26/07/2026
Teo Kok Seong : Berita baik, landasan kereta api Gemas ke Mentakab telah siap dinaik taraf! 好消息!金马士至文德甲路段的铁路轨道,已经完成提升!
Projek ini pernah terbengkalai. Ia dimulakan pada Februari 2016 dengan tarikh siap asal 20 Februari 2019. Kontraktor asal gagal menyiapkannya dan kontrak ditamatkan. Selama bertahun-tahun, projek ini tergendala.
Kerajaan hari ini mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikannya. Projek diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, tender semula dilaksanakan, dan tapak diserahkan semula pada 8 November 2023. Projek bernilai RM41.7 juta itu akhirnya siap sepenuhnya pada 19 Jun 2026.
Apa yang tertangguh selama tujuh tahun, diselesaikan dalam tempoh dua tahun setengah. Ini bukti bahawa dengan kepimpinan yang komited, masalah lama boleh diselesaikan.
Pagi ini saya menghadiri lawatan kerja projek siap di Stesen Keretapi Bahau, disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Sdr Anthony Loke Siew F**k.
Yang paling menikmati manfaatnya adalah rakyat Bahau dan kawasan sekitarnya. Perkhidmatan kereta api yang lebih selamat, lebih cekap dan lebih selesa. Pergerakan rakyat dan barangan yang lebih lancar. Peluang ekonomi baharu di sepanjang jajaran landasan.
Pakej A ini sebahagian daripada usaha menaik taraf jajaran kereta api Pantai Timur dari Gemas ke Tumpat. Pakej A dan Pakej B kini telah siap. Pakej C masih dalam pelaksanaan.
Terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia, JKR Negeri Sembilan, RAC, KTMB dan kontraktor Asiakom.
这项工程曾经搁置。2016年2月动工,原定2019年2月20日竣工,但原承包商无法如期完成,合约最终被终止,工程停摆多年。
在交通部长陆兆福同志积极处理下,工程纳入第十二大马计划继续推行,重新公开招标后,于2023年11月8日重新移交工地。这项总值4170万令吉的工程,终于在2026年6月19日全面竣工。
拖了七年的工程,两年半内完成。这说明只要有决心,旧问题是可以解决的。
今早我出席在马口火车站举行的竣工视察,由交通部长陆兆福同志主持。
最直接受惠的是马口和周边地区的居民。铁路服务将更安全、更有效率、更舒适,人流与货流更加顺畅,沿线地区也会迎来新的经济机会。
A配套是东海岸铁路提升计划的一部分。整条路线从森美兰金马士通往吉兰丹Tumpat,分为三个配套。目前A配套和B配套已经竣工,C配套仍在施工中。
感谢马来西亚交通部、森美兰公共工程局、铁道资产公司、马来亚铁道公司,以及承包商Asiakom的努力与配合。