02/11/2026
Kelantan teliti pelaburan strategik TBSB, Petronas lihat potensi hab gas dan petroleum
Kerajaan Negeri Kelantan sedang meneliti potensi pelaburan dan kerjasama strategik dengan Tok Bali Supply Base (TBSB) bagi memperluas peranan pelabuhan berkenaan sebagai pemacu pembangunan industri maritim, gas dan petroleum di Tok Bali.
Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha itu turut melibatkan perbincangan dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang melihat TBSB berpotensi menjadi pelabuhan penting dalam pembangunan industri gas dan petroleum pada masa hadapan.
Menurutnya, kerajaan negeri berhasrat memperkasa pelaburan dalam TBSB menerusi Kelantan Ventures, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di samping meneroka peluang kerjasama yang mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Sememangnya menjadi hasrat kerajaan negeri agar pelaburan kerajaan negeri, khususnya melalui anak syarikatnya dalam Tok Bali Supply Base (TBSB), terus diperkasakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Semerak YB Norsham Sulaiman pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke-15 Tahun 2026, di sini, hari ini.
*Baca berita penuh di Portal Info Rakyat Kelantan:*
https://go.kelantan.gov.my/ZS5XV