26/05/2026
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (MPSA) dan ABM (Wilayah Selatan) memperkukuh kerjasama strategik menerusi pemeteraian MoU dalam pembangunan TVET, teknologi binaan, penyelidikan, inovasi serta pembangunan pelajar dan tenaga pengajar.
Majlis yang berlangsung pada 25 Mei 2026 di ABM (Wilayah Selatan) menyaksikan acara menandatangani MoU yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha mewakili universiti dan pihak ABMJ diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), Tn Hj. Mohd Zaidi Rahmat dan Pengurus Bahagian Latihan ABM (Wilayah Selatan), Mohd Fairoz Mohd Saad.
Menurut @ Hj. Mohd Zaidi Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan), "Kita mewujudkan kerangka kerjasama dengan harapan agar ABMWS & UMPSA mempunyai kerjasama yang jelas bagi memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak”.
Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh agenda TVET negara dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.