30/08/2023
Berapa Anggaran Harga Aircond Yang Bagus Di Malaysia?
Harga yang bagus untuk aircond di Malaysia bergantung kepada jenis, jenama, ciri-ciri, fungsi dan saiznya.
You gais boleh guna ni sebagai panduan:
Harga untuk Aircond inverter 1.0HP adalah sekitar RM1,000
Harga untuk 1.5HP ialah sekitar RM1,400, dan untuk 2.0HP ialah sekitar RM1,800.
Anda juga boleh mencari anggaran harga Aircond non-inverter yang berpatutan, dengan harga 1.0HP sekitar RM650, 1.5HP sekitar RM800, dan 2.0HP sekitar RM1,000. Non-inverter sememangnya budget-friendly. Ngam kalau jarang pakai or pakai malam je.
Okay, dah tau roughly anggaran berapa. Now what?
Terdapat p**a 6 perkara yang perlu anda ambil kira apabila tengah survey atau selepas pasang. Anda perlu tahu tentang;
- Cari fungsi aircond yang terkini seperti mempunyai sleep mode, quite mode atau turbo mode.
- Pilih aircond inverter yang tersedia dengan sistem jimat elektrik dan gas.
- Pastikan aircond yang dibeli mempunyai jaminan untuk motor (luar) dan unit (dalam) sekurang-kurang 2 tahun hingga 5 tahun.
- Tukar penapis udara dengan kerap, sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan untuk kebersihan udara.
- Pastikan anda melakukan penyelenggaraan penghawa dingin setiap tahun bagi mengelakkan masalah besar yang akan melebihi bajet anda.
- Beli penghawa dingin mengikut kemampuan bajet.
Kami share basic info ni kot-kot ada yang tengah survey-survey untuk upgrade / tukar yang sedia ada dirumah ataupun yang baru beli rumah atau nak pasang dekat office baru. 😉