Horseshoe Crab Research Group

Horseshoe Crab Research Group Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Horseshoe Crab Research Group, Biotechnology company, Kampung Kuala Kemaman.

29/11/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan, Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman telah ditutup untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Maaf diatas kesulitan yang berlaku.

Program bersama MOTAC Terengganu, TATIUC dan Kolej Ketengah.
21/09/2023

Program bersama MOTAC Terengganu, TATIUC dan Kolej Ketengah.

21/09/2023

# belangkaskhazanahkita

21 September 2023 (KHAMIS):KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA (TERENGGANU) dgn kerjasama HCRG telah menganjurkan program "...
21/09/2023

21 September 2023 (KHAMIS):
KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA (TERENGGANU) dgn kerjasama HCRG telah menganjurkan program "SAVE OUR BELANGKAS" di Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK). Sebanyak 8 pelajar dari TATIUC dan 15 pelajar KOLEJ KETENGAH telah menyertai program ini. Aktiviti program bermula seawal jam 8.30pagi dengan sesi pendaftaran dan taklimat, disusuli dengan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar HBUKK, acara melukis mural di wakaf awam bersebelahan HBUKK, pameran, sembang santai, dan diakhiri dengan pelepasan juvenil belangkas di Pantai Telaga Simpul, Kemaman.

8 JULAI 2023..LAWATAN 180 ORANG KADET PANDU PUTERI KEMAMAN KE HBUKK
10/07/2023

8 JULAI 2023..LAWATAN 180 ORANG KADET PANDU PUTERI KEMAMAN KE HBUKK

Rabu, 5 Julai 2023:Lawatan daripada JABATAN PERIKANAN SABAH ke Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK).
05/07/2023

Rabu, 5 Julai 2023:
Lawatan daripada JABATAN PERIKANAN SABAH ke Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK).

20 JUN 2023 : HARI BELANGKAS SEDUNIA KALI KE-4.Terima kasih kepada pihak Media yang terlibat...
20/06/2023

20 JUN 2023 : HARI BELANGKAS SEDUNIA KALI KE-4.

Terima kasih kepada pihak Media yang terlibat...

20/06/2023
20 JUN 2023 : HARI BELANGKAS SEDUNIA KALI KE-4      Pada 17 Jun 2023, bertempat di Pantai Telaga Simpul, Kemaman Terengg...
20/06/2023

20 JUN 2023 : HARI BELANGKAS SEDUNIA KALI KE-4







Pada 17 Jun 2023, bertempat di Pantai Telaga Simpul, Kemaman Terengganu, HCRG telah mengadakan program "Jom Lepas Anok Belangkas!!!".

Program ini bertujuan untuk;
1. Memastikan populasi haiwan fosil yang unik ini semakin bertambah dan kekal wujud selamanya di perairan Kemaman khususnya dan Malaysia amnya.
2. Sebagai penyuntik semangat kepada agensi kerajaan dan swasta, NGO, sekolah, dan komuniti akan kepentingan pemuliharaan belangkas yang kian diancam kepupusan.
3. Langkah permulaan bagi salah satu aktiviti tarikan pelancong melalui usaha kerajaan negeri Terengganu memperkenalkan belangkas sebagai produk baharu Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) daerah Kemaman, dan
4. Memperkenalkan Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK) sebagai Lokasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang ke- 7 bagi daerah Kemaman.

Sebanyak 1,500 ekor anak belangkas telah dilepaskan oleh 150 orang peserta program yang terdiri daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Koperasi Nelayan Kuala Kemaman Bhd, PUSPANITA cawangan Kemaman, Perpustakaan Desa Kampung Geliga, Persatuan Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Terengganu, Resort World Kijal dan Langkawi, NGO- Geng Plastik Ija (GPI), SMK Geliga, SMK Banggol, SK Kijal, SK Kuala Kemaman, SK Banggol, SK Seri Geliga, dan SJK(C) Kuala Kemaman.

'Output' program ini adalah;
1. Meningkatkan populasi belangkas di perairan Kemaman dengan pelepasan belangkas juvenile yang ditetaskan di dalam HBUKK dan Kit Telur Belangkas yang dibekalkan kepada 10 Sekolah terpilih daerah Kemaman.
2. Melahirkan Jurupandu Belangkas di kalangan belia Kemaman
3. Pantai Telaga Simpul menjadi kawasan habitat belangkas bertelur dan membiak.

dan

'Outcome';
1. Populasi belangkas semakin bertambah di perairan Kemaman
2. 10 Jurupandu Belangkas di kalangan pelajar sekolah dan belia Kemaman menjadi perintis program bermodul Jurupandu Belangkas anjuran HCRG-UMT yang akan berkhidmat untuk CBT di HBUKK.
3. Pantai Telaga Simpul bakal digazetkan menjadi kawasan pembiakan dan pemuliharaan belangkas manakala HBUKK menjadi salah satu lokasi eko-pelancong Terengganu.

SEMOGA USAHA KAMI MEMBAWA MANFAAT BESAR DALAM KESTABILAN EKOSISTEM ALAM SEMULAJADI DI MALAYSIA.

TERIMA KASIH Media Kreatif UMT
19/06/2023

TERIMA KASIH Media Kreatif UMT

KEM PRIHATIN PENYU, 26-28 MEI 2023, STESEN PENYELIDIKAN PENYU UMT (SEATRU), PANTAI CHAGAR HUTANG, PULAU REDANG, TERENGGA...
29/05/2023

KEM PRIHATIN PENYU, 26-28 MEI 2023, STESEN PENYELIDIKAN PENYU UMT (SEATRU), PANTAI CHAGAR HUTANG, PULAU REDANG, TERENGGANU.

Seramai 14 orang Jurupandu Belangkas Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK) dan 2 Fasilitator daripada HCRG telah menyertai Kem Prihatin Penyu (KPP) selama 3H2M anjuran SEATRU UMT.

Objektif utama HCRG menyertai KPP ini adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman dan latihan kepada Jurupandu Belangkas HBUKK dalam melaksanakan tugas sebagai sukarelawan. Jurupandu Belangkas HBUKK telah diberi tunjuk ajar oleh 4 orang sukarelawan dan 2 pelajar Latihan Industri SEATRU bermula dengan outdoor classroom-informasi/fakta berkaitan penyu, pengurusan proses peneluran dan penetasan sehinggalah pelepasan penyu juvenil ke pantai.
Aktiviti yang menarik dalam KPP ini melibatkan;
1. Outdoor Classroom
2. Aktiviti patrol waktu malam- Memantau penyu yang naik ke pantai untuk bertelur
3. Proses pemindahan sarang telur penyu ke lokasi yang lebih selamat
4. Pengumpulan data penyu yang bertelur
5. Proses ekskavasi juvenil penyu, dan
6. Pelepasan penyu juvenil

Kesemua peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti KPP dan secara umumnya pengurusan dan konservasi belangkas mempunyai banyak persamaan dengan pengurusan dan konservasi penyu.




Address

Kampung Kuala Kemaman

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Horseshoe Crab Research Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share