26/08/2026
Tazkirah Jumaat🍃
Ibu Bapa Ihsan
8 RabiulAwal 1448H | 21 Ogos 2026
📌 Quran 6:151
Allah menyenaraikan beberapa perkara yang diharamkan:
1. Jangan syirik kepada Allah.
2. Kepada ibu bapa Ihsanan! (yang terbaik!)
3. Jangan bunuh anak.
4. Jangan dekati perkara jijik.
5. Jangan bunuh manusia tanpa hak.
📌 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐈𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤?
Allah tidak hanya menyebut larangan seperti “jangan tengking”, “jangan sakiti” atau “jangan derhaka” kepada ibu bapa.
Sebaliknya, Allah terus memberikan arahan:
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Dan kepada kedua ibu bapa yang terbaik!”
Maksudnya, sekadar tidak berbuat jahat kepada ibu bapa belum cukup. Kita perlu melakukan yang terbaik kepada mereka.
Allah tidak menetapkan “yang terbaik” kepada satu tindakan tertentu. Ia boleh dalam percakapan, perbuatan dan mengikut keadaan ibu bapa.
📌 𝐖𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Allah berfirman:
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
“Itulah yang Allah wasiatkan kepada kamu supaya kamu berfikir.”
“Wasiat” ialah pesanan penting yang perlu dipegang dan dijaga.
Allah juga menyuruh kita berfikir bukan sekadar membaca ayat Quran, tetapi perhatikan susunan ayat, fikir kenapa Allah memilih sesuatu perkataan dan cuba memahami wasiat-Nya.
📌 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧
Dengan ibu bapa, jangan puas hati hanya kerana tidak derhaka atau tidak menyakiti mereka.
Allah meletakkan benchmark yang lebih tinggi:
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
“Ibu bapa yang terbaik!”