Nuha Barakah Aircond Service

Nuha Barakah Aircond Service Air conditioning repair, service and supply. We offer a wide range of aircond services at affordable

10/12/2023

Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jika tidak diselenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Jika anda tidak menyelenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!

Jika anda biarkan penyaman udara anda tidak diservis atau diselenggara, setiap kali anda memasang penyaman udara anda, anda akan terus menerus menghidu udara yang tidak bersih. Anda haruslah memastikan sistem penyaman udara anda sentiasa diservis dan diselenggara dengan baik oleh professional.

Penyelenggaraan penyaman udara yang disediakan oleh syarikat penyelenggara profesional datang dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada jenis pengeluar penyaman udara, tahap penggunaanya, dan faktor persekitaran yang lain.

Penyelenggaraan asas merangkumi proses menyedut habuk yang terkumpul; mencabut dan membersih penapis; membersihkan unit pemeluwapan, gegelung penyejat, roda peniup dan bilah kipas, dulang saliran; membersih paip saliran; mengesan masalah bunyi; sistem penyejukan dan komponen elektrik.
Unit penyaman udara perlu diservis secara berkala oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum dan selamat.

Untuk itu, kami di Nuha Barakah Aircond Service ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda boleh menghubungi kami https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com untuk mendapatkan slot anda. Juruteknik kami bertauliah dan mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun.
Tempah slot anda sekarang.
"KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI "

Ketahui 5 tanda aircond anda berada di ‘hujung hayat’, perlu diganti baharu.Kenali tanda-tanda penghawa dingin sudah ros...
07/12/2023

Ketahui 5 tanda aircond anda berada di ‘hujung hayat’, perlu diganti baharu.

Kenali tanda-tanda penghawa dingin sudah rosak dan perlu ditukar dengan yang baharu.

Bagaimanapun, seperti peralatan elektronik yang lain, penghawa dingin juga mempunyai jangka hayat tertentu dan perlu ditukar apabila sampai waktunya.

Akan tetapi, macam mana caranya hendak mengetahui sama ada penghawa dingin perlu diganti? Berikut adalah beberapa tandanya.

1. Usia penghawa dingin

Penghawa dingin biasanya boleh bertahan selama 20 tahun dengan penyelenggaraan namun itu adalah petanda ia perlu ditukar kerana kos membaiki dan menyelenggara boleh meningkat.

2. Peningkatan bil elektrik

Seiring bertambahnya usia penghawa dingin, ia tidak akan berfungsi dengan maksimum dan perlu bekerja lebih keras dalam memastikan suhu sesuatu ruangan menjadi rendah.

Memandangkan ia perlu bekerja lebih keras, ia akan menggunakan tenaga yang lebih dan boleh menyebabkan peningkatan bil elektrik anda.

3. Keluarkan udara panas

Bagi mengetahui sama ada penghawa dingin perlu ditukar atau tidak, ketika ia dihidupkan, angin yang dikeluarkan tidak sejuk atau panas. Ini petunjuk sudah tiba masanya menggantikan yang baharu.

4. Air menitis keluar

Salah satu tugas penghawa dingin adalah menghilangkan kelembapan udara di dalam rumah anda menerusi koil evaporator.

Namun bagi penghawa dingin yang sudah berusia, saluran itu boleh bocor dan menyebabkan air menitis keluar selain membuatkan ruang menjadi lembab dan pertumbuhan kulat pada dinding.

5. Udara berbau

Penghawa dingin yang dalam keadaan baik tidak akan mengeluarkan bau atau bunyi yang bising. Namun bagi unit yang sudah lama, ia bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang kuat namun udaranya juga berbau busuk dan hapak meskipun telah dibersihkan.

Kekerapan Aircond Untuk Diselenggara (Servis)Aircond anda perlulah dijaga dengan baik supaya dapat tahan lama dan mengel...
01/12/2023

Kekerapan Aircond Untuk Diselenggara (Servis)

Aircond anda perlulah dijaga dengan baik supaya dapat tahan lama dan mengelakkan pembaziran. Aircond yang tidak diselenggara akan menggunakan power yang lebih tinggi, dan akan meningkatkan kos elektrik bulanan anda. Salah satu cara untuk menjaganya dengan baik adalah dengan menjalankan servis secara berkala.

Jangan beli aircond murah dan lupa tentang servis. Aircond harga mahal sekalipun, jika tak servis, akan rosak juga.

Servis berkala dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) aircond anda. Menurut pakar, setiap tahun kadar kecekapan aircond anda akan turun 5% jika tidak diservis. Jika aircond itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.

Servis berkala juga dapat memastikan aircond sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk dan akan memakan kos yang lebih tinggi. Servis berkala mampu memastikan aircond anda berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.

Hubungi kami di Nuhabarakah Aircond Service https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com untuk mendapatkan slot anda. Kami menawarkan perkhidmatan service, repair, supply dan installation dengan team technician yang berpengalaman.
"KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI"

3 Jenis Pengguna Dan Bila Masa Terbaik Untuk Servis Aircond Rumah Anda?Kami sangat yakin bahawa anda juga mempunyai seku...
30/11/2023

3 Jenis Pengguna Dan Bila Masa Terbaik Untuk Servis Aircond Rumah Anda?

Kami sangat yakin bahawa anda juga mempunyai sekurang-kurangnya satu unit aircond di rumah kan?. Jadi adakah anda tahu bahawa sangat penting untuk menjaga dan memastikan unit aircond dalam keadaan baik untuk terus memberikan khidmat terbaik untuk anda?

Berapakah kekerapan /pusingan jangkamasa yang terbaik untuk servis semula aircond anda? sebulan sekali kah? 3 bulan kah? 1 tahun sekali kah?

Tetapkan tempoh bila anda perlu hubungi technican untuk servis aircond anda.

1. Light User

Kategori ini adalah apabila anda hanya menggunakan aircond sekali sekala sahaja. Itupun jika keadaan cuaca yang sangat panas sehingga menyebabkan anda dan keluarga tidak dapat tidur dengan selesa.

Contoh lain dalam katergori ini adalah anda tidak menetap di rumah tersebut (rumah persinggahan) dan hanya menggunakan aircond anda sebanyak 2-3 kali sebulan, maka anda berada dalam kategori ini. Dalam kes ini, anda hanya perlu memanggil technican datang untuk servis cucian kimia sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membersihkan habuk dan kotoran yang terperangkap.

2. Moderate User

Adakah anda hanya menggunakan aircond semasa nak masuk tidur dan buat tetapan masa pada remote control untuk menutup aircond secara automatik untuk satu jangkamasa yang dikehendaki apabila bilik sudah cukup sejuk?.

Dan kalau waktu siang anda tidak langsung bukak aircond hanya menggunakan kipas dan membuka tingkap untuk mendapatkan angin luar?

Jika ya! jadi anda adalah dalam kategori ini yang mana anda perlu melakukan servis setiap 6 bulan sekali. Insyaallah, jika rutin jadual servis ini dipatuhi, ia akan memastikan penghawa dingin anda bersih dan berjalan dengan baik seterusnya akan dapat meningkatkan jangka hayat aircond kepada tempoh yang lebih lama.

3. Hardcore User

Anda tidak selesa dan merasakan rumah anda panas tidak kira siang dan malam dan anda menghidupkan aircond sepanjang masa 24/7, maka anda jatuh di bawah kategori ini. Tidak dapat dinafikan, ramai di antara kita jatuh di bawah kategori yang sama (termasuk saya)kerana cuaca di Malaysia yang boleh dikatakan panas sepanjang tahun.

Jadi, sekiranya aircond anda digunakan pada tahap ini, anda dinasihatkan untuk melakukan servis aircond setiap 3-4 bulan sekali, untuk memastikan aircond anda dapat memberikan udara segar dan nyaman untuk anda dengan sempurna. Anda juga digalakkan untuk melakukan cucian filter penapis habuk aircond sendiri setiap bulan bagi memastikan tiada habuk yang menghalang laluan udara ke dalam unit aircond anda.

Jadi, Sekarang dah tahu kan anda berada dalam kategori mana? mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda memanggil technican untuk datang melakukan servis aircond rumah anda

Untuk mendapatkan khidmad service, repair dan pemasangan aircond rumah atau pejabat, sila hubungi kami di Nuha Barakah Aircond Service. https://wa.me/60143262812 untuk tempahan slot atau layari https://www.nuhabarakah.com untuk maklumat lanjut.

26/11/2023

Masalah aircond tak sejuk, air menitik dan kerap *cut off* sendiri.?
Kami check, diagnosis dan repair. Alhamdulillah selesai masalah. Sekiranya masalah tersebut pernah anda alami, cepat- cepat hubungi kami di Nuha Barakah Aircond Service https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com .Kami akan bantu menyelesaikan masalah anda.

Alhamdullilah. Selesai pemasangan 3 unit untuk salah sebuah sekolah Agama yang akan dibuka disalah sebuah daerah di Sela...
22/11/2023

Alhamdullilah. Selesai pemasangan 3 unit untuk salah sebuah sekolah Agama yang akan dibuka disalah sebuah daerah di Selangor. Pasangan yang kemas dan teliti oleh technician berpengalaman kami. Kami menitik beratkan ketelitian dalam memberi kepuasan kepada pelanggan kami. Ini kerana *KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI*

Sekiranya anda ingin menepah slot untuk service, repair, supply dan installation, sila hubungi admin kami https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com

PEMILIHAN AIRCOND NON INVERTER ATAU INTERTER?.Sekiranya anda hanya memerlukan beberap jam sahaja aircond di buka, selepa...
12/11/2023

PEMILIHAN AIRCOND NON INVERTER ATAU INTERTER?.

Sekiranya anda hanya memerlukan beberap jam sahaja aircond di buka, selepas sejuk anda akan tutup, maka pilihan yang terbaik ialah Aircond Non Inverter. Sekiranya anda menggunakan aircond terus tanpa henti, contohnya dari malam hingga ke pagi keesokkan harinya, adalah lebih baik anda memilih Aircond Inverter.

Untuk mendapatkan aircond rumah anda, anda bolehlah menghubungi kami https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com. Kami menddiakan khidmat supply dan pemasangan, service serta repair.

Mengatasi Aircond Sering Mati Hidup Sendiri1. Thermise Otomatis AC sudah tidak berfungsi.Kerosakan pada Automatic Thermi...
12/11/2023

Mengatasi Aircond Sering Mati Hidup Sendiri

1. Thermise Otomatis AC sudah tidak berfungsi.

Kerosakan pada Automatic Thermise AC ini sering berlaku pada unit ac dari jenama Panasonic dan Samsung, tetapi juga boleh didapati di jenama lain. Kerosakan ini berlaku kerana j***m Thermise Automatik habis.
Biasanya kerosakan ini menyebabkan AC tidak terpencil, AC mematikan dirinya sendiri. Untuk cara mengatasinya atau mengatasinya, cubalah menjauhkan Thermise atau apa yang sering disebut mata kucing Thermise dari Indoor Evaporator. Atau mungkin anda boleh menggantinya dengan yang baru dan penghawa dingin anda akan kembali normal.

2. Switch atau Tombol On Off Indoor tidak normal

Kerosakan penghawa dingin ini biasanya berlaku pada penghawa dingin berjenama lama atau anda boleh mengatakan bahawa AC sudah tua. Suis On-Off yang tidak normal juga boleh menyebabkan AC mematikan dirinya sendiri.
Untuk mengatasinya dengan cara melangsungkan switch on-off tersebut dengan cara di solder, dan untuk menghidupkan dan mematikannya boleh memakai remote. Tetapi aircond tidak bisa dihidupkan atau dimatikan dengan switch atau suis on-off.

3.Error pada Modul

Kerosakan ini boleh berlaku kerana AC terkena voltan tinggi atau voltan elektrik rendah / tidak normal, iaitu jalur pada butang hidup-mati dengan modul dipendekkan. Untuk memperbaikinya, cuba periksa modul AC menggunakan penguji.Dan jika modul ac tidak normal, segera lekapkan litar pintas. Tetapi kerosakan ini jarang berlaku, dan untuk mencegahnya, cuba gunakan penstabil pada AC supaya arus elektrik yang memasuki AC tetap stabil, iaitu 220 Volt.

4. Timer pada Indoor Nyala atau Aktif

Kerosakan ini berlaku sangat kerap, biasanya pengguna AC menghidupkan Timer tetapi lupa mematikannya, dan menganggap AC tidak normal. Untuk cara memperbaikinya, matikan pemasa melalui Alat Kawalan Jauh AC.

Untuk memgatasi masalah tersebut cepat- cepat hubungi kami https://wa.me/60143262812 https://www.nuhabarakah.com

Berapa Kerap Anda Perlu Menjadualkan Perkhidmatan Penyaman Udara?Penghawa dingin adalah bahagian penting dalam kehidupan...
05/11/2023

Berapa Kerap Anda Perlu Menjadualkan Perkhidmatan Penyaman Udara?

Penghawa dingin adalah bahagian penting dalam kehidupan moden, terutamanya semasa musim panas. Mereka membantu memastikan rumah dan tempat kerja kita sejuk dan selesa. Walau bagaimanapun, seperti semua peralatan, penghawa dingin memerlukan penyelenggaraan tetap untuk beroperasi pada kecekapan puncak. Ramai orang tertanya-tanya berapa kerap mereka perlu menjadualkan perkhidmatan penghawa dingin. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan perkhidmatan penghawa dingin dan menawarkan beberapa garis panduan am untuk penjadualan penyelenggaraan.

Kekerapan Perkhidmatan Penyaman Udara
Kekerapan perkhidmatan penghawa dingin akan bergantung kepada beberapa faktor, seperti umur unit, penggunaannya dan kualiti pemasangan. Contohnya, penghawa dingin baharu mungkin memerlukan servis yang kurang kerap berbanding unit lama. Begitu juga, penghawa dingin yang kerap digunakan akan memerlukan lebih banyak perkhidmatan daripada yang jarang digunakan.

Kualiti pemasangan juga merupakan faktor penting dalam menentukan kekerapan perkhidmatan penghawa dingin. Pemasangan yang lemah boleh mengakibatkan banyak isu, termasuk penyejukan yang tidak betul, peningkatan bil tenaga dan jangka hayat yang lebih pendek untuk unit. Oleh itu, jika penghawa dingin anda tidak dipasang dengan betul, ia mungkin memerlukan servis yang lebih kerap.

Garis Panduan Umum untuk Penyelenggaraan Penjadualan
Walaupun kekerapan perkhidmatan penghawa dingin berbeza-beza bergantung pada faktor yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa garis panduan umum yang boleh diikuti oleh pemilik rumah semasa menjadualkan penyelenggaraan. Garis panduan ini adalah seperti berikut:

1. Penyelenggaraan Tahunan:
Adalah disyorkan untuk menjadualkan penyelenggaraan tahunan untuk penghawa dingin anda. Ini akan membantu memastikan unit anda berjalan dengan cekap dan mengelakkan sebarang masalah besar daripada berlaku. Semasa lawatan penyelenggaraan, juruteknik HVAC akan memeriksa unit, membersihkan gegelung, memeriksa paras penyejuk, dan melakukan sebarang pembaikan yang diperlukan.

2. Tukar Penapis:
Salah satu perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh pemilik rumah untuk mengekalkan penghawa dingin mereka ialah menukar penapis dengan kerap. Bergantung pada jenis penapis, ia perlu ditukar setiap satu hingga tiga bulan.

3. Semak Kebocoran:
Kebocoran bahan pendingin boleh menyebabkan penghawa dingin anda berfungsi dengan tidak cekap dan boleh merosakkan alam sekitar. Oleh itu, adalah disyorkan supaya juruteknik HVAC anda memeriksa kebocoran semasa lawatan penyelenggaraan tahunan anda.

4. Pastikan Kawasan Sekitar Unit Bersih: Serpihan dan objek lain boleh terkumpul di sekeliling penghawa dingin, yang boleh menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan. Oleh itu, adalah disyorkan untuk memastikan kawasan sekitar unit bersih dan bersih.

5. Beri Perhatian kepada Prestasi:
Jika anda melihat sebarang perubahan dalam prestasi penghawa dingin anda, seperti penyejukan yang berkurangan atau bunyi yang meningkat, adalah penting untuk menjadualkan penyelenggaraan dengan segera. Mengatasi masalah lebih awal boleh menghalangnya daripada menjadi lebih teruk dan mahal untuk dibaiki.

Kesimpulannya, kekerapan perkhidmatan penghawa dingin akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk umur unit, penggunaannya, dan kualiti pemasangan. Walau bagaimanapun, terdapat garis panduan am yang boleh diikuti oleh pemilik rumah untuk mengekalkan penghawa dingin mereka dengan cekap.

Menjadualkan penyelenggaraan tahunan, menukar penapis dengan kerap, memeriksa kebocoran, memastikan kawasan sekitar unit bersih dan memberi perhatian kepada prestasi adalah semua langkah penting dalam menyelenggara penghawa dingin anda. Dengan mengikuti garis panduan ini, anda boleh memastikan penghawa dingin anda beroperasi dengan cekap dan memberikan anda udara yang sejuk dan selesa apabila anda amat memerlukannya.

“Jangan biarkan penghawa dingin yang rosak atau tidak cekap merosakkan hari anda. Hubungi Nuha Barakah Aircond Service https://wa.me/60143262812 www.nuhabarakah.com untuk semua keperluan Servis Air Cond anda! Pasukan profesional mereka akan mendiagnosis dan membaiki sebarang isu dengan cepat dan cekap, memastikan rumah anda kekal sejuk dan selesa sepanjang musim . Jadualkan temujanji anda sekarang!”

Alhamdulillah, selesai satu masalah customer kami di Johor Bharu. Aircond tidak berfungsi. Checking, troubleshoot dan se...
03/11/2023

Alhamdulillah, selesai satu masalah customer kami di Johor Bharu. Aircond tidak berfungsi.

Checking, troubleshoot dan service untuk 2 unit aircond.

Jika anda ada masalah dan perlukan khidmat service, repair dan pemasangan, boleh hubungi kami. https//:wa.me/60143262812 www.nuhabarakah.com

Address

Bangi
Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60143262812

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nuha Barakah Aircond Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nuha Barakah Aircond Service:

Share