Residensi Sungai Udang

Residensi Sungai Udang Pengurusan rasmi Residensi Sungai Udang | Notis • Pengumuman • Maklumat Terkini • Hebahan Komuniti

IM Global Property Consultants Sdn Bhd appointed property management for Residensi Sungai Udang, Segambut.

🛒 MYDIN PROMOTION IS HERE! 🎉TIGA HARI SAHAJA!📅 14 – 16 OGOS 2026👀 DAH READY NAK SHOPPING? 👀Jom rebut PROMOSI ISTIMEWA MY...
14/08/2026

🛒 MYDIN PROMOTION IS HERE! 🎉

TIGA HARI SAHAJA!
📅 14 – 16 OGOS 2026

👀 DAH READY NAK SHOPPING? 👀

Jom rebut PROMOSI ISTIMEWA MYDIN sempena hujung minggu ini! 🛍️✨

📅 14 – 16 OGOS 2026
📆 JUMAAT • SABTU • AHAD

Pelbagai tawaran menarik & harga istimewa menanti anda! 🤩

🔥 Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barangan pilihan anda pada harga lebih berbaloi!

👨‍👩‍👧‍👦Sesuai untuk shopping bersama keluarga
🛒 Lengkapkan keperluan rumah
💰 Lebih jimat, lebih berbaloi!

📍 Mydin, Residensi Sungai Udang

Jom Shopping! 🛒

🕌Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Solat Hajat Residensi Sungai Udang🕌Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwa...
14/08/2026

🕌Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Arwah & Solat Hajat Residensi Sungai Udang🕌

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah & Solat Hajat telah selesai dengan jayanya semalam di Residensi Sungai Udang. 🤲🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk yang telah hadir serta bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala bacaan, doa dan amal ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta disampaikan pahalanya kepada arwah yang telah pergi.

Semoga majlis seperti ini dapat terus mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti Residensi Sungai Udang.

Terima kasih atas semangat kebersamaan dan keprihatinan warga Residensi Sungai Udang dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.

⚽🍔 Program Santai Komuniti – Tayangan Akhir World CupPenduduk Residensi Sungai Udang telah bersama-sama memeriahkan Prog...
21/07/2026

⚽🍔 Program Santai Komuniti – Tayangan Akhir World Cup

Penduduk Residensi Sungai Udang telah bersama-sama memeriahkan Program Santai Komuniti sempena tayangan perlawanan akhir World Cup.

Suasana menjadi lebih meriah dengan agihan 100 biji burger hasil infaq kepada para penduduk yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penduduk yang bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat komuniti yang harmoni. 🤝✨

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah Residensi Sungai UdangPihak pengurusan Residensi Sungai Udang ingin merakamkan pengh...
10/07/2026

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah Residensi Sungai Udang

Pihak pengurusan Residensi Sungai Udang ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penduduk yang telah bersama-sama menjayakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah yang telah diadakan semalam.

Semoga segala amal kebaikan dan doa yang dipanjatkan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta menjadi asbab rahmat dan keampunan buat arwah yang telah pergi.

Terima kasih atas semangat kebersamaan dan keprihatinan warga Residensi Sungai Udang dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.

Semoga usaha murni seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura 🤲Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, terima kasih kepada Ahli Jawatankua...
04/07/2026

Gotong-Royong Penyediaan Bubur Asyura 🤲

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Interim Surau serta semua penduduk yang terlibat kerana telah berganding bahu menjayakan Program Bubur Asyura.

Pihak pengurusan amat menghargai semangat kerjasama dan ukhuwah yang ditunjukkan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini menjadi permulaan kepada lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang dapat menyatukan komuniti Residensi Sungai Udang.

Insya-Allah, pada masa akan datang program ini dapat dilaksanakan dengan lebih besar, lebih meriah dan mendapat penyertaan yang lebih meluas daripada seluruh warga Residensi Sungai Udang.Semoga segala amal kebaikan diterima dan diberkati Allah SWT.

📢 SELAMAT DATANG KEPADA PENGURUSAN BAHARU RESIDENSI SUNGAI UDANGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dengan sukacitanya d...
30/06/2026

📢 SELAMAT DATANG KEPADA PENGURUSAN BAHARU RESIDENSI SUNGAI UDANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melantik DZ Angkasa Property Consultants Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengurusan baharu bagi Residensi Sungai Udang, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada komuniti Residensi Sungai Udang dan komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan yang profesional, cekap serta responsif demi memastikan persekitaran kediaman yang lebih selesa, bersih dan selamat untuk semua penduduk.

Kepercayaan dan kerjasama daripada seluruh warga Residensi Sungai Udang amat kami hargai. Semoga permulaan ini menjadi langkah ke arah sebuah komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.

Bersama Membina Komuniti Yang Harmoni, Selamat dan Sejahtera.

Terima kasih.

💈 *RAMBUT DAH PANJANG?*🪒 *JAMBANG DAH TAK TERURUS?*✂️ Perlukan servis potong rambut atau hair stylist yang kemas dan ber...
20/06/2026

💈 *RAMBUT DAH PANJANG?*
🪒 *JAMBANG DAH TAK TERURUS?*

✂️ Perlukan servis potong rambut atau hair stylist yang kemas dan bergaya?

🪮 Kami di *2 FAR EAST BARBER & SALOON* sedia membantu anda tampil lebih segak, kemas dan yakin dengan gaya rambut pilihan anda! 👨🏻🧔🏻‍♂️🧑🏻✂️

✨ Kenapa pilih kami?
✅ Servis mesra & selesa
✅ Kepuasan pelanggan diutamakan
✅ Harga berpatutan & mampu milik
✅ Barber berpengalaman & teliti

🕰️ *WAKTU OPERASI*
📅 Jumaat – Rabu
⏰ 12.00 Tenghari – 10.00 Malam
*TUTUP SETIAP HARI KHAMIS*

📍 Lokasi:
*G-23, Residensi Sungai Udang*
(*Berhadapan Mydin Mart*)

📲 Tempahan & pertanyaan:
WhatsApp sekarang 👉
www.wasap.my/60192132121/sayanakguntingrambutharinibro

💈 *2 FAR EAST BARBER & SALOON*
✂️ Kepuasan dan kekemasan anda keutamaan kami! 🫱🏻‍🫲🏼

🌟 TERIMA KASIH WARGA RESIDENSI SUNGAI UDANG 🌟Alhamdulillah, Majlis Ukhwah Penduduk & Pengurusan Bangunan yang berlangsun...
19/06/2026

🌟 TERIMA KASIH WARGA RESIDENSI SUNGAI UDANG 🌟

Alhamdulillah, Majlis Ukhwah Penduduk & Pengurusan Bangunan yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan meriah hasil kehadiran serta sokongan daripada warga penduduk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir, yang membawa juadah, yang membantu menjayakan majlis serta yang sentiasa memberikan kerjasama sepanjang tempoh kami berkhidmat di Residensi Sungai Udang.

Terus terang, amat sukar untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada komuniti yang selama ini bukan sekadar penduduk, tetapi sudah menjadi seperti sebuah keluarga. Banyak kenangan, pengalaman dan hubungan baik yang telah terjalin sepanjang perjalanan ini.

Walaupun kontrak pengurusan kami bakal berakhir pada 30 Jun 2026, kenangan bersama warga Residensi Sungai Udang akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal erat dan komuniti ini terus maju, harmoni serta diberkati.

❤️ Dari hati kami, terima kasih atas segala sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

“Jiran Sepakat, Komuniti Berkat.”

Ikhlas daripada,
IM Global Property Consultants Sdn. Bhd.

18/06/2026

Address

Residensi Sungai Udang
Sungai Udang
52000

Telephone

+60362430694

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Residensi Sungai Udang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Residensi Sungai Udang:

Shortcuts

Share