TheBuilder.habitatropika

TheBuilder.habitatropika TheBuilder | habitat tropika | 201203221964
https://thebuildermy.atoms.world/
(1)

nampak mcm aku tipu kan?..tak..aku take advantage pada ai ja untuk percepatkan process rendering aku..cuma selalunya aku...
09/08/2026

nampak mcm aku tipu kan?..
tak..aku take advantage pada ai ja untuk percepatkan process rendering aku..cuma selalunya aku maki ai..sebab render ikut s**a dia

tropical rules!!!
09/08/2026

tropical rules!!!

Di tengah, ada ruang makan terbuka yang menjadi penghubung antara setiap bahagian rumah.Bila duduk di situ, bukan sekada...
08/08/2026

Di tengah, ada ruang makan terbuka yang menjadi penghubung antara setiap bahagian rumah.

Bila duduk di situ, bukan sekadar nampak rumah.

Ada pokok.
Ada bukit.
Ada langit.
Ada golf course jauh di bawah.

Sebab bagi aku, design rumah bukan sekadar nak penuhkan tanah dengan binaan.

Kadang-kadang kita kena tahu bahagian mana perlu dibina, dan bahagian mana patut dibiarkan kosong supaya rumah boleh bernafas.

Rumah ada jiwa. Hidup selaras alam.
THEBUILDER | habitat tropika.Di tengah, ada ruang makan terbuka yang menjadi penghubung antara setiap bahagian rumah.

Bila duduk di situ, bukan sekadar nampak rumah.

Ada pokok.
Ada bukit.
Ada langit.
Ada golf course jauh di bawah.

Sebab bagi aku, design rumah bukan sekadar nak penuhkan tanah dengan binaan.

Kadang-kadang kita kena tahu bahagian mana perlu dibina, dan bahagian mana patut dibiarkan kosong supaya rumah boleh bernafas.

Rumah ada jiwa. Hidup selaras alam.
THEBUILDER | habitat tropika.

06/08/2026

something is cooking..not final yet..

SITE FORENSIC: Jangan letakkan 100% kesalahan kepada kontraktorClient sudah membelanjakan lebih RM60,000 untuk kerja str...
01/08/2026

SITE FORENSIC: Jangan letakkan 100% kesalahan kepada kontraktor

Client sudah membelanjakan lebih RM60,000 untuk kerja struktur.

Approved structural drawing tidak diserahkan kepada kontraktor sebelum pembinaan bermula. Kontraktor p**a tetap meneruskan kerja dan menentukan sendiri sistem serta detailing struktur di tapak.

Jadi, kes ini bukan 100% salah satu pihak.

Client bertanggungjawab memastikan drawing lengkap diserahkan sebelum kerja bermula.

Kontraktor p**a sepatutnya berhenti dan meminta drawing jurutera—bukan mereka struktur berdasarkan pengalaman atau andaian sendiri.

Client juga perlu melihat semula bagaimana kontraktor dipilih.

Jangan pilih kontraktor berdasarkan harga, janji manis atau gambar dalam media sosial sahaja.

Sebelum melantik kontraktor, semak:

Latar belakang dan pengalaman syarikat.
Pendaftaran berkaitan yang masih sah.
Projek sebenar yang pernah disiapkan.
Kualiti kerja di tapak, bukan gambar siap sahaja.
Maklum balas bekas client.
Kemampuan membaca architectural dan structural drawing.
Pengetahuan tentang spesifikasi bahan.
Sistem penyeliaan, dokumentasi dan pemeriksaan.
Kemampuan mengurus perubahan serta arahan consultant.

Kontraktor yang tahu membina tidak semestinya tahu membaca drawing dengan betul.

Kontraktor yang ada ramai pekerja juga tidak semestinya mempunyai pengetahuan struktur, spesifikasi dan sistem kawalan kualiti.

Untuk kes ini, mencari siapa paling bersalah tidak akan menyelesaikan struktur.

Tanggungjawab setiap pihak tetap perlu direkodkan, terutama untuk menentukan kos pembaikan. Tetapi keutamaan sekarang ialah:

Hentikan kerja yang menambah beban.
Buktikan apa yang telah dibina.
Jalankan ujian yang diarahkan PE.
Buat pengiraan berdasarkan keadaan sebenar.
Tentukan sama ada boleh diterima, perlu diperkuat atau perlu dibina semula.

Prevention lebih murah daripada rectification.

Sebelum bina, lengkapkan drawing.
Sebelum lantik, semak kontraktor.
Sebelum tuang concrete, periksa tetulang.
Sebelum ubah struktur, dapatkan arahan bertulis jurutera.

Jangan hanya cari kontraktor yang boleh buat.

Cari kontraktor yang faham apa yang dia buat, kenapa ia dibuat dan spesifikasi yang perlu dipatuhi.

Rumah ada jiwa. Hidup selaras alam.
THEBUILDER | habitat tropika.

We are proud to be one of the members
22/07/2026

We are proud to be one of the members

16/07/2026

Bukan semua rumah perlu nampak mewah untuk rasa eksklusif.

Kadang-kadang, gabungan material yang betul sudah cukup untuk mencipta suasana yang tenang dan berkualiti.

Untuk konsep ini, kami memilih gabungan:
• White faux brick
• Exposed brick
• Timber cladding
• White textured render
• Black aluminium frame
• Landskap tropika yang rendah penyelenggaraan

Setiap material dipilih bukan sekadar cantik, tetapi sesuai dengan iklim Malaysia dan mudah dijaga untuk jangka masa panjang.

Sebelum rumah dibina, kami akan hasilkan mood board seperti ini supaya pemilik rumah dapat melihat keseluruhan konsep dari segi warna, tekstur dan karakter rumah.

Bila semua keputusan dibuat lebih awal, proses pembinaan menjadi lebih lancar dan hasil akhirnya lebih hampir dengan apa yang dibayangkan.

Rumah ada jiwa. Hidup selaras alam.

THEBUILDER | habitat tropika

Setiap kali saya mulakan satu projek, saya ada satu soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran."Bagaimana kalau ini ruma...
15/07/2026

Setiap kali saya mulakan satu projek, saya ada satu soalan yang sentiasa bermain dalam fikiran.

"Bagaimana kalau ini rumah saya sendiri?"

Daripada soalan itu, setiap keputusan reka bentuk dibuat.

Layout ini dibangunkan berdasarkan gabungan keperluan client dan cara saya melihat potensi sebenar tapak.

Dalam banyak keadaan, client akhirnya memilih susun atur yang lebih konservatif kerana ia lebih mudah dibayangkan dan terasa lebih selamat.

Dan itu bukan satu keputusan yang salah.

Namun sebagai seorang designer, saya sentiasa cuba melihat lebih jauh.

Bagaimana untuk memaksimumkan cahaya semula jadi.

Bagaimana untuk mendapatkan pengudaraan silang yang lebih baik.

Bagaimana setiap ruang boleh memberi pengalaman yang lebih selesa.

Dan bagaimana keseluruhan rumah boleh memanfaatkan sepenuhnya potensi tanah yang dimiliki.

Bagi saya, setiap tapak mempunyai peluang yang berbeza.

Tugas saya bukan sekadar melukis pelan, tetapi membantu client melihat potensi yang mungkin belum pernah mereka bayangkan.

Rumah ada jiwa. Hidup selaras alam.

THEBUILDER | habitat tropika

07/07/2026

mana yg lebih hidup?
mana yg dekat dengan jiwa?
terserah pada penghuni rumah tersebut

Rumah ada jiwa | Hidup selaras alam

Colonial Tropical bukan sekadar satu gaya. Ia adalah cara sebuah rumah bernafas.Seni bina kolonial terkenal dengan propo...
04/07/2026

Colonial Tropical bukan sekadar satu gaya. Ia adalah cara sebuah rumah bernafas.

Seni bina kolonial terkenal dengan proportion yang kemas, siling tinggi dan susunan ruang yang simetri.

Bila digabungkan dengan elemen tropika, rumah bukan sahaja kelihatan elegan, tetapi juga lebih sesuai dengan iklim Malaysia.

• Bukaan tingkap yang besar membenarkan cahaya semula jadi masuk.
• Bumbung tinggi membantu mengurangkan haba.
• Serambi menjadi ruang peralihan antara luar dan dalam.
• Material semula jadi memberi karakter yang semakin cantik mengikut usia.

Saya percaya rumah yang baik tidak perlu mengikut trend.

Rumah yang direka dengan prinsip yang betul akan tetap relevan walaupun selepas puluhan tahun.

Itulah yang saya cuba hasilkan melalui konsep Colonial Tropical.

Rumah ada jiwa | Hidup selaras alam

THEBUILDER | habitat tropika

Address

E-2, Dataran Idaman, Kampung Sungai Buah, Dengkil
Kampung Dengkil
43800

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60103941213

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TheBuilder.habitatropika posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TheBuilder.habitatropika:

Shortcuts

Share