STEM in Me

Call Website

STEM in Me Preferred choice for A.I., Cyber Security, STEM, Robotic and Coding Education Solutions that include equipment and learning modules

We are an education solution provider for schools, teachers and students. Specialising in developing our own A.I. and Robotic system including the learning materials associated with the advanced technologies. We design, develop and produce our own A.I. system, STEM, robotic and innovation teaching modules for all age groups. We have trained and coached students from various level, kindergarten to University through out Malaysia. Our teaching modules are recognized by Ministry of Education Malaysia, industry partner such as UiTM, UM, other STEM Robotic NGOs.

HUMANOID - STAR dan ROOKIE LEGION. TAHNIAHH!! 🥳Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua atas sokongan. Penghargaan kh...
14/10/2026

HUMANOID - STAR dan ROOKIE LEGION. TAHNIAHH!! 🥳
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua atas sokongan. Penghargaan khas kepada pihak KPM yang memberi sokongan dan dorongan kepada kami.

Dengan berbekalkan modal dan kudrat yang tak seberapa (ingat dah tak boleh jalan pada awalnya), dapat juga kita sama2 jayakan program julung kali ini.

STATS:
- 1430 orang pelajar
- 289 orang guru
- 155 buah sekolah
- 14 buah negeri

Jumpa lagi tahun depan, kita gegarkan pentas HCC AI MAKERS 2027 🤖🦾

Rabu 7 Oktober 2026 - Pelancaran Portal My Cyber Hero. Sebuah platform pendidikan Keselamatan Siber disesuaikan untuk ka...
10/10/2026

Rabu 7 Oktober 2026 - Pelancaran Portal My Cyber Hero. Sebuah platform pendidikan Keselamatan Siber disesuaikan untuk kanak-kanak 7-17 tahun. Alhamdulillah.

Antara objektif utama portal yang disokong penuh oleh Agensi Keselamatan Siber (NACSA) ini adalah untuk menyediakan pengisian ilmu berkaitan keselamatan siber berbentuk gamifikasi yang boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana jua.

Portal ini masih diperingkat awal pelaksanaan, maka akan lebih banyak lagi kandungan-kandungan menarik yang akan dilancarkan mengikut fasa. Dengan pemantauan dari barisan pakar dari Asia Pacific University (APU) dan Blackberry CCoE, ketepatan fakta dan relevansi senario menjadi keutamaan.

Terima kasih di atas sokongan moral dari semua.

Setting up the stage for 2027 My Cyber Hero Activities.Alhamdulillah, terima kasih kepada semua rakan kerjasama dari NAC...
08/10/2026

Setting up the stage for 2027 My Cyber Hero Activities.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua rakan kerjasama dari NACSA, BlackBerry CCoE dan Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).

Satu lagi mandat yang wajib kami sandang untuk pembangunan kapisiti modal insan NEGARA.

Terima kasih atas doa dan kepercayaan semua.

MCT Hadir! PriPEX 2026 Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis pada 5-8 Okt. 2026.Terima kasih rakan² SSTP JPN Perlis ...
07/10/2026

MCT Hadir! PriPEX 2026 Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Perlis pada 5-8 Okt. 2026.

Terima kasih rakan² SSTP JPN Perlis yang tak pernah tak support kami. Memberi ruang dan membuka peluang sejak dari awal lagi.

Alhamdulillah, bengkel bertema *Merakyatkan Robotik: Pendidikan Bilik Darjah Inklusif dan Interaktif* dapat dilaksanakan dengan baik.

Merapatkan ukhuwah disamping tarbiah robotik dibooth MCT (corner lot terbaik 💪)

Terima kasih team SSTP JPNWPKL sudi menjemput kami untuk sesi bengkel AiRobotik. 🥳🥰
02/10/2026

Terima kasih team SSTP JPNWPKL sudi menjemput kami untuk sesi bengkel AiRobotik. 🥳🥰

23 Sept 2026 - SK Nyalas, Jasin Melaka. Terima kasih GB awesome yang sudi bekerjasama dengan pihak MCT. Tahniah Teknopen...
24/09/2026

23 Sept 2026 - SK Nyalas, Jasin Melaka. Terima kasih GB awesome yang sudi bekerjasama dengan pihak MCT. Tahniah Teknopenmelaka yang memberi dorongan, tak pernah tak hebat dalam merancang program digital sekolah.

Sesi bengkel dan mini pertandingan yang interaktif, menarik minat murid2 kepada coding dan robotik, seterusnya berkenalan dengan fizikal AI.
Semoga ilmu AI Robotik dapat dimanfaatkan. Calon² MYRC27 kategori AiRobotik ni... robot dah ada, teruskan asah bakat ya Cg² SK Nyalas... haaa jumpa di Arena nanti. 💪👌😎

📢 PENGUMUMAN RASMI: KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR HUMANOID CODING CHALLENGE (HCC) 2026: AGE OF AI MAKERAssalamualaikum WBT d...
21/09/2026

📢 PENGUMUMAN RASMI: KEPUTUSAN PERINGKAT AKHIR HUMANOID CODING CHALLENGE (HCC) 2026: AGE OF AI MAKER

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Setelah melalui persaingan yang amat sengit, mencabar, dan menguji kemahiran pengaturcaraan serta robotik humanoid, tirai Humanoid Coding Challenge (HCC) 2026 kini melabuhkan tirainya secara rasmi! 🤖⚡

Pihak penganjur, Micro Concept Tech Sdn Bhd ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang Humanoid Coding Challenge yang telah membuktikan kehebatan, ketahanan, dan kreativiti tinggi sepanjang pertandingan ini. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua guru pembimbing di atas dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi dengan cabaran pengaturcaraan robotik humanoid yang lebih hebat dan berprestij dalam siri Humanoid Coding Challenge yang akan datang.🤖💻⚡

Tahniah sekali lagi, terima kasih semua, dan syabas! 🚀✨

Mekaboy in Action @ WRF Asean Robotic Championship.Apabila sesuatu teknologi robotik yang baru diketengahkan, kita akan ...
19/09/2026

Mekaboy in Action @ WRF Asean Robotic Championship.

Apabila sesuatu teknologi robotik yang baru diketengahkan, kita akan rasa susahnya nak kawal, robot tak ikut cakap, tak konsisten, guru pun rasa susah apatah lagi murid. Masa awal intro AiRobotik dan Mekaboy inilah keluhan ... Ini biasa bagi kita sebenarnya. Perkara ini bukan wujud di dalam industri pendidikan sahaja, malah industri automotive, komputer, pembuatan dll akan ada cabaran awal, itulah proses pembelajaran dan perubahan yang perlu didakap. Kita tiada pilihan, kemajuan teknologi di dalam kehidupan tidak akan menunggu kita.

Alhamdulillah, lama kelamaan terbukti anak2 muda ini bila kita BERI ruang, peluang dan didik ... mereka boleh lakukan perkara yang kita rasa susah pada mulanya. Cliché ? ... tapi kita sering lupakan fakta ini.

10 Sept 2026 - Kerjasama MCT dan Lenovo Technology, merakyatkan robotik dan coding.Menjalankan bengkel mini bagi pelajar...
16/09/2026

10 Sept 2026 - Kerjasama MCT dan Lenovo Technology, merakyatkan robotik dan coding.

Menjalankan bengkel mini bagi pelajar2 yang sebelum ini kurang berpeluang mengenali asas robotik dan coding. Respon mereka - "Laa senang jee..", main² je siap". 😅😁
Yup itulah respon awal yg positif bagi memancing minat mereka ke arah pendidikan STEM dan TVET. Biar mereka seronok dulu.. hehehehe.

Terima kasih Lenovo Malaysia dan Lenovo Korea yang sudi meraikan pelajar2 di Kolej Vokasional.

📢 JEMPUTAN: FASA PERCUBAAN PORTAL MY CYBER HERO 2026 🛡️Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga,Pihak Micro Concept T...
07/09/2026

📢 JEMPUTAN: FASA PERCUBAAN PORTAL MY CYBER HERO 2026 🛡️

Salam Sejahtera kepada Ibu Bapa dan Penjaga,

Pihak Micro Concept Tech Sdn Bhd dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menjemput para pelajar untuk menyertai fasa ujian Portal Pendidikan Keselamatan Siber - My Cyber Hero.

Tindakan Ibu Bapa: Pendaftaran PERLU dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga bagi pihak anak jagaan.

Maklumat Penting:

1. Sasaran: Pelajar sekolah di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, dan WP Putrajaya sahaja.

2. Penyertaan: Secara sukarela sepenuhnya.

3. Tarikh Pendaftaran: 28 Ogos 2026 – 12 September 2026 (Terhad kepada 200 pendaftaran pertama).

4. Tempoh Fasa Percubaan: 14 September 2026 – 18 September 2026 (Dalam talian sepenuhnya).

5. Pengumuman Pemenang: 22 September 2026.

6. Sijil : Sijil penyertaan AKAN disediakan, tetapi TIADA markah PAJSK.

7. Majlis Pelancaran Rasmi: 5 Oktober 2026
Peserta dengan mata tertinggi berpeluang menerima Token Penghargaan. Penginapan & pengangkutan tidak disediakan.

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/8W8Lu56Qj5krzs8Z9

Pertanyaan: [email protected] | +60 11-5786 8163

Borang pendfataran peserta bagi Pilot Run Portal My Cyber Hero. Program ini terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dari KPM mahupun Swasta yang bersekolah di Lembah Klang (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) Program ini hanya terbuka kepada 200 penyertaan yang terawal Pen...

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601157549456

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when STEM in Me posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share