10/07/2024
MUHARRAM BULAN ALLAH
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللّهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah berpuasa pada bulan Allah, iaitu Muharram. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat di tengah malam.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1163)
1) Sandaran nama bulan itu kepada Allah adalah untuk mengagungkan dan menunjukkan kemuliaannya.
2) Menurut Ibn Rejab al-Hanbali, Rasulullah menyandarkan Muharram dengan panggilan bulan Allah ini menggambarkan kelebihan yang ada padanya termasuklah kelebihan berpuasa.
3) Bulan Muharram juga termasuk bulan haram, seperti sabda Rasulullah: "Waktu telah pun berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Setahun terdiri daripada 12 bulan. Pada 12 bulan itu terdapat empat bulan haram (bulan yang mulia). Tiga bulan haram yang berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, serta Rejab (yang sangat diagungkan oleh) kabilah Mudor, yang terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
4) Ketika menghuraikan ayat 36 dalam Surah al-Taubah, Ibn Abbas RA berkata: "Allah menjadikan dosa pada bulan-bulan haram ini lebih besar. Amalan soleh dan pahala juga lebih besar."
Semoga Allah membantu kita untuk meninggalkan segala dosa maksiat dan perbanyakkan amal soleh.
Infak untuk My 2.0:
Wakaf dan infak yang diperlukan bagi menghasilkan program TV dan Digital melalui wakaf media, wakaf tunai, profesionalisme, wakaf Al-Quran dan aset bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah.