13/08/2026
ISES 2026: TNBR mengetengahkan tiga projek inovasi dan satu perkhidmatan yang menyokong agenda peralihan tenaga.
Penyertaan tahun ini mempamerkan Project DRAGON, Project REACH, Project CAHES serta perkhidmatan Large Scale Solar (LSS), sekali gus memperlihatkan keupayaan TNBR dalam membangunkan teknologi dan penyelesaian tenaga bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong aspirasi tenaga mampan negara.
Melalui platform ini, TNBR turut memperkenalkan kepakaran, teknologi dan penyelesaian R&D kepada pemain industri serta pemegang taruh, selari dengan peranan TNBR dalam menyokong perjalanan peralihan tenaga TNB.