06/08/2026
RADVISION ENGINEERING SDN BHD ialah sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang pakar dalam reka bentuk, pembinaan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem pembentungan.
Sejak penubuhannya pada 10/2012, syarikat ini telah terlibat secara aktif dalam pelbagai projek infrastruktur pembetungan di seluruh negara, termasuk kerja-kerja paip pembentungan utama, sistem pam, loji rawatan kumbahan dan utiliti bawah tanah.
RADVISION ENGINEERING SDN BHD menyediakan penyelesaian menyeluruh (end-to-end solutions) merangkumi aspek kejuruteraan awam, mekanikal, dan elektrikal yang berkaitan dengan sistem pembetungan bandar dan perindustrian.
Dengan pasukan jurutera serta juruteknik kakitangan yang terlatih dan berpengalaman, setiap projek dijalankan mengikut piawaian pihak berkuasa tempatan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), serta garis panduan keselamatan dan alam sekitar yang ketat.
Dari peringkat reka bentuk hingga penyelenggaraan, RADVISION ENGINEERING SDN BHD sentiasa menekankan kualiti kerja, kecekapan operasi dan inovasi teknikal dalam memastikan keberkesanan sistem pembentungan yang mapan dan mesra alam.
Kepakaran teknikal syarikat meliputi:
• Reka bentuk dan pemasangan paip pembentungan bawah tanah (gravity sewer & force main)
• Sistem pam efluen dan tangki takungan
• Pembinaan struktur konkrit bagi kemudahan rawatan kumbahan
• Penyelenggaraan sistem pembetungan sedia ada mengikut standard kebangsaan
Sebagai pemegang rekod prestasi kerja yang kukuh dan komitmen terhadap kualiti serta pematuhan piawaian, RADVISION ENGINEERING SDN BHD terus berperanan sebagai rakan strategik dalam membangunkan sistem pembetungan moden dan mampan untuk komuniti bandar serta industri di Malaysia.
Radvision Engineering Sdn Bhd bangga kembali sebagai penaja utama Selama Ultra 2027 untuk kali keempat berturut-turut.
Bersama kita teruskan semangat kesukanan dan kejayaan acara ini.
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan bangganya untuk Selama Ultra 2027, ingin kami memperkenalkan ambassador di bawah Radvision Engineering Sdn Bhd bagi wakil kategori 85km, Amirul & Shi