11/05/2026
Bismillahirahmanirahim.
Terlebih dahulu, kami di Kejuruteraan Ewan Sdn Bhd ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas penganugerahan sebagai Johan Anugerah Kontraktor Cemerlang bagi Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E).
Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), terutamanya kepada barisan Pengurusan Program, HOPT, HODT, serta Pegawai Penguasa CKM Pulau Pinang atas kepercayaan dan bimbingan sepanjang pelaksanaan projek di PPKK & ILKKM (Pergigian), Georgetown.
Pengiktirafan ini adalah hasil kerja keras, dedikasi, dan komitmen luar biasa seluruh warga kerja Kejuruteraan Ewan Sdn Bhd. Kami bertekad untuk terus mengekalkan mutu kerja yang berkualiti tinggi dan profesional demi memartabatkan industri kejuruteraan negara.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
π ANUGERAH KONTRAKTOR CEMERLANG
Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E)
π₯JOHAN - KEJURUTERAAN EWAN SDN BHD
Sekalung tahniah diucapkan kepada Kejuruteraan Ewan Sdn. Bhd. atas kejayaan merangkul Johan Anugerah Kontraktor Cemerlang Kategori Mekanikal & Elektrik (M&E) menerusi pelaksanaan:
π Naik Taraf Sistem Pendingin Hawa Berpusat dan Kerja Yang Berkaitan di Bangunan Tambahan PPKK & ILKKM (Pergigian), Georgetown, Pulau Pinang.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, mutu kerja berkualiti serta kecemerlangan pengurusan projek oleh seluruh pasukan yang terlibat.
Pengurus Program: Pengarah Kanan, CKM
Penolong Pengurus Program: Pengarah Khidmat Pakar, CKM
HOPT: JMPK, Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
HODT: JMK, Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran, CKM
Pegawai Penguasa: Ketua Jurutera Mekanikal Negeri, CKM Pulau Pinang
Wakil Pegawai Penguasa: Jurutera Mekanikal Kanan, CKM Pulau Pinang
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek serta majlis ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kejuruteraan negara πβ¨