Akademi Bateriku

Akademi Bateriku Empowering future of automotive...
Akademi Bateriku, a JPK & SLDN accredited PPA-PPT center, specializes in vehicle tech & customer service training.

With 1000+ BHero & 100+ BPreneur trained, we lead HEV & BEV programs, driving innovation in the industry. Akademi Bateriku ditubuhkan pada tahun2021, telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia melalui kokurikulum yang kami sediakan melaluli Kaedah Sistem Latihan Dual-Nasional(SLDN) dan pengiktirafan pengcapaian terdahulu(PPT). Akademi Bateriku didaftarkan dibawah

HRDCORP sebagai penyedia latihan. Akademi Bateriku akan menjalankan program Hybrid Electrical Vehicle(HEV) dan Battery Electrical Vehicle(BEV) untuk memenuhi keperluan indutri pada masa kini.

πŸŒ™ Memandu waktu malam perlukan lebih perhatian.Jangan biarkan perjalanan yang sepatutnya selamat bertukar menjadi risiko...
30/07/2026

πŸŒ™ Memandu waktu malam perlukan lebih perhatian.
Jangan biarkan perjalanan yang sepatutnya selamat bertukar menjadi risiko hanya kerana perkara yang boleh dielakkan.

βœ… Pastikan lampu berfungsi dengan baik
βœ… Gunakan low beam apabila perlu
βœ… Bersihkan cermin kenderaan
βœ… Pandu mengikut had laju
βœ… Berehat jika mengantuk
βœ… Pastikan petrol mencukupi sebelum memulakan perjalanan

Pandu dengan berhemah, pulang dengan selamat. πŸ’šπŸš—

29/07/2026

Bukan setakat belajar automotif, skill digital pun kena ada. πŸ“±πŸŽ€

Kali ini kami bersama pelajar ADTEC Tangkak untuk sesi Livehost & Affiliate Program. Banyak perkongsian dibuat tentang cara bercakap depan kamera, hasilkan content dan macam mana nak mula jana pendapatan melalui affiliate.

Nampak simple, tapi sebenarnya skill macam ni memang berguna untuk buka lebih banyak peluang pada masa depan.

Terima kasih ADTEC Tangkak atas sambutan yang diberikan. Memang sporting dan best sepanjang sesi berlangsung. πŸ’š

26/07/2026

Satu lagi langkah kolaborasi strategik dalam memperkukuh pembangunan bakat dan kemahiran automotif.

Akademi Bateriku telah mengadakan sesi Letter of Intent (LOI) bersama TVET MARA Jasin sebagai usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang latihan, pembangunan kemahiran dan pendedahan industri automotif kepada pelajar.

Selain sesi LOI, program ini turut disertakan dengan kelas Live Host dan Affiliate Program bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang baharu dalam industri automotif, khususnya dari aspek pemasaran digital, komunikasi produk, kandungan media sosial dan peluang pendapatan melalui platform e-dagang.

Melalui inisiatif ini, Akademi Bateriku komited untuk terus menyokong pembangunan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal automotif, tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan keperluan pemasaran dan perniagaan digital masa kini.

Terima kasih kepada pihak TVET MARA Jasin atas kepercayaan dan ruang kerjasama ini.

Semoga kolaborasi ini menjadi permulaan kepada lebih banyak peluang untuk pelajar, institusi dan industri automotif negara.

πŸš— MINAT BIDANG AUTOMOTIF TAPI TIADA PENGALAMAN?Jom sertai Kursus Asas Automotif anjuran Akademi Bateriku dan pelajari ke...
17/07/2026

πŸš— MINAT BIDANG AUTOMOTIF TAPI TIADA PENGALAMAN?

Jom sertai Kursus Asas Automotif anjuran Akademi Bateriku dan pelajari kemahiran asas yang diperlukan dalam industri automotif!

πŸ”§ Apa yang anda akan pelajari?
βœ… Pemeriksaan Bateri Kenderaan
βœ… Diagnostik Asas Kenderaan
βœ… Roadside Assistance
βœ… Penggunaan Peralatan & Perkakasan
βœ… Penyelenggaraan Preventif & Pemeriksaan Rutin

πŸ‘¨β€πŸŽ“ Siapa yang sesuai menyertai?
βœ” Lepasan Sekolah
βœ” Belia & Graduan TVET
βœ” Orang Awam
βœ” Car Sales Advisor
βœ” Terbuka kepada Lelaki & Wanita

πŸ“… Tarikh: 6/8/26 (Khamis) atau 8/8/26 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Lokasi: Akademi Bateriku
πŸ› Makan tengah hari disediakan
πŸ’° Yuran penyertaan serendah RM99 sahaja!
🏒 HRD Corp Claimable untuk majikan dan syarikat yang layak.

πŸ“Œ Tingkatkan kemahiran automotif anda atau latih kakitangan syarikat anda dengan program yang praktikal dan berfokus kepada keperluan industri semasa.

πŸ“ Daftar sekarang:
πŸ”—https://forms.gle/h3SFU49KmXcpAvmk6

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
πŸ“± Cik Suhaili: 019-334 7845
πŸ“± En Amir: 019-277 0635

29/06/2026

Akademi Bateriku dengan sukacitanya memeterai Letter of Intent (LOI) bersama ADTEC Tangkak sebagai langkah awal ke arah kerjasama strategik dalam pembangunan bakat dan kemahiran industri automotif.

Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh ekosistem TVET, khususnya dalam menyediakan laluan pembelajaran, latihan praktikal dan pendedahan industri yang lebih relevan kepada pelajar serta tenaga kerja masa hadapan.

Melalui kerjasama ini, Akademi Bateriku akan terus memainkan peranan dalam menyokong pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, seiring dengan keperluan industri automotif yang semakin berkembang.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ADTEC Tangkak atas kepercayaan, sokongan dan kesediaan untuk menjalin kerjasama ini.

Semoga majlis LOI ini menjadi permulaan kepada hubungan strategik yang memberi manfaat besar kepada pelajar, institusi dan industri automotif negara.

Sambutan Hari TVET Negara 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya, menghimpu...
09/06/2026

Sambutan Hari TVET Negara 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Dataran Putrajaya, menghimpunkan lebih setengah juta pengunjung dari seluruh negara.

Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan agenda TVET negara serta memperkenalkan pelbagai peluang pendidikan dan kerjaya berasaskan kemahiran kepada masyarakat.

Antara pengumuman penting yang diketengahkan termasuk pemerkasaan latihan dalam bidang berteknologi tinggi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Kriptologi, serta pelaksanaan Dana TVET 2.0 bernilai RM50 juta yang memberi fokus kepada bidang baharu seperti MRO, hidrogen dan maritim.

Akademi Bateriku berbangga dapat menjadi sebahagian daripada ekosistem TVET negara dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.



🌾✨ Gayu Guru Gerai Nyamai ✨🌾Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya di seluruh Malaysia, khu...
01/06/2026

🌾✨ Gayu Guru Gerai Nyamai ✨🌾

Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya di seluruh Malaysia, khususnya di Sarawak. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kejayaan yang berterusan kepada anda serta keluarga tercinta.

Di Akademi Bateriku, kami percaya bahawa ilmu, kemahiran dan usaha adalah kunci untuk membina masa depan yang lebih cerah. Semoga semangat perpaduan dan warisan budaya yang diraikan pada Hari Gawai terus menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Selamat Hari Gawai! πŸŒΎπŸŽ‰

πŸ‡²πŸ‡Ύ DIRGAHAYU TUANKU πŸ‡²πŸ‡ΎMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagi...
31/05/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ DIRGAHAYU TUANKU πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku.

Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Daulat Tuanku. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Mesyuarat bersama IKTBN Bachok melibatkan pelajar Sesi IV bagi penempatan latihan industri serta perbincangan Program Pe...
13/05/2026

Mesyuarat bersama IKTBN Bachok melibatkan pelajar Sesi IV bagi penempatan latihan industri serta perbincangan Program Pemeriksaan Kenderaan Percuma telah berjaya diadakan pada 13 Mei 2026.
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Address

Akademi Bateriku, No 15, Blok G, Jalan Saujana Indah, Seksyen U2, TTDI Jaya
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bateriku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Bateriku:

Shortcuts

Share