26/10/2025
EP 36 : Material kabinet dapur. Buat body kabinet dapur, wardrobe, dan apa sahaja perabot custom ni.. ada dua sahaja kategori utama yang kita patut tahu. Satu kayu..dua aluminium.
Aluminium material yang makin meningkat naik sekarang..peten dan hasil buatan pun dah makin kreatif sekarang. Kelebihan utama dia.. kalis air dan kalis anai anai. Tapi saya tak nak sentuh sangat sebab bukan bidang saya.
Material kayu p**a..dia ada dua cabang iaitu penggunaan utama, dan kedua penggunaan sampingan. Yang utama ni maksudnya body utama, tak ada dia, tak wujud barang tu..manakala sampingan tu bahagian tertentu yang boleh kita ubah penggunaan material, bahan tak tetap..boleh ubah dia selagi menjadi.
Bahan utama ni ada dua yang paling pop**ar dipakai. Satu ialah solid blockboard, iaitu board solid kayu penuh siap (kayu lembut) yang biasanya akan di pair atau ditampal dengan HPL atau nama glamour dia fomica,fomaica yang mana akan bertindak sebagai kemasan kulit akhir. Ia jadi pilihan utama bagi pembuat kabinet yang bersasaran kecil dan sederhana (macam saya) kerana tidak memerlukan mesin yang canggih untuk operasikan material ini. Material ni kuat, ringan, tahan air (tapi bukan kalis air), tidak kalis anai anai, mudah dikendalikan, flexible untuk pelbagai kerja. Nak potong pun mudah, tak perlu pakai mesin canggih sangat pun dah ok. Untuk kaki DIY pun boleh guna, mudah.
Manakala yang kedua ialah melamine chipboard atau nama glamour dia melamine. Chip ialah habuk kayu dalam dia, melamine p**a ialah kulit dia..maka jadi lah nama penuh dia melamine chipboard. Menjadi pilihan utama bagi pembuat kabinet level besar dan advance...sebab dia lebih ekonomi, sesuai untuk mass production, boleh keluar proses pantas, cepat boleh jual. Perlukan mesin lebih advance sedikit atau lebih untuk potong dan kerat dia.
Sedikit berat berbanding blockboard, bukan semua tempat boleh disarankan pakai melamine, kurang baik sedikit berkenaan isu air. Permukaan dia datang dah siap dengan kulit (kulit melamine)..susah nak calar, dan padat dalamnya. Nak buat pintu kabinet, body tegak, sangat sesuai. Melamine terkini juga dikhabarkan ada kebolehan anti anai anai. Tapi saya tidak lah tahu sejauh mana p**a keberkesanan anti anai anai tu..
Namun begitu ada je pembuat kabinet tahap kecil sederhana yang fokus pada melamine, asalkan mereka ada mesin yang sesuai.
Manakala material sampingan ada pelbagai..plywood, hdf, mdf, acp, papan kayu, kayu sketing, foam, apa sahaja bergantung cara buatan tukang di tempat tersebut.
Mana yang lebih ok? Secara umum, semua ok sahaja cuma penjagaan kena ada. Kalau tak jaga..kabinet tiang emas pun boleh rosak. Nak lagi pasti..buat perbandingan dengan beberapa tempat buat kabinet...banyakkan bertanya... dan buat lah keputusan. Tak perlu nak percaya dengan saya seorang sahaja.
Gambar bawah ialah body kabinet solid blockboard. Semoga membantu.
Edit tambahan : Satu lagi material kayu yang pop**ar dan sebaris dengan solid blockboard ialah solid plywood. Kalau blockboard ialah block kayu yang di apit dengan plywood, maka solid wood p**a ialah lapisan beberapa keping plywood yang diapit bersama. Solid plywood ni ada sesetengah tempat panggil dia nama layer wood, ada panggil multiply / multiplywood. Kekuatan dan fungsi solid plywood hampir hampir sama sahaja dengan solid blockboard. Saiz ketebalan (setakat saya tahu) blockboard datang dengan tebal 15mm,18mm… solid plywood p**a 15m.