Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin

Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin

27/01/2015
25/01/2015

SHAH ALAM - Anak yang dipukul oleh ibu atau bapa mereka pada zaman sekarang rata-rata bukan untuk tujuan mendidik sebaliknya tempat melepaskan geram.

Sehubungan itu, pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berpendapat akta yang bakal digubal oleh kerajaan berkaitan perkara itu wajar dilaksanakan kepada ibu bapa yang lupa diri dalam ‘mendidik’ anak mereka.

“Dalam Islam pukul untuk mendidik boleh tapi hari ini, pukul bukan untuk mendidik sebaliknya untuk balas dendam dan melepaskan geram. Dia mahu melepaskan kemarahan bukannya mahu anak itu berubah jadi baik. Jadi, akta itu boleh dikuatkuasakan dan untuk orang yang buat salah, dia akan takut.

“Jadi, akta yang dibuat oleh kerajaan ini untuk mak ayah yang lupa diri. Lupa sampai ke peringkat bukan memukul anak, tapi mendera anak,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Menurutnya, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci kepada rakyat tentang penggubalan akta untuk kanak-kanak yang didakwa bakal mengklasifikasikan tindakan memukul sebagai satu perbuatan jenayah supaya tidak berlaku salah faham.

“Jadi, akta tentang pukul itu perlu dijelaskan perlu dijelaskan supaya rakyat faham. Sebab ada yang buat tak faham ekoran berlaku kes dera dan sebagainya.

“Rotan yang bagaimana, apa jenis perbuatan merotan yang dipanggil jenayah? Kanak-kanak sebenarnya boleh dirotan tapi jangan disebat. Orang tua kalau buat salah kena sebat kerana itu hukuman tetapi merotan anak itu tujuan mendidik,” katanya.

25/01/2015

Rotan cara mendidik anak
SITI ZAILAH MOHD YUSOFF | 25 Januari 2015.
Seandainya setiap ibu bapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta mengetahui bahawa rotan ini adalah dari anjuran Rasulullah sollallahualaihiwasallam, maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang masa dan ketika.

Ramai pakar motivasi yang tidak bersetuju dengan penggunaan rotan untuk mengajar anak-anak. Apakah puncanya pakar-pakar motivasi ini memandang rotan secara negatif?

Sememangnya tentu ada sebabnya yang tertentu, namun bagi kita, Rasulullah sollahu'alaihiwasallam ada menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya:

رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ
(رواية الأمام السيوطي)
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya.)

Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan:
لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ
ابن حجر في تحرير المقال
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah.)

Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah:
مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها
رواه أبو داود والطبراني في الكبير
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang.)

Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.

Rasulullah sollallahualaihiwasallam menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan, jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat, maka rotan tidak perlu digunakan.

Namun menggantungkan rotan di rumah masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa ingatkan solat serta berakhlak tinggi.

Maka kesannya, sudah tentu anak-anak dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar mengikut aturan agama.

Namun, rotan yang dianjurkan Islam sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia adalah rotan yang bertujuan mendidik.

Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak. - 25/1/2015

Penulis ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

20/01/2015
19/01/2015

Pasca tragedi Charlie Hendak : Eric Cantona Beli Islam

BEKAS bintang lagenda bola sepak Eropah, Eric Cantona turut memberikan pernyataan sikap yang membela agama Islam di tengah isu kebencian terhadap Islam pasca tragedi Charlie Hebdo.

Dalam wawancara dengan Euronews yang dilaporkan oleh Today's opinion, Khamis (15/1/2015) yang lalu, bintang Manchester United ini berkata, "langkah yang diambil majalah Charlie Hebdo menerbitkan semula gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad hanya akan menambah kemarahan 1.5 bilion penduduk bumi".

Memetik laman web Eramuslim, Cantona juga menyatakan keyakinannya bahawa 90% umat Islam merasa malu dan tidak selesa dengan yang peristiwa yang baru terjadi.

Hal yang sama, menurutnya pernah dilakukan penganut Katolik terhadap semua pawagam.

Cantona menambah, "yang ingin kutekankan adalah jangan sampai kita melemparkan semua kes itu kepada Islam. Kalau yang kita fikirkan hanya kejadian terakhir ini saja, maka kita akan lupa yang sudah-sudah. Kita harus sedar banyak sekali pengganas di mana-mana dan mereka tidak ada hubungannya dengan agama Islam sama sekali".

Bintang yang kerap bikin ulah di lapangan ini menamatkan wawancaranya dengan sebuah pernyataan, "seorang Muslim adalah warga negara, sama seperti aku dan kalian. Tidak benar kalau kita masukkan mereka semua dalam satu bakul

Address

Kompleks PAS Jasin
Jasin
77300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share