KRT Tanjung Pagar 2025

KRT Tanjung Pagar 2025 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Tanjung Pagar 2025, Commercial & Industrial, Tanjung Pagar, Dungun.

02/05/2026Mesyuarat Agung KRT Tanjung Pagar
02/05/2026

02/05/2026
Mesyuarat Agung KRT Tanjung Pagar

26/04/2026

Sukaneka Air

24-25hb April 2026Program Sukaneka YB Cakna anjuran KRT Kg. Tanjung Pagar, JPKK Kg. Nibong & JPKK Kg. Padang Jambu Dungu...
26/04/2026

24-25hb April 2026
Program Sukaneka YB Cakna anjuran KRT Kg. Tanjung Pagar, JPKK Kg. Nibong & JPKK Kg. Padang Jambu Dungun

23hb April 2026Majlis Tahlil Perdana yang berlangsung pada malam tadi, 23 April 2026 bertempat di Surau Ashabul Kahfi, K...
23/04/2026

23hb April 2026

Majlis Tahlil Perdana yang berlangsung pada malam tadi, 23 April 2026 bertempat di Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong.

​Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih juga kepada para petugas, barisan kepimpinan KRT, JPKK, yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis dari awal hingga akhir.

​Semoga segala doa dan bacaan tahlil yang disedekahkan buat arwah ahli keluarga kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi saham akhirat buat kita semua. Insya-Allah.

11hb April 2026Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitfi KRT Tanjung Pagar & JPKK Kg. Nibong
23/04/2026

11hb April 2026

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitfi KRT Tanjung Pagar & JPKK Kg. Nibong

Assalamualaikum warga Kampung Nibong dan sekitarnya.​Sukacita kami menjemput muslimin dan muslimat sekalian untuk hadir ...
20/04/2026

Assalamualaikum warga Kampung Nibong dan sekitarnya.

​Sukacita kami menjemput muslimin dan muslimat sekalian untuk hadir ke majlis Tahlil Perdana yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
​📅 Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7.00 Malam
📍 Lokasi: Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong
​Bagi yang ingin mendaftarkan nama arwah untuk majlis tahlil ini, sila hubungi Pok Su di talian 019-9519738.

​Marilah kita sama-sama hadir bagi mengimarahkan surau dan mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah mendahului kita. Jumpa di sana!

11hb April 2026Warga Dungun, jom serbu Jualan Rahmah Madani Bergerak sekarang! 🛒✨​Banyak barangan keperluan asas seperti...
11/04/2026

11hb April 2026
Warga Dungun, jom serbu Jualan Rahmah Madani Bergerak sekarang! 🛒✨

​Banyak barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak dan pelbagai lagi dijual dengan harga yang sangat menjimatkan. Memang berbaloi untuk stok dapur hujung minggu ni.

​⏰ Masa: 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
📍 Tempat: Pekarangan Surau Ashabul kahfi, Jalan Nibong Bawah, Kampung Tanjung Pagar, Dungun

​Jangan lambat tau, nanti barang habis! Pakat datang ramai-ramai! 🏃‍♂️💨

13 March 2026Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pada Jumaat, 13 Mac 2026 yang lalu, wakil KRT Tanjung Pagar & JPKK K...
15/03/2026

13 March 2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pada Jumaat, 13 Mac 2026 yang lalu, wakil KRT Tanjung Pagar & JPKK Kampung Nibong telah menganjurkan Majlis Iftar & Tahlil Perdana yang bertempat di Surau Ashabul Kahfi, Kampung Nibong.

​Majlis dimulakan seawal jam 5.30 petang dengan bacaan Al-Quran, diikuti majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana. Suasana ukhuwah sangat terasa apabila tiba waktu berbuka puasa bersama seluruh kariah dan jemputan yang hadir.

​Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini. Semoga jalinan silaturahim antara KRT Tanjung Pagar dan JPKK Kampung Nibong terus erat demi keharmonian komuniti setempat.

12hb March 2026Alhamdulillah Progran iftar Jame'i yang menghimpunkan Pengerusi-pengerusi KRT Zon Sura bersama Puan Mazil...
12/03/2026

12hb March 2026

Alhamdulillah Progran iftar Jame'i yang menghimpunkan Pengerusi-pengerusi KRT Zon Sura bersama Puan Mazilawati (Pegawai Perpaduan Daerah) bertempat di Rizq Cafe, Arena Dungun.

​Majlis ini merupakan wadah terbaik bagi memperkukuh ukhuwah antara pimpinan komuniti setempat, sambil berkongsi idea dan aspirasi dalam suasana yang penuh keberkatan di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran program sukan yang diadakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) semalam. Progr...
08/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran program sukan yang diadakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) semalam. Program ini bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk Kg Nibong di bulan yang mulia ini.

​Butiran Program:
📍 Lokasi: Court Zuma Arena Square
👥 Penyertaan: 10 Pasukan

​Ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Jutaan penghargaan juga buat urusetia yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan acara lancar dari mula hingga akhir. Terima kasih kepada penganjur iaitu KRT Tanjung Pagar 2025 & JPKK Nibong menjayakan program ini.

​Semoga aktiviti seperti ini terus mendapat sokongan pada masa akan datang. Amin!

Address

Tanjung Pagar
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Tanjung Pagar 2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KRT Tanjung Pagar 2025:

Share