NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd

Call Directions Contact the business

NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd (199301025484 l 280222-U)
Pengeluar produk plastik industri & pertanian. Jumbo Bag | Woven Bag | Polybag dll

14/10/2026

𝟴 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗞𝗘 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗣𝗟𝗔𝗦𝗧𝗜𝗖 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜𝗘𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗

NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd (NPISB) menerima lawatan teknikal daripada 20 peserta yang terdiri daripada wakil LPP, PPN, PPK dan NASSB bagi Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (SOP) Program BIZ Input Pertanian Bersepadu.

Lawatan ini memberi pendedahan mengenai operasi pengilangan, pengurusan bahan mentah dan stok, kawalan kualiti serta proses pembekalan dan logistik NPISB, di samping memperkukuh kerjasama dengan Pertubuhan Peladang.

NPISB merakamkan penghargaan atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan.

29/09/2026

𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

Setiap kunjungan, pertemuan dan detik yang tercipta sepanjang MAHA 2026 menjadi kenangan yang begitu bermakna buat kami di NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd.

Terima kasih atas segala sokongan, kehadiran dan kemeriahan yang telah dikongsikan bersama kami sepanjang berlangsungnya MAHA 2026.

Setiap detik meninggalkan cerita, setiap pertemuan mencipta kenangan.

“𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵, 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲. 𝗛𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮.”

28/09/2026

𝗧𝗔𝗭𝗞𝗜𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 | 𝗜𝗟𝗠𝗨 & 𝗔𝗗𝗔𝗕

Alhamdulillah, warga NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd berkesempatan mengikuti Tazkirah Jumaat bertajuk “Ilmu & Adab” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zainul Zakwan bin Ruslan jemputan daripada Masjid Negeri Perak pada 25 September 2026 (Jumaat).

Semoga perkongsian ilmu ini dapat menyemai nilai-nilai murni, memperkukuh sahsiah serta menjadi panduan dalam membentuk peribadi yang lebih baik.

05/09/2026

𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗯𝗼𝗼𝘁𝗵 𝗡𝗔𝗙𝗔𝗦 𝗣𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗰 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶𝗲𝘀 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 𝗱𝗶 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🤍

Setiap kunjungan, sokongan dan detik bersama anda amat bermakna buat kami. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk singgah, berkenalan dan berkongsi momen bersama kami.

"Thank you for being part of our MAHA 2026 journey"

04/09/2026

𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗡𝗣𝗜𝗦𝗕 @ 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

Warga kerja NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd turut memeriahkan MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, melihat sendiri perkembangan, inovasi dan kemeriahan industri agro serta menjadikan kesempatan ini sebagai ruang untuk mengeratkan hubungan sesama warga kerja.

Bukan sekadar berkunjung, tetapi mencipta pengalaman dan kenangan bersama.

30/08/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 🇲🇾

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita untuk bersama-sama membina Malaysia yang maju, harmoni dan sejahtera.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga 🇲🇾

24/08/2026

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 ﷺ | 𝟭𝟮 𝗥𝗔𝗕𝗜𝗨𝗟𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 | 𝟮𝟱 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga kita terus menghayati akhlak, kepimpinan dan teladan Rasulullah ﷺ serta menjadikannya sebagai inspirasi dalam kehidupan dan melaksanakan setiap amanah dengan penuh integriti.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja
NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd

18/08/2026

𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗜𝗦𝗢 𝟰𝟱𝟬𝟬𝟭:𝟮𝟬𝟭𝟴

NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd terus memperkukuhkan komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui pelaksanaan Audit Pensijilan Semula ISO 45001:2018 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2026.

Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan NPISB dalam memastikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan secara konsisten dan berkesan, selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga NPISB atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam memastikan pelaksanaan audit ini berjalan dengan lancar.

12/08/2026

𝗝𝗢𝗠 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

📅 28 Ogos – 6 September 2026
📍 Laman Smart Farming, MAEPS Serdang

Temui NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd dan pelbagai solusi pembungkusan untuk sektor pertanian & industri.

”𝗣𝗲𝗻𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻”

Address

45, Lengkok Rishah 1, Kawasan Perindustrian Silibin
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6055275951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd:

Shortcuts

Share