19/06/2022
Harini admin nak kongsi tips memilih aircond di rumah 🤩🤩
Banyak sebenarnya tips bila nak pasang aircond ni, tapi admin nak jelas satu persatu barulah korang faham 🫣🫣🫣
Yang pertama, kita sebagai pengguna mesti anggarkan tempoh penggunaan aircond secara harian. Sekiranya guna aircond dengan kerap/lama, kami syorkan untuk memilih jenis inverter tetapi jika dalam masa singkat, boleh pilih non inverter 🤩🤩
Kedua, penggunaan wajib memastikan aircond yang dipilih mempunyai fungsi ionizer. Terutama sekiranya mempunyai alahan atau sensitif pada habuk dan kotoran.
3) Yang ketiga ialah mengenal pasti kedudukan ruang yang nak dipasang aircond. Sekiranya ruangan besar dan menghadap cahaya matahari, pengguna wajar memilih HP yang besar 🤩🤩
Sekarang dah faham belum? Atau main pilih sahaja aircond