19/06/2025
Tahniah dan syabas diucapkan...
Jawatankuasa e-Pembelajaran PMK Raih Silver Award dalam RESPEx 2025
Melaka, 19 Jun – Jawatankuasa e-Pembelajaran Politeknik Melaka, yang diketuai oleh Pn. Siti Nur Farhana binti Abdul Aziz selaku Pegawai e-Pembelajaran telah berjaya merangkul Silver Award dalam pertandingan 9th Regional Educators and Students Product Exhibition (RESPEx) 2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Pencapaian tersebut diperoleh melalui inovasi bertajuk “Transformasi Digital Pengurusan Jawatankuasa e-Pembelajaran melalui Pembangunan Laman Portal Interaktif”, yang bertujuan memperkasa pengurusan e-Pembelajaran di institusi melalui pendigitalan sistem pengurusan, repositori bahan pembelajaran digital, sistem tempahan bilik TECC, dan aduan kerosakan – kesemuanya dibangunkan secara sistematik menggunakan platform Google Sites.
Inovasi ini telah memberi impak signifikan dalam memperkemas penyampaian maklumat dan komunikasi dalaman, serta memudahkan akses kepada bahan pengajaran dan pertandingan eDOLA bagi pensyarah dan pelajar.
RESPEx 2025 merupakan platform pameran inovasi tahunan anjuran bersama Politeknik Negeri Medan, Indonesia dan dianjurkan bersama oleh Politeknik Port Dickson (PPD), Malaysia dengan kerjasama Pusat Penyelidikan & Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Malaysia. Pertandingan ini menghimpunkan penyertaan para pendidik dan pelajar dari seluruh rantau untuk berkongsi serta mendapat pengiktirafan atas ciptaan hebat dan kreatif mereka dan menawarkan peluang menarik untuk ciptaan itu dipamerkan kepada industri tempatan dan antarabangsa.
Kejayaan ini membuktikan komitmen warga Politeknik Melaka dalam mendukung agenda digitalisasi pendidikan dan inovasi pengurusan akademik yang lebih mampan dan efisien.
Syabas tahniah diucapkan!