14/09/2021
Webinar Pertubuhan Buluh Malaysia (MBS)Sempena Hari Buluh Sedunia 18 September 2021
Assalammualaikum dan salam sejahtera Y.Bhg Dato/Datin/Prof/Dr./Tn/Pn,
Bersempena Hari Buluh Sedunia atau World Bamboo Day (WBD) yang disambut setiap tahun pada 18 September, MBS akan menganjurkan webinar pada SABTU 18 SEPTEMBER 2021. Objektif program adalah bagi memperingati WBD dan menyedarkan masyarakat tentang peranan dan sumbangan bahan berasaskan buluh kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat.
Program ini adalah anjuran bersama MBS, UiTM, STEM 4 All Makerspace Malaysia dan MTIB. 2 bualbicara buluh dan aplikasinya akan disampaikan. Pertandingan rekacipta dari bahan buluh juga akan diadakan bagi menyemarakkan sambutan WBD pada tahun ini.
Dengan tema Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya, sasaran utama peserta Siri I ini merupakan pelajar sekolah, para guru serta ibubapa.
Sila daftar dengan mengimbas QR code di poster. Sijil penyertaan juga akan disediakan.
Sekian Terima Kasih
AJK MBS
https://forms.gle/NQ7NC9fLsXqYn5Rh8