08/09/2022
Selamat Petang semuanya 🙂 Untuk petang ni, saya nak kasi korang tips tauuu iaitu tips pemilihan warna dinding untuk kelihatan rumah moden. Setiap rumah pastinya memerlukan warna tema terutamanya pada bahagian luaran dinding rumah. Disini saya kongsikan sedikit beberapa tips yang boleh diambil kira dalam membuat pemilihan yang tepat dalam memilih jenis warna cat luar rumah :
🏠Laman rumah – jika rumah anda mempunyai kawasan taman yang luas dan mempunyai pokok bunga hiasan, tidak digalakkan untuk memiilih warna yang terang kerana tidak sesuai dengan kombinasi taman bunga.
🏠Jenis atap rumah – ini juga mempengaruhi keseimbangan warna rumah anda. Selain itu, terdapat juga jenis atap moden yang sesuai dengan beberapa jenis warna sahaja.
🏠Jiran tetangga – kena tengok warna perumahan jiran sekeliling anda setidaknya boleh mengimbangi kontra warna rumah and agar tidak terlalu asing berbanding rumah rumah jiran anda.
🏠Kualiti cat – pastikan anda jenis memilih jenis jenama cat yang popular dan tahan lama. Walapun mahal, tetapi yang paling penting untuk ditekankan disini adalah ketahanan cat yang kekal dan cantik.
Boleh survey dengan kamiiii, meh whatsapp https://wa.link/j49eew