Perak Organization of Safety,Health & Environment

Perak Organization of Safety,Health & Environment Perak Organization of Safety,Health and Environment or POSHE is founded by safety practitioners base

Perak Organization of Safety,Health & Environment or POSHE is a organization founded by safety practitioners based in Perak

16/03/2026

Setinggi-tinggi Tahniah

Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE) merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Ir. Ahmad Jailani Bin Mansor atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berkuat kuasa pada 16 Mac 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh aspek kesihatan pekerjaan, kesejahteraan pekerja serta budaya kerja selamat di seluruh negaradi masa kini dan hadapan.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga ahli POSHE mendoakan agar YBrs. tuan terus diberikan kejayaan, kekuatan dan iltizam dalam memikul amanah serta memimpin agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada
AJK & Seluruh Ahli POSHE
Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE)

16/03/2026

Tahniah & Selamat Bertugas

Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina Binti Yon atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berkuat kuasa pada 16 Mac 2026.

Semoga di bawah kepimpinan YBrs., usaha memperkukuh budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Malaysia akan terus diperkasa demi mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera untuk semua.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli POSHE mendoakan agar YBrs. terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan serta kejayaan dalam memimpin JKKP ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada
AJK & Seluruh Ahli
Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE)

04/03/2026

[𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓]

Perak Organization Of Safety, Health And Enviroment (POSHE) yang diketuai Dr. Krsnaraj bersama barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2025–2027 telah mengadakan kunjungan hormat ke JKKP Perak dan disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Hazlim bin Husain, Pengarah JKKP Perak.
POSHE membentangkan profil persatuan serta perancangan gerak kerja bagi sesi baharu. Dalam sesi tersebut, Pengarah JKKP Perak menyatakan bahawa fungsi persatuan amat penting dalam membantu kerajaan memperkasa agenda KKP, dan program anjuran boleh dijalinkan kerjasama strategik bersama jabatan.
Perbincangan turut memberi fokus kepada isu psikososial di tempat kerja yang menunjukkan peningkatan dan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh melibatkan majikan, pekerja serta pengamal KKP. Selain itu, perkara berkaitan pemansuhan dan penguatkuasaan peraturan baharu di bawah AKKP turut disentuh, dengan penekanan supaya maklumat dan kefahaman mengenainya diperluaskan kepada pihak industri. Kerjasama bersama Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Sumber Manusia juga dilihat penting bagi memastikan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu, selari dengan pelaksanaan OSHMP30 yang baharu bermula.




Kunjungan Hormat Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE) ke Jabatan Keselamatan ...
04/03/2026

Kunjungan Hormat Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE) ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak

3 Mac 2026 | Pejabat JKKP Negeri Perak

Pada 3 Mac 2026, Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Negeri Perak (POSHE) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Perak sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama dalam memperkasa agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di peringkat negeri.

Delegasi JKKP Negeri Perak telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Hazlim bin Husain, Pengarah JKKP Negeri Perak, bersama Encik Basharuddin bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Operasi), dan Puan Sharifah Nurol binti Syed Khairuddin, Timbalan Pengarah (Khidmat Teknik). Manakala pihak POSHE p**a diketuai oleh Dr. Krsnaraj a/l Rengaraju selaku Pengerusi POSHE bersama Encik Wan Muhammad Bazli bin Baharudin, Timbalan Pengerusi, serta barisan jawatankuasa dan delegasi persatuan.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan hala tuju program keselamatan, kesihatan dan persekitaran bagi tahun semasa, di samping meneroka peluang kolaborasi dalam penganjuran seminar, latihan profesional dan program kesedaran industri. Perbincangan turut memberi penekanan kepada pengukuhan peranan POSHE sebagai rakan strategik dalam menyokong inisiatif dan aspirasi JKKP di Negeri Perak.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh profesionalisme dan muhibah ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan budaya kerja yang selamat, sihat dan lestari. POSHE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKKP Negeri Perak atas kesudian menerima kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan terus diperkasa demi manfaat industri serta komuniti pekerja di Negeri Perak.

18/02/2026

🌙⭐️Ucapan Salam Ramadan 1447H / 2026⭐️🌙

Seluruh Jawatankuasa dan Ahli Persatuan Pengamal Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (POSHE) ingin mengucapkan
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026 dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat islam yang menunaikan.

Semoga kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh keimanan dan ketakwaan, serta membentuk sahsiah diri yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Apabila tiba malam pertama bulan
Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin
yang jahat dibelenggu, pintu-pintu
neraka ditutup, tidak ada satupun
pintunya yang terbuka. Pintu-pintu
syurga dibuka, tidak ada satupun
pintunya yang tertutup. Lalu seorang
penyeru menyeru: “Wahai yang
mengharapkan kebaikan, bersegeralah
(kepada ketaatan). Wahai yang
mengharapkan keburukan, berhentilah
(daripada melakukan keburukan). Allah
SWT akan membebaskan hamba-
hamba-Nya daripada api neraka dan
perkara tersebut berlaku pada setiap
malam (di bulan Ramadan).”
(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab MaJaá Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata al-Arnaút: Hadith sahih dan sanadnya hasan)

Diharapkan Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan kepada kita semua, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kerjasama dalam kalangan pengamal OSH demi kecemerlangan OSH secara berterusan.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan semoga kita dikurniakan kesihatan, kekuatan serta ketenangan sepanjang menjalani ibadah puasa.

Salam Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. 🌙

17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026

Seluruh Jawatankuasa 2025-2027 dan Ahli Persatuan Pengamal Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Negeri Perak (POSHE) ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.

Semoga Tahun Baru ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.
Diharapkan juga agar semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli POSHE terus kukuh demi kecemerlangan bersama.

Kepada yang p**ang ke kampung halaman,bercuti dan dalam perjalanan kemana sahaja, diingatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya, patuhi peraturan jalanraya serta utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Gong Xi Fa Cai! 🧧

24/11/2025
[𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇]إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونMenerima kabar duka bahawa 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐓𝐬. 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐈𝐬𝐚...
21/11/2025

[𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇]

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Menerima kabar duka bahawa 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐓𝐬. 𝐎𝐬𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐈𝐬𝐚 (𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐊𝐊𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤) telah kembali ke rahmatullah pada 21 November 2025.

Seorang insan yang berbakti telah kembali kepada-Nya, meninggalkan ruang yang sunyi dan kenangan yang sukar digapai, jasa beliau bagaikan sungai yang mengalir tanpa henti, kini tinggal gema di sanubari kita semua.

𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Seluruh ahli POSHE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta warga kerja JKKP / DOSH Perak atas kehilangan yang amat dirasai ini. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Mudah-mudahan roh Allahyarham dirahmati, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan keluarga dikurniakan ketabahan untuk melalui waktu sukar ini.”

Aamiin ya Rabbal Alamin..........

20/11/2025
DIRGAHAYU TUANKU
07/11/2025

DIRGAHAYU TUANKU

🔹 UCAPAN PENGHARGAAN DARIPADA BARISAN JAWATANKUASA POSHE 2023 – 2025 🔹Bersempena dengan berakhirnya tempoh perkhidmatan ...
01/11/2025

🔹 UCAPAN PENGHARGAAN DARIPADA BARISAN JAWATANKUASA POSHE 2023 – 2025 🔹

Bersempena dengan berakhirnya tempoh perkhidmatan kami sebagai barisan Jawatankuasa POSHE sesi 2023–2025, kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli POSHE atas kepercayaan, kerjasama serta sokongan padu yang telah diberikan sepanjang tempoh kepimpinan ini.

Setiap kejayaan dan pencapaian persatuan tidak mungkin dicapai tanpa komitmen serta semangat kebersamaan daripada seluruh ahli yang sentiasa berganding bahu dalam menjayakan pelbagai aktiviti, program, dan inisiatif di bawah naungan POSHE.

Kami amat berbesar hati dapat berkhidmat untuk persatuan ini dan berharap setiap usaha yang dilakukan dapat menyumbang kepada pengukuhan budaya Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Occupational Safety, Health & Environment) di kalangan komuniti industri.

Dengan penuh rasa hormat, kami menyerahkan amanah ini kepada barisan kepimpinan baharu untuk meneruskan legasi dan memperkukuh hala tuju POSHE ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua ahli POSHE atas segala sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai. Semoga kita terus maju bersama dalam memperjuangkan keselamatan, kesihatan dan kelestarian untuk semua.

📢 ENGAGEMENT SESSION: OSH LEGAL REFORM PLAN WITH INDUSTRY(Sesi Libat Urus Pelan Reformasi Undang-Undang Keselamatan dan ...
09/10/2025

📢 ENGAGEMENT SESSION: OSH LEGAL REFORM PLAN WITH INDUSTRY
(Sesi Libat Urus Pelan Reformasi Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersama Industri)

The Department of Occupational Safety and Health (DOSH/JKKP) under the Ministry of Human Resources (KESUMA) will be organizing an Engagement Session for the Occupational Safety and Health (OSH/KKP) Legal Reform Plan with Industry as part of our ongoing efforts to strengthen and modernize OSH legislation in Malaysia.

🗓 Date: Thursday, 2 October 2025
🕗 Time: 8:00 a.m. – 2:00 p.m.
📍 Venue: Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor

This session aims to:
✅ Share the direction, rationale, and expected impact of the OSH legal reform plan.
✅ Gather valuable feedback and insights from industry players, associations, and stakeholders.
✅ Identify current challenges and opportunities for improvement in existing OSH laws.
✅ Foster collaboration and collective commitment towards a practical, inclusive, and effective reform plan.

We are honored to be invited to participated with other six key OSH associations:

1️⃣ Perak Organization of Safety, Health and Environment (POSHE)
2️⃣ Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)
3️⃣ Malaysian Occupational Safety and Health Practitioners (MOSHPA)
4️⃣ Pahang Environment Safety and Health Association (PESHA)
5️⃣ Northern Region Group Safety, Health and Environment (NRG-SHE)
6️⃣ Sabah Occupational Safety, Health and Environment Association (SOSHEA)

Together, we move towards a safer and healthier Malaysia 🇲🇾

Address

24A, Jalan Niaga Jelapang 1, Halaman Niaga Jelapang, , Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh
30020

Telephone

+60125822061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perak Organization of Safety,Health & Environment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perak Organization of Safety,Health & Environment:

Share