Chemical Agriculture Laboratory Felcra Plantation Services Sdn Bhd

Chemical Agriculture Laboratory Felcra Plantation Services Sdn Bhd �Makmal Pertanian yang menjalankan analisa sampel baja, daun & tanah.
�Merupakan ahli kepada Persatuan Makmal-Makmal Pertanian Malaysia (AgLAM)

26/02/2026

KENAPA SOIL PROFILING PENTING UNTUK HASIL TANAMAN?

Tanah bukan sekadar medium tanaman — ia adalah sistem hidup yang menentukan tahap kesuburan, kesihatan akar dan potensi hasil sesuatu ladang.
Melalui kaedah Soil Profiling, sampel tanah diambil secara sistematik menggunakan grid tertentu:

🌾 Padi : 4 Hektar = 1 Sampel
🌴 Sawit : 20 Hektar = 1 Sampel
📏 Kedalaman Persampelan : 22 – 25 cm

Penentuan Siri Tanah dan Struktur Profil Tanah sehingga kedalaman 1 meter juga termasuk di dalam skop kerja Siasatan Tanah. Setiap sampel akan dianalisis di makmal untuk menentukan:

✅ Status Nutrien Tanah (pH, Nitrogen, Fosforus, Kalium & Bahan Organik)
✅ Pengesyoran Pembajaan yang tepat

Secara saintifik, analisis tanah membantu mengenalpasti keseimbangan nutrien dan sifat fizikal kimia tanah yang mempengaruhi:

• Kadar penyerapan nutrien oleh akar
• Aktiviti mikroorganisma tanah
• Keupayaan pegangan air
• Kecekapan penggunaan baja

Hasilnya?
📈 Pembajaan lebih tepat
📉 Kos input dapat dikurangkan
🌱 Pertumbuhan tanaman lebih optimum

Soil Profiling FPSSB – Menyokong Pengurusan Ladang yang Mampan

23/02/2026

Tingkatkan Kecekapan Pembajaan Bermula Dengan Data Yang Tepat

Pelan pembajaan yang berkesan bermula daripada proses persampelan daun dan tanah yang dijalankan secara sistematik.

Melalui perkhidmatan Persampelan Daun & Tanah oleh Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB), setiap sampel diambil oleh pegawai terlatih, dilabel dengan teliti dan dianalisis di makmal Chemical Agriculture Laboratory Felcra Plantation Services Sdn Bhd bagi menentukan status kesuburan tanah serta nutrien tanaman.

Keputusan analisis ini membantu pihak ladang merangka pengesyoran pembajaan yang lebih tepat, menjimatkan kos input serta meningkatkan produktiviti tanaman secara mampan.

Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat persampelan profesional di ladang anda.

20/02/2026

BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN & PERUNDINGAN, FPSSB

Kami menyediakan penyelesaian teknikal menyeluruh bagi pembangunan dan pengurusan projek perladangan daripada analisis tanah yang lebih terperinci sehingga pelaksanaan projek di lapangan.

Dengan gabungan kepakaran teknikal, teknologi moden dan pengalaman lapangan, FPSSB komited memastikan setiap projek dirancang secara sistematik, mematuhi keperluan alam sekitar serta memberi nilai jangka panjang kepada pelanggan.

📌 Soil Profiling
📌 EIA & EMR
📌 Kajian Daya Maju Ladang
📌 Pemetaan Drone
📌 Penanaman Semula Sawit
📌 Infrastruktur & Field Design
📌 Environmental Management Plan (EMP)








20/02/2026

PASTIKAN BAJA ANDA MEMENUHI PIAWAIAN INDUSTRI

Ketepatan kandungan nutrien dalam baja memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi pertumbuhan tanaman serta kualiti hasil tuaian.

Makmal Chemical Agriculture Laboratory Felcra Plantation Services Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan analisis nutrien baja secara saintifik bagi memastikan kandungan Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalium (K) dan Magnesium (Mg) selain analisis micronutrients lain menepati spesifikasi teknikal serta keperluan agronomi.

✔️ Pengesahan spesifikasi kandungan
✔️ Audit & pematuhan piawaian
✔️ Data teknikal untuk sokongan keputusan agronomi

Dapatkan analisis yang tepat untuk keyakinan dalam
setiap aplikasi di ladang anda.

📞 Hubungi kami: 05-6552621
Makmal Kimia Pertanian FPSSB, Seberang Perak

"Precision in Analysis. Confidence in Agriculture"

Felcra Berhad

Makmal Kimia Pertanian FPS - Di Sebalik Kesuburan Setiap Tanaman 🌱Tahukah anda, di sebalik tanaman yang sihat dan hasil ...
16/02/2026

Makmal Kimia Pertanian FPS - Di Sebalik Kesuburan Setiap Tanaman 🌱

Tahukah anda, di sebalik tanaman yang sihat dan hasil yang berkualiti, ada satu peranan penting yang membantu memastikan semuanya berada pada tahap terbaik? Di sinilah Makmal Kimia Pertanian FPS memainkan peranannya.

Makmal ini menjalankan analisis baja daun dan tanah untuk membantu memahami apa yang sebenarnya diperlukan oleh tanaman. Setiap sampel yang diterima—sama ada tanah dari ladang, daun dari pokok, atau baja yang digunakan—akan dianalisis dengan teliti menggunakan kaedah saintifik yang tepat dan dipercayai.

Analisis tanah membantu mengenal pasti tahap kesuburan dan kandungan nutrien, supaya pembajaan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan berkesan. Analisis daun p**a menunjukkan keadaan sebenar nutrisi dalam tanaman, membantu mengesan kekurangan atau ketidakseimbangan nutrien lebih awal. Selain itu, analisis baja memastikan kandungan nutrien memenuhi spesifikasi dan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Dengan maklumat ini, petani, penyelidik, dan pihak industri dapat membuat keputusan yang lebih bijak—mengoptimumkan penggunaan baja, meningkatkan kesihatan tanaman, dan seterusnya menghasilkan hasil yang lebih berkualiti.

Makmal Kimia Pertanian FPS komited untuk menyediakan analisis yang tepat, boleh dipercayai, dan menyokong pertanian yang lebih cekap dan lestari. Kerana bagi kami, setiap sampel yang dianalisis adalah langkah kecil ke arah masa depan pertanian yang lebih baik. 🌾

16/01/2026

SELAMAT MEMPERINGATI HARI AGONG ISRAK MIKHRAJ 1447H

Peristiwa Israk Mikraj adalah perjalanan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini menjadi simbol ketinggian iman, ketabahan, amanah serta ketaatan dalam menunaikan tanggungjawab.

Semoga penghayatan Israk Mikraj menjadi pedoman dalam memupuk sifat integriti, komitmen dan disiplin dalam setiap amanah yang dipikul demi manfaat bersama.

Dengan ingatan tulus daripada
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan FELCRA Plantation Services Sdn Bhd, staf dan warga.

01/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026.
Dengan penuh kesyukuran, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Staf serta seluruh Warga
Felcra Plantation Services Sdn Bhd
mendoakan agar tahun baharu ini diberkati Allah SWT,
dipermudahkan segala urusan,
serta terus membawa kejayaan, kemampanan dan kesejahteraan berterusan.

29/03/2025

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
IKHLAS DARI KAMI SEMUA ❤️

29/03/2025

"SERUMPUN" CHALLENGE BY US ❤️

17/12/2024

Address

Makmal Kimia Felcra Plantation Services Sdn Bhd, Bandar Baru Seberang
Kampong Gajah
36800

Telephone

056552611

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chemical Agriculture Laboratory Felcra Plantation Services Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share