TNB CareLine

Website Contact the business

TNB CareLine Customer support: TNB CareLine 24/7 or email [email protected]
Tenaga Nasional Berhad [Registration No. 199001009294 (200866-W)] The TNB Careline Facebook Team!

TNB CareLine was established to provide ongoing customer service support and centralized engagement centre for TNB customers. We strive to build customer trust by providing quality service and excellent customer experience. We are always ready to serve you 24/7. Feel free to PM us for any enquiries. Alternatively, you may reach us via the following platforms:

1. Call 15454: Power breakdowns/ TNB streetlight issues or other TNB-related technical issues.
2. Call 1-300-88-5454: TNB bill and account related inquiries (8 am to 7 pm weekdays, 8 am to 5 pm weekend and public holiday)
3. Email: [email protected]
4. Twitter: (Direct Message)
5. Submit Feedback Form via myTNB portal or application. You may as well visit our website for more information. https://www.tnb.com.my


To keep it fun for everyone, here are some guidelines for our page:

• We strongly recommend NOT to publish any personal data on our Facebook wall. These include your electricity account details and also your personal details. If you need to send us these details, please ask us to contact you via a private message.

• Insults and obscenities are not accepted and will be deleted by our administrator.

• Commercial messages and personal advertisements are not welcome and will be removed. We look forward to reading your posts and receiving your likes!

Moh le kome ke PMK Kepayang! Meriah suasana di Program MADANI Kita (PMK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di ...
17/10/2026

Moh le kome ke PMK Kepayang!

Meriah suasana di Program MADANI Kita (PMK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Dewan Greentown, Kepayang, Ipoh hari ini.

Jom singgah ke reruai TNB! Nak faham bil elektrik, cari tips jimat tenaga atau tahu lebih lanjut tentang solusi tenaga bijak? Kami sedia bantu!

Ada persoalan? Jumpa kome di sini! 🙌

16/10/2026

MAKLUMAT TULAR MENGENAI GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK ADALAH PALSU

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menegaskan bahawa mesej tular yang mendakwa bekalan elektrik berkemungkinan mengalami gangguan semula dan kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa yang lama adalah tidak benar.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan bahawa bekalan elektrik di semua kawasan yang terjejas sekitar Johor Jaya telah pulih sepenuhnya pada jam 7.20 malam susulan insiden gangguan bekalan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk saluran rasmi TNB untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk hantaran rasmi Facebook TNB CareLine.

16/10/2026

BEKALAN ELEKTRIK DI KAWASAN TERJEJAS PULIH SEPENUHNYA

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa bekalan elektrik di semua kawasan yang terjejas susulan insiden gangguan bekalan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor, telah berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 7.20 malam.

Kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 6.44 petang bagi memastikan bekalan dapat disambung semula dengan selamat.

TNB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik.

16/10/2026

TNB DUKACITA ATAS KECEDERAAN DUA KAKITANGAN DALAM INSIDEN KEBAKARAN DI PMU KANGKAR TEBRAU

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dukacita memaklumkan bahawa dua kakitangan teknikal TNB telah mengalami kecederaan susulan insiden kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor.

Kedua-dua kakitangan berkenaan sedang dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pihak pengurusan TNB telah menghubungi keluarga masing-masing untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut dan akan memastikan mereka serta keluarga masing-masing mendapat sokongan sewajarnya.

Ingatan dan doa kami bersama mereka dan keluarga, dengan harapan agar kedua-duanya diberikan kesembuhan segera.

16/10/2026

KENYATAAN TNB BERHUBUNG KEBAKARAN DI PENCAWANG MASUK UTAMA KANGKAR TEBRAU, JOHOR

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor pada jam 6.03 petang tadi, yang telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya.

Pasukan teknikal TNB telah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna yang terjejas.

TNB memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna sepanjang proses pemulihan bekalan elektrik dilaksanakan.

Pelanggan yang dihargai,Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya, JohorPasukan te...
16/10/2026

Pelanggan yang dihargai,

Gangguan bekalan elektrik sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya, Johor

Pasukan teknikal kami sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.
Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali.

Tip Keselamatan: Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

Saksikan temu bual bersama Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bagi membincangka...
16/10/2026

Saksikan temu bual bersama Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bagi membincangkan topik:

⚡“Lebih Faham Bil, Lebih Bijak Urus Tenaga”

📆 Ahad | 18 Oktober 2026
⏰ 2.00 petang

📺 Saksikan secara langsung di TV3 atau strim melalui Tonton.

Menerusi Program Hari Bersama Pelanggan TNB di Masjid Mukim Teluk Renjuna, Tumpat, TNB berpeluang mendekati komuniti set...
16/10/2026

Menerusi Program Hari Bersama Pelanggan TNB di Masjid Mukim Teluk Renjuna, Tumpat, TNB berpeluang mendekati komuniti setempat sambil berkongsi maklumat mengenai penggunaan Smart Meter, amalan penjimatan tenaga elektrik dan keselamatan elektrik.

Turut disediakan ialah kaunter perkhidmatan bagi membantu memudahkan urusan pelanggan, termasuk permohonan Change of Tenancy (COT).

Perkongsian dan interaksi seperti ini membuka ruang untuk TNB lebih dekat dengan pelanggan serta membantu mereka mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan. Terima kasih, komuniti Tumpat! 🩵

Pelanggan yang dihargai,TNB akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kejanggalan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Tikam Bat...
14/10/2026

Pelanggan yang dihargai,

TNB akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan kejanggalan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Tikam Batu, Kedah.

Sehubungan itu, gangguan bekalan elektrik sementara akan berlaku bagi pemasangan dan penanggalan set janakuasa bergerak (Genset) seperti butiran berikut.

Sebarang kesulitan semasa kerja-kerja ini amat dikesali.

Address


Opening Hours

Monday 07:00 - 23:00
Tuesday 07:00 - 23:00
Wednesday 07:00 - 23:00
Thursday 07:00 - 23:00
Friday 07:00 - 23:00
Saturday 07:00 - 15:30
Sunday 07:00 - 15:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TNB CareLine posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TNB CareLine:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed engineering company?

Share