29/06/2026
Dari kilang ke pulau – setiap penghantaran memerlukan perancangan yang teliti.
Bagi projek di Langkawi, Kedah, terdapat beberapa pilihan logistik yang telah dinilai melibatkan pengangkutan darat, pemindahan menggunakan kren, pengangkutan melalui tongkang serta pemasangan di tapak.
Selepas menilai faktor keselamatan, masa dan kelancaran operasi, pelanggan telah memilih Option A, iaitu penghantaran melalui Kuala Perlis sebelum dipindahkan menggunakan tongkang ke Tanjung Lembung, Langkawi.
Alhamdulillah, keseluruhan proses penghantaran berjalan lancar tanpa sebarang insiden. Bermula dari kerja pemuatan di kilang, perjalanan ke Kuala Perlis, proses pemindahan ke tongkang, sehinggalah tiba dengan selamat di Langkawi, setiap peringkat dilaksanakan dengan kerjasama yang baik antara semua pihak yang terlibat.
Projek seperti ini membuktikan bahawa cabaran logistik bukanlah penghalang apabila perancangan dibuat dengan teliti dan pelaksanaan dilakukan secara profesional.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pelanggan, pasukan logistik, operator kren, pemandu lori, kru tongkang serta semua yang terlibat dalam menjayakan penghantaran ini.
Di mana sahaja projek anda berada, kami komited memastikan setiap penghantaran tiba dengan selamat, tepat pada masanya dan bersedia untuk dipasang.
📞 Pertanyaan: 016-711 3780