10/08/2023
APAKAH ITU IBS?
-
IBS (Industrialize Building System) atau Sistem Bangunan Berindustri merupakan pembinaan rumah teknologi masa kini. IBS terdiri daripada gabungan bahan Superflate, Expended Polystrine dan Simen menjadikan Panel IBS lebih ringan, rumah menjadi kedap bunyi, sejuk dan tahan rintangan api (2 jam). Ketahanan dan keselamatan penggunaan IBS telah diuji dan diluluskan oleh CIDB, SIRIM dan Bomba.
-
-
IBS yang kami gunakan ialah Solid Lightweight Panel Wall. Saiz yang biasa kami gunakan ialah 2’x10’. Setiap Panel akan disambung dengan kukuh dan kemas untuk menjadi struktur dinding yang sempura.
-
-
TAKUT PROJEK TERBENGKALAI??
-
Pembinaan menggunakan IBS ternyata menjimatkan masa kerana IBS merupakan binaan rumah yang telah siap 40% di kilang sebelum dibawa ke tapak bina. Pemasangan IBS yang mudah dan cepat dengan hanya memerlukan 4 orang pekerja sahaja untuk berada di tapak bina.
-
-
Dalam sektor pembinaan, kelewatan dalam sesuatu projek kadang kala menjadi isu utama. Pembinaan yang mengambil tempoh yang lama menjadi cabaran utama kepada kontraktor kerana terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang yang kerap dan mendadak. Faktor inilah yang menyebabkan berlakunya projek-projek terbengkalai kerana kontraktor tidak lagi mampu menyerap kos-kos kenaikan harga barang. Projek yang terbengkalai menyebabkan pemilik rumah terpaksa mengeluarkan modal yang baru untuk meneruskan pembinaan yang terbengkalai. Jadi dengan penggunaan method IBS, masalah ini dapat diselesaikan.
-
-
JIMAT MASA??
-
Untuk rumah yang berkeluasaan 1200kps pemasangan panel untuk sebuah rumah akan siap dalam masa 2 minggu sahaja.
-
PENGGUNAAN TEKNOLOGI IBS YANG MAKIN MELUAS
-
-
Kami juga menyahut dasar kerajaan sekarang yang sedang rancak memperluaskan sistem IBS ini keseluruh sektor pembinaan diseluruh Malaysia. Pembinaan dalam sektor pembinaan bangunan kerajaan kini 50% menggunakan kaedah IBS.
Klik link untuk untuk kami bantu bina rumah anda atau pertanyaan lebih lanjut https://wa.me/60136901196?text=Rumah%20IBS