Revolution Construction & Engineering

Revolution Construction & Engineering Revolution Construction & Engineering

23/04/2023

Kami Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikan. Maaf Zahir & Batin dari kami RCE ๐Ÿ™๐Ÿฝ

04/02/2023
Alhamdullilah, terima kasih CIDB Malaysia atas pujian dan semangat yang diberikan kepada kami. Insyallah kami akan terus...
29/09/2022

Alhamdullilah, terima kasih CIDB Malaysia atas pujian dan semangat yang diberikan kepada kami. Insyallah kami akan terus memacu industri pembinaan dengan lebih gemilang . Usahawan kontraktor muda bumiputera malaysia ..

๐“๐ฎ๐ค๐š๐ง๐  ๐Š๐š๐ฒ๐ฎ ๐‰๐š๐๐ข ๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š
Khalid bin Saidullah, 28 tahun
Syarikat Revolution Construction Engineering
Kontraktor G2
Bidang pertukangan kayu merupakan bidang yang semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda. Namun bagi Khalid bin Saidullah, 28, bidang pertukangan kayu telah membuatkan dirinya tertarik menceburi industri pembinaan dan seterusnya membuka sebuah syarikat kontraktor.
"Sebelum membuka syarikat sendiri, saya bekerja dengan seorang tukang kayu yang pakar. Dia mengajar saya cara membaca drawing memotong kayu, memasang kabinet dan sebagainya,โ€ katanya yang pernah bekerja sebagai pengurus hotel selama lima tahun sebelum mencebur diri di dalam pembinaan.
โ€œSaya nampak ada peluang yang baik dalam bidang ini kerana setiap rumah pasti ada kerja kayu โ€“ kabinet dapur, almari dan pelbagai elemen rekaan dalaman berasaskan kayu,โ€ katanya.
Beliau tertarik dengan bidang pertukangan kayu ini kerana ia memberi margin keuntungan yang lebih tinggi dan tidak ramai golongan belia yang menceburinya.
Lebih menarik lagi, kerja-kerja kayu yang dilaksanakan boleh menjadi permulaan untuk beliau menceburi bidang-bidang lain seperti pemasangan jubin (tiling) dan kerja-kerja pemasangan partition.
Setakat ini, Khalid melaksanakan projek kecil-kecilan dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan beliau semakin bertambah.
๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
Bagi Khalid, bagi meneruskan kesinambungan bisnesnya, dua perkara yang paling penting adalah kualiti dan after sales service.
โ€œKita mesti mampu realisasikan impian mereka daripada design drawing sehinggalah ke finished product. Apabila kualiti kerja baik, klien puas hati dan mereka akan recommend kepada kawan-kawan.
โ€œSaya mesti kekalkan kualiti kekemasan untuk semua kerja-kerja saya. Saya akan beri waranti dan sentiasa menghubungi klien. Sekiranya klien berpuas hati dengan kerja kita, mereka akan syorkan kita kepada kawan-kawan lain. Bermula dengan projek kecil-kecilan seperti memasang kabinet dapur, saya akan ditawarkan projek memasang wardrobe dan kerja-kerja lain juga untuk klien yang sama.
โ€œSaya juga akan beritahu klien, jika ada masalah apa-apa pun walau bukan pasal kerja kayu, misalnya paip air, bagi tahu saya, saya boleh bantu. Macam saya kata, kerja kayu ini boleh membawa ke banyak kerja yang lain.โ€
Salah satu taktik pemasaran Khalid adalah memasang banner promosi di hadapan rumah yang sedang disiapkan, supaya jiran tetangga di kawasan tersebut juga boleh menghubungi kita sekiranya memerlukan perkhidmatan.
Setiap kali mendapat pelanggan baru, Khalid akan bertanya siapa yang syorkan perkhidmatan beliau. Beliau akan menelefon klien yang mengesyorkan beliau itu untuk mengucapkan terima kasih.
โ€œMenjaga hubungan yang baik seperti ini amat penting untuk mengembangkan peluang perniagaan kita,โ€ katanya.
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐€๐‚๐„
Khalid merupakan salah seorang peserta Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (ACE) yang dianjurkan oleh CIDB untuk meningkatkan kapasiti dan kapabiliti kontraktor-kontraktor generasi baru Bumiputera gred G1 dan G4. Program tersebut dibiayai Kementerian Kewangan.
โ€œSaya rasa amat bertuah terpilioh menyertai program ACE kerana ia membuka minda kontraktor Melayu Bumiputera supaya tidak menunggu sesuatu yang tidak pasti dan belajar bagaimana menjadi usahawan pembinaan yang lebih baik,โ€ katanya.
Menerusi Kursus yang disertai di dalam program ACE, beliau belajar membuat pemasaran secara atas talian menggunakan Google Ads dan juga media social.
โ€œDari Program ACE, saya belajar bahawa pemasaran adalah sangat penting bagi usahawan. Sebelum ini, kita tunggu orang panggil, tapi sebenarnya orang tak nampak pun kita. Jadi kita mesti tahu macam mana untuk keluar dari lingkaran kita sendiri dan tonjolkan diri serta perkhidmatan kita.โ€
Menurut Khalid, program ACE juga memberi peluang peserta meluaskan rangkaian kenalan di dalam bidang pembinaan. Para peserta boleh meneruskan hubungan baik dan boleh memanjangkan kerja-kerja yang didapati kelak.
โ€œMemang banyak benda baharu yang dapat belajar. Kadang-kadang saya rasa macam sudah cukup pandai, tapi bila masuk sini banyak belajar benda baharu yang saya belajar. Saya juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru dan dapat banyak idea baharu yang berbeza dan cara buat bisnes yang berbeza dari circle ini,โ€ katanya.
Beliau juga belajar bidang kemahiran lain menerusi Program ACE seperti pemasangan paip (plumbing), pemasangan penghawa dingin (aircond) dan belajar cara-cara membuat kiraan kos dan banyak lagi!
โ€œTidak ramai para belia yang berminat membuat kerja-kerja pembinaan seperti pertukangan kayu, aircond dan sebagainya. Lebih ramai yang s**a membuat kerja seperti Grab dan Food Panda. Akan tetapi, industry pembinaan ini mempunyai peluang yang luas untuk belia memiliki bisnes sendiri. Jadi bos!โ€
๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š
Apabila ditanya sama ada kontraktor Bumiputera akan gulung tikar sekiranya tidak diberi projek kerajaan, beliau menjelaskan bahawa kontraktor tidak sewajarnya bergantung hanya dengan projek kerajaan. Beliau sendiri banyak mendapat projek daripada klien swasta dan individu. Sekiranya berjaya mendapat projek kerajaan, ia dikira suatu bonus!
โ€œYang penting, kami kontraktor muda Bumiputera ini perlu ada network atau circle yang boleh saling membantu. Sekiranya ada diantara kami yang dapat projek kerajaan, maka bolehlah cari subkontraktor untuk membuat kerja-kerja kemahiran tertentu.
โ€œJadi dalam bisnes, janganlah focus sangat kepada satu benda sahaja. Ambillah peluang di mana sahaja. Bagi saya, saya banyak ambil kerja-kerja subkontraktor dan kecil. Sekurang-kurangnya dapatlah gaji dan boleh hidup.โ€
๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฆ๐ฎ๐๐š
Di dalam industri pembinaan, terdapat golongan yang berpendapat pendaftaran kontraktor untuk gred G1 untuk Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) perlu ditutup. Khalid mempunyai pandangan berbeza kerana padanya kontraktor generasi baharu perlulah bermula daripada gred G1.
โ€œBagi saya, tak wajarlah ia ditutup. Sebab kalau tutup, macam mana belia Bumiputera macam saya nak menceburi bisnes pembinaan kalau pendaftaran ditutup? Takkanlah nak masuk terus G2, G3, G4? Kenapa p**a mereka yang sudah melebihi 12 tahun di G1 tidak mahu naikkan taraf mereka sendiri?
Baginya, golongan belia Bumiputera wajar diberi peluang untuk menceburi industri pembinaan kerana merekalah yang akan membangunkan negara di masa akan datang.
โ€œSaya pun bermula dari G1, kemudian upgrade ke G2 baru-baru ini. Saya lihat, kontraktor G1 yang mempunyai SPKK memang mempunyai peluang kerja yang banyak, tetapi saingannya terlalu tinggi. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk naik ke G2. Ini kerana sebagai kontraktor G2, saya layak mendapatkan kerja kerajaan di seluruh Selangor. Jika G1, kerja-kerja kerajaan yang boleh ditawarkan terhad kepada satu daerah sahaja,โ€ jelasnya.
Beliau juga menggalakkan para kontraktor untuk terus meningkatkan kapasiti dan pencapaian masing-masing.
โ€œSekiranya kontraktor itu berada di dalam tahap G1, upgrade lah. Macam saya, setelah 5 tahun takkanlah saya nak terus di situ sahaja kan? Saya mesti terus upgrade ke G2, G3, G4 kerana industri ini sangat besar, skop dan budget peruntukkan pun sangat besar. Jadi sekiranya kita mempunyai gred pendaftaran yang lebih besar, potensi keuntungan bisnes kita sudah tentu lebih besar!โ€
๐‘๐ž๐ฌ๐ข๐ฉ๐ข ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง
Khalid percaya untuk berjaya di sebagai kontraktor, seseorang itu mestilah sentiasa menjaga perhubungan baik dengan sesiapa sahaja.
โ€œSekiranya pergi ke mana-mana, orang akan tanya kerja kita. Maka saya akan jawab saya kontraktor kerja-kerja kayu. Dari situ mereka akan ingat dan menghubungi saya sekiranya perlukan perkhidmatan saya,โ€ katanya.
Beliau juga sentiasa menjaga hubungan sesama kontraktor.
โ€œDi dalam circle kontraktor saya, tidak semua membuat kerja-kerja kayu. Mereka ada kemahiran sendiri, seperti membuat jalan, siling dan sebagainya. Jadi apabila saya masuk ke dalam circle itu, sesiapa yang perlukan kerja kayu, mereka akan cari saya dan sebaliknya sekiranya klien saya perlukan khidmat dalam pekaran mereka.โ€
Beliau juga tidak malu untuk belajar daripada para kontraktor yang lebih berpengalaman.
โ€œDari mula saya mulakan perniagaan, memang saya sudah ada kawan-kawan dalam industri. Ada yang sudah berumur, otai-otai. Mereka sanggup berkongsi pengetahuan dan juga peluang bisnes.โ€
Sebagai seorang yang baru bertapak, Khalid juga menggunakan strategi perkongsian bijak untuk bermula secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah.
โ€œDulu, kontraktor kayu mesti ada kilang kayu sendiri. Saya mulakan perniagaan saya melalui smart partnership dengan otai yang ada kilang dan pekerja sendiri. Mula-mula saya ambil kontrak kecil-kecilan dan kemudian menjadi lebih besar. Jadi kedua-dua pihak pun dapat keuntungan.โ€

-Tamat-
Untuk maklumat lanjut mengenai Program ACE, sila layari aceprogramme.my

WHY US.
21/09/2022

WHY US.

Terima kasih kerana terus support kami dan mempercayai hasil kerja kami di tapak projek. Kami menjaga etika syarikat dal...
14/09/2022

Terima kasih kerana terus support kami dan mempercayai hasil kerja kami di tapak projek. Kami menjaga etika syarikat dalam semua perlaksaan projek yang diberi tanggungjawab.

13/09/2022

Team kami semuanya adalah proffesional dalam bidang kerja mereka.

09/09/2022
09/09/2022
CIDB MALAYSIA AND M*F PROGRAMME,ACE 2022 ( Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs)
09/09/2022

CIDB MALAYSIA AND M*F PROGRAMME,
ACE 2022 ( Accelerator Programme For Construction Entrepreneurs)

Address

No 8A, Jalan Watan 8, Taman Seri Watan
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Revolution Construction & Engineering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Revolution Construction & Engineering:

Share