17/06/2021
[Rumah] SUBSALE VS UNDERCON
Tak tahu nak beli rumah yang mana satu ? rumah baru atau rumah 2nd hand ?
Rumah baru dengan reka bentuk moden dengan kos yang lebih rendah, atau rumah 2nd hand dengan kawasan hartanah yang telah matang ?
Jom kita teliti definisi rumah baru dan rumah subsale. Yang mana satu pilihan hati anda.
Jenis-jenis rumah yang ada di pasaran hari ini:
1. Rumah subsale:
Rumah subsale adalah rumah second hand dan sebelum anda telah ada tuannya.
Perkara penting yang anda perlu sediakan adalah tunai atau cash. Kebiasaannya ejen akan advise pembeli untuk sediakan 15% dari nilai hartanah tersebut.
Pecahannya:
• 10% deposit , 3.18% semasa booking (earnest deposit), baki 6.82% semasa tandatangan SPA.
• 5% : legal fees, stamp duty dan lain-lain
Contoh:-
harga rumah: RM100,000
15% x RM 100,000 = RM 15,000
TAPI kalau tiada tunai sebanyak itu?
Boleh rujuk dan minta pendapat daripada ejen hartanah yang berpengalaman untuk memudahkan urusan jual beli anda. Antara caranya adalah dengan pengeluaran duit di akaun 2 KWSP dan juga pinjaman tambahan termasuk dengan pelbagai insentif yang ditawarkan oleh kerajaan khusus buat pembeli rumah pertama. Tapi amatlah digalakkan pembeli untuk sediakan sekurang-kurangnya 5% daripada harga jualan.
Kelebihan rumah subsale:
• Rumah dah siap ( tiada risiko pemaju lari )
• Tiada tempoh menunggu untuk pembinaan
• Boleh terus masuk rumah setelah selesai pindah milik
• Boleh berunding untuk masuk awal (menyewa rumah pada pemilik asal dalam tempoh proses pindah milik)
• Boleh sewakan unit selepas selesai pindah milik
Memandangkan anda membeli rumah dengan tuan rumah sendiri dan bukan pemaju, anda mempunyai peluang untuk tawar menawar harga bergantung kepada kondisi rumah. Namun, ada kemungkinan anda perlu bersedia untuk kos lain seperti kos baik pulih & pengubahsuaian rumah. Jadi amat penting untuk anda periksa betul2 keadaan rumah tersebut sebelum membuat apa2 keputusan.
Untungnya beli rumah subsale ialah anda boleh menilai sendiri kawasan tersebut dari segi kejiranan, kemudahan yang tersedia, lokasi unit/ tempat kerja, public transport dan kawasan persekitaran. Berbeza dengan projek baru yang lebih tertumpu kepada pembangunan Kawasan baru. Tambahan, anda tidak perlu menunggu masa yang lama memandangkan rumah telah siap dibina.
2. Rumah undercon:
Rumah Under-construction adalah rumah yang baru nak dibina oleh pemaju, belum pernah diduduki dan ada tempoh menunggu sebelum rumah tersebut siap dibina.
Kos untuk memiliki rumah undercon jauh lebih rendah berbanding Subsale.
Kebiasaanya pemaju akan menawarkan beberapa rebat/ diskaun iaitu:
• Free legal fees
• Zero Deposit
• Cash back
• Rebate seperti diskaun bumi 10 %
• Booking serendah RM 200
• Pakej untuk hiasan dalam & kelengkapan rumah
• Diskaun pembeli terawal / diskaun bumiputera
• Ada waranti
Berbeza dengan rumah Subsale, rumah Undercon tidak perlu sediakan tunai sehingga 15%. Sebahagiannya hanya bayar booking dan submit loan. Anda boleh semak pakej-pakej yang ditawarkan pihak pemaju. Bayaran bulanan p**a bergantung kepada progress pembinaan sehingga rumah tersebut siap (progressive payment). Semasa proses pembelian boleh rujuk perjanjian dengan pihak pemaju dan juga bank.
Perkara yang anda perlu tahu adalah:
• Rumah tak boleh diduduki dalam tempoh pembinaan sehingga rumah siap (kebiasaannya 2-3 tahun)
• Jika banyak kemudahan yang ada dalam sesebuah projek itu, boleh jadi tinggi ‘maintenance fees’
• Risiko projek terbengkalai / pemaju lari
Oleh itu, penting untuk kita semak latarbelakang pemaju seperti track record dan kualiti pembangunan projek sebelum ini.
Namun begitu, kebiasaannya apabila rumah undercon siap, nilai harganya akan naik. Sesuai untuk mereka yang ingin menjual semula rumah tersebut.
Secara kesimp**annya, kedua-dua jenis rumah tersebut ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak kira untuk duduk sendiri atau pelaburan. Perkara yang paling penting adalah untuk kita kaji keadaan dan kekuatan kewangan untuk membeli rumah kerana ianya adalah pelaburan buat jangka masa panjang dan melibatkan jumlah kos yang besar.
Tapi kalau anda masih belum mampu tidak mengapa. Kerana penting untuk kita belajar & mahir dahulu ilmu hartanah dan proses membeli rumah.
Like & Share jika bermanfaat.
Credit Post : Info Hartanah & Kewangan