CencoHome Construction

CencoHome Construction We provide a high quality and reliable construction services with focus on customer satisfaction.

Structural design.. safety and quality first..
23/08/2022

Structural design.. safety and quality first..

Alhamdulillah.. New mission.. 😊Pakej ANFLORA.. 🏠Next destination 📍Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
14/08/2022

Alhamdulillah.. New mission.. 😊

Pakej ANFLORA.. 🏠

Next destination 📍Parit Raja, Batu Pahat, Johor.



Site visit  Raja, Batu Pahat, Johor.
13/08/2022

Site visit Raja, Batu Pahat, Johor.



🏠 Melantik pasukan yang bertauliah 👷🦺Setelah anda telah bersedia untuk membina rumah atas tanah sendiri, sudah tiba masa...
12/08/2022

🏠 Melantik pasukan yang bertauliah 👷🦺

Setelah anda telah bersedia untuk membina rumah atas tanah sendiri, sudah tiba masanya untuk anda melantik:

● Arkitek dan juru ukur
● Kontraktor
● Peguam untuk menguruskan kontrak perjanjian antara anda dengan kontraktor

Pada fasa ini, kontraktor bertanggungjawab untuk:
● Reka bentuk berdasarkan bajet, kualiti, dan tempoh yang dipersetujui.
● Menyediakan pelan lukisan rumah yang sesuai untuk dihantar kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit rumah.
● Bila rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC) yang menandakan bahawa rumah tersebut selamat untuk didiami.

Antara tugas juru ukur adalah untuk membantu mengukur keluasan sempadan rumah dan menjalankan kerja-kerja mengukur tanah yang lain.

Harus diingat, ada tempoh masa menunggu untuk anda mendapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.

12/08/2022



11/08/2022

🏠 Semak status penggunaan tanah pada geran hak milik 📑🏡

Bila anda dah tahu tanah mana nak pilih (kalau anda ada banyak tanah la), pastikan struktur tanah tu kukuh dan bukan terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh.

Kemudian, semak hak milik tanah untuk memastikan anda boleh mendapat kelulusan untuk membina rumah sendiri.

Mengikut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, dalam surat hak milik, kategori penggunaan tanah perlulah dinyatakan sebagai “bangunan”, dengan nama anda sebagai pemilik tanah.

Macam mana p**a dengan tanah bagi kategori “pertanian”, boleh tak saya bina rumah sendiri?
Bagi tanah dengan kategori “pertanian”, anda boleh memohon daripada majlis daerah untuk menukarkan kategori tersebut kepada “bangunan”.

Tapi sebelum tu, tanya pihak bank dulu, sebab kebanyakan polisi mewajibkan tanah tersebut dalam kategori “bangunan”, tak kiralah sama ada majlis daerah meluluskan permohonan anda atau tidak.

Ini juga merupakan syarat bagi pemilik/ penjawat awam yang ingin menggunakan kemudahan pinjaman LPPSA.



Discussion session with our partner for LPPSA loan.. 📑💰
09/08/2022

Discussion session with our partner for LPPSA loan.. 📑💰



Sediakan bajet untuk pembinaan rumah 💰💰🏡Apabila anda ingin memiliki rumah idaman anda, sama ada rumah baru yang dibina o...
09/08/2022

Sediakan bajet untuk pembinaan rumah 💰💰🏡

Apabila anda ingin memiliki rumah idaman anda, sama ada rumah baru yang dibina oleh pemaju ataupun yang dibina sendiri, perkara yang paling penting adalah dengan melihat bajet terlebih dahulu.

Pastikan anda tahu kemampuan dan keupayaan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan, dengan mengira beberapa perkara seperti :

● Ambil gaji bulanan anda dan tolak semua komitmen.
● Dengan jumlah yang tinggal tadi, tentukan berapa bayaran maksimum yang anda mampu bayar tiap-tiap bulan.
● Pastikan anda masih ada duit lebih untuk makan pakai apa semua, dan pastikan anda bersedia kalau ada apa-apa kecemasan.

Ada beberapa faktor penting yang akan mempengaruhi kos anda dalam membina rumah impian , iaitu:
● Saiz rumah 🏗
● Jenis dan kualiti bahan binaan 🧱
● Struktur dan reka bentuk rumah 🔩🛠🪚

Jadi pastikan anda buat perancangan dengan teliti. Kerana perlu diingatkan bahawa walaupun rumah anda siap lambat, bayaran pinjaman perumahan tetap perlu dijelaskan tiap-tiap bulan!

Bagi penjawat awam, anda mempunyai banyak kelebihan untuk membina rumah dengan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank. 😊😊



08/08/2022

Address

Southville City
Kajang
43800

Telephone

+60126366449

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CencoHome Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CencoHome Construction:

Share