UKM-YSD Chair for Sustainability

UKM-YSD Chair for Sustainability To continue leading sustainability initiatives towards long term productivity and well being

Kursi Kelestarian UKM-YSD dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bin...
27/08/2026

Kursi Kelestarian UKM-YSD dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses (JKKP), Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM hari ini menganjurkan sebuah majlis yang bermakna dengan menghimpunkan tiga agenda utama dalam memperkukuh aspirasi kelestarian.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan dan Perasmian oleh Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, diikuti Penyampaian Biasiswa Kursi Kelestarian UKM-YSD kepada enam mahasiswa pascasiswazah cemerlang iaitu tiga penerima peringkat Sarjana dan tiga penerima PhD.

Majlis diteruskan dengan Pelancaran buku “Leading with Impact: The Art of Sustainability Leadership”, yang mengetengahkan kepimpinan sebagai pemacu perubahan dan impak kelestarian.

Turut berlangsung Syarahan Umum Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin bertajuk “Advokasi Kelestarian dalam Kerangka Al-Mizan”.

Seterusnya majlis disempurnakan dengan Ucapan Penutup oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, YBrs. Dr. Hajjah Yatela Zainal Abidin.

Tahniah kepada semua penerima biasiswa dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh tetamu serta rakan strategik yang bersama-sama menjayakan majlis ini.

26/08/2026

Majlis Syarahan Umum anjuran Kursi Kelestarian UKM-YSD, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM!
👤 Penceramah: YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin
(Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD)
📌 Tajuk: Advokasi Kelestarian Dalam Kerangka Al-Mizan
🗓️ Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9:15 pagi
📍 Lokasi: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori UKM

Pernah dengar tentang Al-Mizan?Secara ringkasnya, Al-Mizan (maksudnya "Keseimbangan") ialah Piagam Alam Sekitar Islam Gl...
11/08/2026

Pernah dengar tentang Al-Mizan?

Secara ringkasnya, Al-Mizan (maksudnya "Keseimbangan") ialah Piagam Alam Sekitar Islam Global yang menekankan tanggungjawab kita sebagai manusia dalam menjaga alam sekitar dan keseimbangan bumi.

Nak tahu bagaimana kerangka Al-Mizan ini boleh digunakan untuk advokasi kelestarian masa kini?

Jom sertai kami di Majlis Syarahan Umum anjuran Kursi Kelestarian UKM-YSD, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM!

👤 Penceramah: YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin
(Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD)

📌 Tajuk: Advokasi Kelestarian Dalam Kerangka Al-Mizan

🗓️ Tarikh: 26 Ogos 2026 (Rabu)

⏰ Masa: 9:15 pagi

📍 Lokasi: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori UKM

Penyertaan adalah percuma (Mengikut Kapasiti Dewan). Tempat di Bilik Majlis adalah terhad. Sila buat pendaftaran awal bagi mengesahkan kehadiran anda. UrusBakat disediakan kepada kakitangan UKM.

🔗 Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/MajlisSyarahanUmum

DARI ILMU KEPADA IMPAK: MEMPERKASA EKONOMI BIRU KOMUNITI KUALA KEDAHPada 9 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian...
10/08/2026

DARI ILMU KEPADA IMPAK: MEMPERKASA EKONOMI BIRU KOMUNITI KUALA KEDAH

Pada 9 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Pengering Kubah/Tunnel Solar UKM bagi projek “Peningkatan Skala Ekonomi Perusahaan Mikro Berasaskan Produk Ekonomi Biru Golongan B40 di Kuala Kedah dengan Menggunakan Teknologi Pengering Kubah/Tunnel Solar UKM.”

Projek penyelidikan KTP-MRUN-2025-002 ini dilaksanakan melalui Skim Geran Program Pemindahan Ilmu Malaysia Research University Network (KTP MRUN), Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai pembiaya dana dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pelaksana projek.

Projek ini merupakan hasil kolaborasi strategik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Kursi Kelestarian UKM-YSD, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan Negeri Kedah, Majlis Amanah Rakyat Negeri Kedah (MARA) serta Pejabat Daerah Kota Setar, bersama lima pengusaha mikro terpilih di Kuala Kedah dan komuniti tempatan.

Melalui teknologi solar dan pemindahan ilmu, para penyelidik UKM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fathin Faith Said telah berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing denganmemindahkan ilmu melalui projek ini membawa penyelesaian hijau terus kepada komuniti bagi meningkatkan kebersihan, kualiti dan produktiviti produk ikan kering, di samping memperkukuh kemahiran, pendapatan dan daya tahan ekonomi pengusaha mikro B40.

Lebih daripada sekadar sebuah teknologi, inisiatif ini membuktikan bahawa apabila universiti, kerajaan, industri, agensi dan komuniti berganding bahu, ilmu dapat diterjemahkan menjadi impak sebenar kepada masyarakat.

Thank you to everyone who joined our Sustainability Talk today! 🌿✨A huge thank you to the 100+ participants who joined u...
07/08/2026

Thank you to everyone who joined our Sustainability Talk today! 🌿✨

A huge thank you to the 100+ participants who joined us and brought so much energy and engaging discussion to the session. Driving real sustainability takes collective action, and we’re thrilled to see such a strong turnout!. We had a fantastic session with Ts. Dr. Muiz Murad, Chief Executive Officer of the Malaysia Steel Institute (MSI), diving into key practices and data for a more sustainable future. 🌍

Interested in learning more about the topic shared today? You can find more information directly on the MSI website:

👉 https://malaysiasteelinstitute.com/

Thank you all for being part of today's talk! 👋

Warga Kursi Kelestarian UKM-YSD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Farah Hanan Abu Hanafiah, Penolong Pegawai Sa...
30/07/2026

Warga Kursi Kelestarian UKM-YSD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Farah Hanan Abu Hanafiah, Penolong Pegawai Sains, Kursi Kelestarian UKM-YSD, atas kejayaan menerima penganugerahan Sijil Hak Cipta bagi buku Pocket Book untuk Biomass Compositional Analysis.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi dan kecemerlangan beliau dalam menghasilkan karya ilmiah yang berkualiti serta menyumbang kepada pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, mencetuskan lebih banyak inovasi serta mengukir kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

SUSTAINABILITY TALK SERIES 2/2026The UKM-YSD Chair for Sustainability, Faculty of Engineering and Built Environment, UKM...
27/07/2026

SUSTAINABILITY TALK SERIES 2/2026

The UKM-YSD Chair for Sustainability, Faculty of Engineering and Built Environment, UKM is pleased to invite you to join the Sustainability Talk Series 2/2026.

This session features Ts. Dr. Nurul Muiz Murad , Chief Executive Officer of the Malaysia Steel Institute (MSI), who will share insights on:

Title: Carbon Tax and the Steel Industry in Malaysia

📅 Date: 7 August 2026 (Friday)
🕙 Time: 10.00 a.m. – 11.30 a.m. (Malaysia Time, GMT+8)
📝 Registration:

https://bit.ly/REGSTALK22026

💻 Platform: Zoom

This webinar is free and open to all. An attendance form will be provided at the end of the session for UKM Urus Bakat and e-Certificate purposes.

We warmly encourage you to share this invitation with your colleagues, students, and professional networks.

Follow us for more updates:
🔗 Linktree: https://linktr.ee/ukmysdchair

Warga Kursi Kelestarian UKM-YSD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Mohamad Hanif Md. Saad, Ketua Bidan...
09/07/2026

Warga Kursi Kelestarian UKM-YSD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Dr. Mohamad Hanif Md. Saad, Ketua Bidang Tujahan IoT & Analitis Data, Kursi Kelestarian UKM-YSD, atas kenaikan pangkat sebagai Profesor Gred Khas C (VK7), berkuat kuasa pada 11 Jun 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan kelestarian.

Forum on Institutionalizing Sustainability Leadership in Malaysian Universities and Institutions2 July 2026 | FKAB, UKM....
07/07/2026

Forum on Institutionalizing Sustainability Leadership in Malaysian Universities and Institutions

2 July 2026 | FKAB, UKM.

The UKM–YSD Chair for Sustainability successfully organized the Forum on Institutionalizing Sustainability Leadership in Malaysian Universities and Institutions, bringing together academics, researchers, students, and representatives from external agencies to discuss strategies for embedding sustainability leadership across higher education institutions.

The forum was moderated by Assoc. Prof. Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar and featured an engaging panel discussion with:
• Prof. Sr. Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud (UKM)
• Assoc. Prof. LAr. Dr. Suhardi Maulan (UPM)
• Assoc. Prof. Dr. Jane Gew Lai Ti (Sunway University)

A total of 60 participants, comprising students, researchers, lecturers, and representatives from external agencies, took part in the forum. The session provided a valuable platform for sharing insights, exchanging ideas, and strengthening collaboration towards advancing sustainability leadership in Malaysian universities and institutions.

Together, we are shaping a more sustainable future through knowledge, collaboration, and leadership.

SUSTAINABILITY LEADERSHIP WORKSHOP1 July 2026 | Faculty Meeting Room, Academic Building, FKAB, UKMAlhamdulillah, the Sus...
06/07/2026

SUSTAINABILITY LEADERSHIP WORKSHOP
1 July 2026 | Faculty Meeting Room, Academic Building, FKAB, UKM

Alhamdulillah, the Sustainability Leadership Workshop was successfully held on 1 July 2026, bringing together 30 invited participants from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yayasan Sime Darby (YSD), SD Guthrie, MKJ Human Capital, and Angkasa.

The workshop featured distinguished academics and sustainability experts who shared their knowledge, experiences, and perspectives on sustainability leadership, innovation, planetary health, stakeholder engagement, and the Food–Water–Energy Security Nexus in strengthening efforts towards achieving the Sustainable Development Goals (SDGs).

Featured Speakers:

• Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin – Introduction to Sustainability Leadership
• Assoc. Prof. Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar – STEI and Sustainability
• Dr. Fong Chng Saun – The Planetary Health Imperative
• Assoc. Prof. Dr. Ng Boon Kwee – The Quadruple Helix Model and Stakeholder Engagement
• Assoc. Prof. Dr. Zeeda Fatimah Mohamad & the UMSDC Team – Food–Water–Energy Security Nexus

The UKM–YSD Chair for Sustainability extends its highest appreciation and sincere gratitude to all speakers, invited participants, and everyone who contributed to the successful implementation of this workshop.

May the knowledge, ideas, and experiences shared throughout the workshop serve as a catalyst for strengthening sustainability leadership practices, expanding strategic collaborations, and supporting the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs).

Thank you to everyone for your participation and continued support.

Address

Kursi Kelestarian UKM-YSD, Paras 1, Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60389216103

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UKM-YSD Chair for Sustainability posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UKM-YSD Chair for Sustainability:

Shortcuts

Share