Cabaran untuk membangunkan industri halal - DET5A

Cabaran untuk membangunkan industri halal - DET5A Nama Ahli Kump**an
1. Zulhazim
F1007
2. Akmal Rizal
F1034
3. Wan Syahril
F1187

KESIMPULANKesimp**an yang kami dapat ialah kita perlu lah mengutamakan industri yang halal dalam masyarakat majmuk pada ...
26/11/2023

KESIMPULAN

Kesimp**an yang kami dapat ialah kita perlu lah mengutamakan industri yang halal dalam masyarakat majmuk pada zaman kini. Ianya kerana industri halal sangat penting bagi menjadikan negara kita sebuah negara yang berkembang pesat tanpa ada unsur dari produk yang haram. Setiap agensi perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu negara kita dalam membangunkan industri halal. Matlamat untuk menjadikan pembangunan industri halal sebagai salah satu identiti Malaysia perlulah dipamerkan dalam bentuk pakej yang menyeluruh.
Selain daripada menawarkan serta menyediakan produk halal untuk para pengguna, khususnya pengguna Islam, industri halal juga perlu bergerak bersama integrasi identiti Islam yang bersifat menyeluruh. Ini penting bagi menjadikan industri halal sebagai model ikutan (role model) dengan keunikannya yang tersendiri. Pembangunan industri halal dan pengekonomian adalah jelas bertujuan memelihara dan memakmurkan kehidupan masyarakat.
Pelaksanaan pengurusan keselamatan p**a, khususnya dalam konteks industri halal adalah suatu tuntutan yang terdapat di dalam konsep halalan-toyyiban dan kerangka maqasid al-shariah. Kepentingan memelihara nyawa atau jiwa dan harta benda daripada kemalangan merupakan dua tujuan penting di dalam tatatingkat (hierarki) perkara-perkara asasi (ad-dharurat) magasid selepas memelihara agama. Jasser (2014) menyatakan, secara praktikalnya memelihara jiwa ini bermaksud apa sahaja yang mendatangkan bahaya kepada nyawa menerusi apa-apa bentuk perkaedahan seperti bahaya yang boleh mendatangkan risiko kehilangan anggota badan. Beliau menambah ini termasuk juga melaksanakan langkah-langkah meningkatkan aktiviti pencegahan. Oleh yang demikian, melaksanakan pengurusan keselamatan industri khususnya oleh pengusaha industri halal adalah sesuatu yang menjadi tuntutan. Janya bukan sahaja tuntutan sejagat tetapi yang lebih utama, ianya adalah tuntutan Islam itu sendiri. Selain itu, perkembangan teknologi semasa juga diringi dengan kelahiran pelbagai risiko kemalangan. Pengetahuan, kepakaran, dan sumber adalah di antara isu yang penting bagi melaksanakan sistem pengurusan keselamatan yang berkesan. Inisiatif mewujudkan jaringan kerjasama dilihat berupaya membantu anggota kluster industri halal melalui perkongsian pintar bagi kebaikan bersama (taƔwun). Hubungan kerjasama seperti ini amat digalakkan oleh Islam dan ini secara langsung dapat menyepadukan nilai-nilai Islam dalam membangunkan model kluster industri halal.

Ibn Rajab al-Hanbali berkata: "Dikehendaki dengan ayat ini bahawa para Rasul dan umat mereka diperintahkan untuk memilih...
26/11/2023

Ibn Rajab al-Hanbali berkata: "Dikehendaki dengan ayat ini bahawa para Rasul dan umat mereka diperintahkan untuk memilih makanan yang baik yang halal dan beramal dengan amalan soleh. Inikerana, apabila makanan itu halal maka sudahtentu amalan soleh akan diterima oleh Allah." Al-Maraghi berkata: "Walaupun perintah ini ditujukan kepada para Nabi, namun umat juga disaran untuk mengikuti mereka. Ini seolah-olah Allah SWT berfirman kepada kita: Wahai kaum muslimin yang berada di seluruh pelusuk bumi, makanlah makanan yang halal, bersih dan baik. Yang halal ialah yang tidak mengandungi penderhakaan kepada Allah, manakala yang bersih ialah tidak mengandungi perkara yang dapat melupakan Allah, yang baik p**a ialah dapat menahan nafsu dan memelihara akal. Oleh itu, kerjakanlah amal.

https://abuanasmadani.com/surah-al-muminun-ayat-51-56-2/

ETIKA MEMBANGUNKAN INDUSTRI DALAM ISLAMSesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa wujudnya permintaan penggun...
26/11/2023

ETIKA MEMBANGUNKAN INDUSTRI DALAM ISLAM

Sesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa wujudnya permintaan pengguna. umum pengetahui, industri halal wujud dan berkembang kerana adanya permintaan pengguna yang mementingkan aspek kebersihan,ditambah dengan peratusan umat islam yang semakin meningkat. undang -undang yang menyentuh aspek halal,di samping sistem governan dalaman yang digariskan oleh pihak berkuasa,amat penting dalam memandu halal tuju industri.menggunakan makanan,barangan dan perkhidmatan halal adalah tanggungjawab semua umat islam.sikap cakna dan Tindakan yang proaktif dalam kepenggunaan sudah tentu akan menjadi isyarat penting kepada peniaga mengenal kehendak pengguna muslim.

https://www.researchgate.net/publication/317009899_Pembangunan_Industri_Halal_Konsep_Halalan-Toyyiban_dan_Pengurusan_Keselamatan_Industri_dalam_Kerangka_Maqasid_al-Shariah_Halal_Industry_Development_The_Concept_of_Halalan-Toyyiban_and_Industrial_Safet

PERANAN PIHAK BERKUASATEMPATAN (PBT)Pihak PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Daerah dan...
26/11/2023

PERANAN PIHAK BERKUASA
TEMPATAN (PBT)

Pihak PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Daerah dan sebagainya memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan pensijilan Halal di Malaysia. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan seperti Peraturan Premis Makanan serta Pelesenan Perniagaan dan
Pengiklanan, bidang kuasa diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam memastikan kebersihan premis makanan. Setiap peniaga harus memastikan premis dan makanan yang dijual adalah bersih. Secara tidak langsung pihak berkuasa tempatan dapat membantu mempromosikan kebaikan-kebaikan produk halal yang sepatutnya merangkumi aspek
kesihatan (healthy), kebersihan & keselamatan (clean & safe-hygiene), berkhasiat
(nutritious) dan berkualiti (quality)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan agensi utama dalam mendokong perkembangan industri halal di Malaysia. JAKIM bertanggungjawab dalam mengeluarkan pensijilan halal bagi permohonan yang diterima. Namun begitu, JAKIM perlu bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam meluluskan setiap pe...

PERANAN JABATAN KASTAM DI RAJA MALAYSIA (KDRM)Akta Kastam 1967 dan Perintah Kastam (LaranganMengenai Import) 1988 telah ...
26/11/2023

PERANAN JABATAN KASTAM DI RAJA MALAYSIA (KDRM)

Akta Kastam 1967 dan Perintah Kastam (Larangan
Mengenai Import) 1988 telah memberi kuasa kepada Kastam Diraja Malaysia berhubung isu pengimportan dan kemasukan produk halal daripada luar Negara. Pihak KDRM memainkan peranan dalam penguatkuasaan Halal sebagai satu 'cross border agency' bagi kemasukan barang-barang ke Malaysia dari luar negara dan sebaliknya dimana ia menjalankan tugas-tugas bersama jabatan lain seperti
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan JAKIM sendiri.

https://maqasid.co/2021/10/25/agensi-agensi-yang-terlibat-dalam-industri-halal-bahagian-i/

PERANAN KEMENTERIAN KESIHATANMALAYSIA (KKM)KKM adalah salah satu agensi kerajaan yang banyak berkerjasama dengan JAKIM d...
26/11/2023

PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA (KKM)

KKM adalah salah satu agensi kerajaan yang banyak berkerjasama dengan JAKIM dalam urusan pensijilan halal tempatan dan luar negeri. Selain daripada terlibat dalam pentauliahan badan Islam luar negara, KKM turut memainkan peranan untuk mengesahkan keselamatan produk makanan, suplemen dan juga perubatan. Di bawah Akta Makanan 1983, dan peraturan-peraturan di bawah AKta ini, ada mengandungi peruntukan berhubung perlabelan,
amaln kebersihan dan keselamatan makanan.Hanya setelah mendapat pengesahan daripada KKM, maka sesuatu produk itu boleh dipertimbangkan untuk pensijilan halal. Syarat ini terpakai untuk sebarang produk makanan dan suplemen kesihatan.

https://maqasid.co/2021/10/25/agensi-agensi-yang-terlibat-dalam-industri-halal-bahagian-i/

PERANAN JABATAN VETERINARJabatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terlibat denganpensijil...
26/11/2023

PERANAN JABATAN VETERINAR

Jabatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terlibat dengan
pensijilan halal khususnya untuk daging import. Ini kerana, telah menjadi syarat bahawa rumah sembelihan di luar negara perlu mendapat pengiktirafan untuk mengimport daging ke Malaysia. Rumah sembelihan ini akan dilawati oleh tiga orang pegawai daripada Malaysia. Mereka ialah pegawai daripada Jabatan Veterinar yang akan memeriksa keadaan haiwan ternakan tersebut, pegawai daripada KKM yang akan memeriksa keselamatan makanan haiwan ternakan dan pegawai daripada JAKIM yang akan memastikan bahawa prosedur penyembelihan adalah mengikut hukum syarak. Setelah mendapat pengesahan daripada ketiga pihak ini barulah semua daging atau produk tenusu yang dimport ke Malaysia secara sah adalah diktiraf sebagai halal. Ini adalah selari dengan syarat yang terkandung dalam Akta Binatang 1953 (semakan 2006).

https://maqasid.co/2021/10/25/agensi-agensi-yang-terlibat-dalam-industri-halal-bahagian-i/

PERANAN JABATAN STANDARDMALAYSIAJAKIM turut bekerjasama dengan Jabatan StandardMalaysia yang bertanggungjawab membangunk...
26/11/2023

PERANAN JABATAN STANDARD
MALAYSIA

JAKIM turut bekerjasama dengan Jabatan Standard
Malaysia yang bertanggungjawab membangunkan standard untuk makanan halal seperti 'Makanan Halal: Pengeluaran, Penediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (MS1500:2009). Standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan seperti penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). la bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia bagi proses pensijilan halal.

https://maqasid.co/2021/10/25/agensi-agensi-yang-terlibat-dalam-industri-halal-bahagian-i/

PERANAN HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC).HDC atau turut dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Hal...
26/11/2023

PERANAN HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC).

HDC atau turut dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Halal telah ditubuhkan
pada 18 September 2006 hasil daripada aspirasi YAB Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju hab halal antarabangsa. HDC merupakan satu perbadanan yang ditubuhkan Dalam ucapan beliau ketika pembentangan dalam Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia ke 9 pada 31Mac 2006, penubuhan HDC adalah bertujuan untuk membangunkan industri halal di Malaysia secara
menyeluruh dan teratur. Antara fungsi HDC ini adalah mengambil langkah-langkah yang akan mempengaruhi pembangunan industri halal untuk membolehkan syarikat yang memasarkan produk halal bergabung dengan pasaran global, membangun dan mempromosikan jenama halal Malaysia, mempromosikan konsep dan servis produk halal di serata Malaysia.

https://hdcglobal.com/ms/tentang-hdc/peranan-tanggungjawab/

PERANAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)Akta Perihal Dagangan 2011 dan perundangan subsidiarinya dianggap sebagai...
26/11/2023

PERANAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Akta Perihal Dagangan 2011 dan perundangan subsidiarinya dianggap sebagai perundangan
utama mentadbir industry halal Malysia. Walaupun Akta ini adalah di bawah bidang kuasa KPDKKN, ia mengandungi peruntukan yang menggariskan
peranan penting JAKIM. Seksyen 29 APD 2011 telah memberi kuasa kepada Menteri KPDNKK bagi melantik pihak berwibawa untuk mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Melalui Perenggan 3,
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Menteri KPDNKK telah menamakan JAKIM dan MAIN/JAIN sebagai agensi berwibawa tersebut.

https://www.islam.gov.my/ms/

Address

No 343 Taman Sri Aman Jalan 2/1/1
Jitra

Telephone

+60139010997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cabaran untuk membangunkan industri halal - DET5A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cabaran untuk membangunkan industri halal - DET5A:

Share