – 9.30 pagi
PKPI Janamanjung menganjurkan Kelas Tahsin dan Tafsir Al-Quran bertempat di Musolla Ta’addud Jumaat, Balai Islam SJSAS, dikendalikan oleh Ustaz Arif bin Shahidan.

Program ini terbuka kepada semua yang berminat sebagai usaha memperbaiki bacaan Al-Quran, mendalami ilmu agama serta meningkatkan penghayatan terhadap kalam Allah SWT.

“Dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil.” (Surah al-Muzzammil: 4)

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman



LAWATAN PETRONAS ENERGY & GAS TRADING (PEGT) KE SJSAS PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK8 OKTOBER 2026 | Khamis – Stesen Janaku...
08/10/2026

LAWATAN PETRONAS ENERGY & GAS TRADING (PEGT) KE SJSAS PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

8 OKTOBER 2026 | Khamis – Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), TNB Janamanjung, telah menerima kunjungan delegasi PETRONAS Energy & Gas Trading (PEGT), sebagai platform memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan perkongsian pengetahuan berkaitan operasi stesen janakuasa dan pengurusan rantaian bekalan arang batu.

Ketibaan delegasi disusuli dengan tayangan video keselamatan sebelum majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ir. Ts. Hj. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, Pengarah Urusan TNB Janamanjung, serta ucapan oleh Encik Hisham bin Maalout, Ketua Pegawai Eksekutif PEGT.

Program turut merangkumi sesi taklimat teknikal berkaitan operasi stesen oleh Encik Abdul Kadir Zailani bin Haidar, Engineer M4 – Operation & Reliability, serta taklimat Coal Handling oleh Encik Azhiimi bin Haji Zakaria, Head Technical Shared Service.

Bagi melengkapkan pengisian lawatan, delegasi PEGT turut dibawa meninjau kawasan Coal Stockyard dan Lekir Bulk Terminal bagi mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai aspek pengendalian arang batu serta operasi berkaitan rantaian bekalan bahan api.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan TNB Janamanjung dalam memupuk hubungan profesional, memperkukuh kerjasama antara organisasi serta menyokong kecemerlangan operasi melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman industri.

FOTO & LAPOR : Nur Hafizh Osman



STOP di GF1 7 Oktober 2026- Program dijalankan di Main Workshop GF1 dan taklimat disampaikan oleh wakil dari GF1 Mill Ma...
07/10/2026

STOP di GF1

7 Oktober 2026- Program dijalankan di Main Workshop GF1 dan taklimat disampaikan oleh wakil dari GF1 Mill Maintenance Section (MMS) dengan tajuk Cara Kerja Kimpalan Yang Selamat.

OSH- TNBJ turut memberi peringatan berkaitan keselamatan semasa kerja housekeeping dijalankan sempena M3 Plan Outage yang dijadualkan bermula pada 14 Oktober 2026. Turut diberi teguran adalah anggota kerja masih menggunakan kerusi yang rosak.

MEMACU KECEMERLANGAN INTEGRITI & PROFESIONALISME KEJURUTERAANTNB Janamanjung dengan jayanya telah menganjurkan Pilot Pro...
07/10/2026

MEMACU KECEMERLANGAN INTEGRITI & PROFESIONALISME KEJURUTERAAN

TNB Janamanjung dengan jayanya telah menganjurkan Pilot Program: Journey To Becoming A Professional Engineer pada 21-23 September 2026 yang lepas. Program rintis ini memfokuskan kepada pemerkasaan warga kerja teknikal dari Bahagian Manjung 12345, Technical Shared Services (TSS) dan Occupational Safety & Health (OSH).

Langkah ini merupakan komitmen berterusan TNB Janamanjung dalam melahirkan barisan Jurutera Profesional (Ir.) yang kompeten, beretika, dan bertaraf dunia.
Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan:
• Persediaan Pendaftaran: Melengkapkan jurutera dengan pengetahuan dan kemahiran dokumentasi kritikal.
• Piawaian BEM: Memperkukuh pemahaman terhadap keperluan standard Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
• Kecekapan Teras: Memantapkan aspek pengurusan kejuruteraan, komunikasi impak tinggi, dan etika profesional.
• Simulasi Temuduga: Membina keyakinan tinggi bagi menghadapi Temuduga Profesional (Professional Interview).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta! Semoga ilmu yang diperoleh menjadi batu lonjakan untuk meraih gelaran 'Ir.' tidak lama lagi. Bersama kita memacu masa depan tenaga negara!

#
#

Address

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, TNB Janamanjung Sdn. Bhd. , Jalan Semarak Api, Teluk Rubiah
Lumut
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

6056898000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TNB Janamanjung Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TNB Janamanjung Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share

Category